Institusi Pondok Rakan Strategik Kdn Polis Perkukuh Kefahaman Islam Saifuddin Nasution


 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution menyampaikan cenderahati pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni Menteri Dalam Negeri bersama Jabatan Penjara Malaysia, Sungai Petani pada 9 Mac 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail
SUNGAI PETANI, 10 Mar – Institusi pondok berpotensi menjadi rakan strategik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam usaha membendung ekstremisme serta memperkukuh kefahaman mengenai Islam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, institusi pondok memiliki kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama dengan KDN dan PDRM.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berucap pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni Menteri Dalam Negeri bersama Jabatan Penjara Malaysia, Sungai Petani pada 9 Mac 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail“Institusi pondok telah menjadi benteng akidah umat sejak zaman penjajahan dan terus memainkan peranan penting hingga hari ini. Saya melihat ada ruang untuk KDN dan pasukan polis mendekati serta bekerjasama dengan mereka.
”Banyak idea daripada mereka yang boleh membantu dalam memperjelaskan keadaan dalam masyarakat kita hari ini, khususnya dalam membina kefahaman antara Muslim dan bukan Muslim, hubungan sesama Muslim, serta interaksi Muslim dengan bukan Muslim,” katanya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berucap pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni Menteri Dalam Negeri bersama Jabatan Penjara Malaysia, Sungai Petani pada 9 Mac 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution IsmailBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni Menteri Dalam Negeri bersama Jabatan Penjara Malaysia, di sini, semalam.
Saifuddin Nasution menambah, institusi pondok juga berperanan dalam menangani isu 3R (agama, kaum, institusi Diraja) yang sering dipolemikkan secara berlebihan di media sosial, sehingga mencetuskan ketegangan serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution beramah mesra dengan para pemimpin pondok pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni Menteri Dalam Negeri bersama Jabatan Penjara Malaysia, Sungai Petani pada 9 Mac 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail“Saya yakin jika kepimpinan KDN dan polis dapat mendekati, mendengar, berinteraksi dan melibatkan institusi pondok dalam usaha ini, ia akan membawa manfaat besar,” katanya.
Sementara itu, beliau memaklumkan, KDN sedang memperkukuh pelaksanaan hukuman alternatif bagi menangani masalah kesesakan penjara di negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution ketika hadir pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni Menteri Dalam Negeri bersama Jabatan Penjