Dr M Tutup Gisbh Hancurkan Perniagaan Melayu Islam


malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 15, 2025 4:44 PM
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan tindakan kerajaan dalam menangani isu GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang disifatkannya sebagai “membunuh” perniagaan Melayu Islam

Menurut Mahathir, jika GISBH didapati mempunyai penyelewengan dalam fahaman agama maka sepatutnya yang diperbetulkan aspek agamanya bukan menutup perniagaan mereka.

GISBH, katanya merupakan syarikat Bumiputera yang berjaya sehingga mampu mengembangkan perniagaan ke 21 buah negara.

“Nilai (perniagaan) mereka (GISBH) RM250 juta, mungkin fahaman mereka itu boleh dipersoal... Dulu dengan al-Arqam kita tak tangkap masuk penjara Arqam... kita cuma bawa mereka dengar syarahan agama yang betul.
"Tapi kali ini kita dapati syarikat ini terbabit jenayah terancang, kononnya ada kursus liwat, bolehkah kita percaya ada orang buat kursus liwat?

“Lepas tu kononnya syarikat ini tak bayar cukai, (tapi) LHDN kata bayar. Jadi, apa kesalahan yang dia buat selain (kesalahan) agama?

"Berkenaan agama kita betulkan agama, seperti mana kita betulkan al-Arqam dulu. Tetapi ini, operasi syarikat ini dikenali sebagai jenayah terancang. Eh, jenayah terancang di Amerika Syarikat dia bunuh orang, curi, samun... saya tak nampak ada kes kononnya dia (GISBH) bunuh orang, curi, samun.

"Mereka boleh dikatakan konglomerat yang berjaya, tapi kita ambil tindakan tutup semua (perniagaan)... bila buat macam ini, bukan sahaja mereka menderita, pekerja mereka menderita tak ada kerja, bukan itu sahaja kita rosakkan sebuah syarikat Bumiputera,” katanya melalui Podcast Dr. M, hari ini.
Mahathir bersetuju bahawa jika GISBH bersalah, tindakan perlu diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Pada 23 Oktober tahun lalu, pengurusan tertinggi GISBH dan isteri mereka adalah antara 22 individu yang akan dituduh mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata pertuduhan itu dibuat selepas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

"Turut akan didakwa mengikut pertuduhan yang sama esok (hari ini) ialah anak kepada pengasas Al-Arqam, dan kesemua individu berkenaan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang,” katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zin, mendedahkan bahawa pemimpin tertinggi GISBH adalah antara 58 individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Setakat ini:

35 individu masih dalam tahanan reman

273 individu dibebaskan dengan jaminan

37 individu dibebaskan tanpa syarat

2 individu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah

1 individu diserahkan kepada Imigresen untuk pengusiran

‘Bailout’ Sapura

Dalam isu lain, Mahathir turut mengulas mengenai "bailout" yang dilakukan semasa pemerintahannya.

Apabila ditanya mengenai tindakan kerajaan Madani menyuntik dana bagi menyelamatkan Sapura Energy, Mahathir menegaskan pendiriannya mengenai bailout tetap konsisten.
Menurut Mahathir langkah tersebut bukan semata-mata untuk menyelamatkan syarikat tetapi juga bagi menjaga kebajikan pekerja serta pihak berkepentingan lain.

Beliau menafikan tuduhan bahawa tindakan bailout ketika itu bertujuan membantu kroni, seperti didakwa oleh pengkritiknya.

"Seperti yang saya sebutkan tadi, syarikat bukan hak pemilik sahaja, pekerja juga ada kepentingan dalam syarikat... kadang-kadang ia melibatkan bank, kalau dia bankrap, syarikat tak boleh bayar pinjaman... banyak pihak terlibat sebab itu kita timbang patut diselamatkan atau biar jadi bankrap.

"Bila syarikat bankrap, dia tak bayar cukai, kita nak syarikat (beri) 26 peratus kepada kita (cukai). Jadi macam kerajaan juga bayar sebab kita hilang cukai,” katanya lagi.

Mahathir turut menjelaskan bahawa Amerika Syarikat sendiri sering melakukan bailout bagi menyelamatkan ekonomi mereka apabila syarikat strategik menghadapi masalah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/03/dr-m-tutup-gisbh-hancurkan-perniagaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Papan Tanda Perniagaan Kenapa Kena Ada Bahasa Melayu

Isu Papan Tanda Perniagaan Kenapa Kena Ada Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 121 hits
Baru baru ni CA ternampak satu isu tengah panas kat media sosial pasal papan tanda perniagaan yang tak guna Bahasa Melayu Ceritanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tegur beberapa premis kat Jalan Imbi sebab papan iklan diorang semua dalam baha...
Malu Apa Bossku 2 0 Parti Yang Malukan Bangsa Melayu Malukan Orang Islam

Malu Apa Bossku 2 0 Parti Yang Malukan Bangsa Melayu Malukan Orang Islam

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 169 hits
Rupanya Kluster Mahkamah sedang berkembang Apakah recruit baru akan pakai baju warna oren atau akan dibenarkan pakai baju kot dan tali leher bila masuk mahkamah Dulu bila ex perdana menteri parti mereka curi duit rakyat berbillion Ringgit m...
Institusi Pondok Rakan Strategik Kdn Polis Perkukuh Kefahaman Islam Saifuddin Nasution

Institusi Pondok Rakan Strategik Kdn Polis Perkukuh Kefahaman Islam Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 137 hits
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution menyampaikan cenderahati pada Majlis Penerapan Nilai nilai Murni Menteri Dalam Negeri bersama Jabatan Penjara Malaysia Sungai Petani pada 9 Mac 2025 Foto Facebook Saifuddin Nasution IsmailS...
Majlis Agama Islam Narathiwat Dedah Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Thailand Untuk Bernikah

Majlis Agama Islam Narathiwat Dedah Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Thailand Untuk Bernikah

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 206 hits
HarapandailyMarch 9 2025Ada segelintir pasangan dari Malaysia termasuk yang masih di bawah umur hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat untuk bernikah Paling muda adalah remaja berusia 14 tahun yang datang dengan alasan wali tidak me...
Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 405 hits
Dalam usaha untuk menarik lebih ramai penyokong dari kalangan penduduk muslim di India pemimpin parti Tamilaga Vettri Kazhagam dan pelakon popular Vijay menghadiri majlis Iftar anjuran partinya di perkarangan YMCA di Royapettah Chennai pada...
Iman Dalam Islam Kenali Rukun Iman Dan Huraiannya

Iman Dalam Islam Kenali Rukun Iman Dan Huraiannya

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 292 hits
merupakan asas penting dalam ajaran Islam yang membentuk kepercayaan dan akidah seseorang Muslim Dalam kehidupan seharian pemahaman dan penghayatan terhadap rukun iman bukan sahaja memperkukuhkan iman individu tetapi juga mempereratkan ikat...
Siapakah Pengasas Takwim Islam

Siapakah Pengasas Takwim Islam

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 213 hits
Muharam Safar Rabiulawal Bait bait nasyid ini sering mengimbau kenangan kita sewaktu kecil mengingatkan tentang bulan bulan dalam takwim Islam Namun pernahkah kita mendalami kisah di sebalik asal usul kalendar Islam dan siapakah tokoh penti...
Pm Anwar Tekan Kepentingan Perkukuh Dasar Islam Dalam Pendidikan

Pm Anwar Tekan Kepentingan Perkukuh Dasar Islam Dalam Pendidikan

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 220 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu alukan kunjungan hormat sebelum mengadakan pertemuan dengan wakil wakil tok guru pondok dari negeri Kelantan di Kompleks Perdana Putra Putrajaya pada 11 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPU...
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Percutian 3h2m Ke Pulau Redang Terengganu Part 1

Doa Dipermudahkan Urusan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pengurusan Masjid Halang Pengebumian Suami Isteri Alasan Penduduk Luar

Rafizi Beri Bayangan Tak Tanding Pru16 Tinggalkan Pkr

No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc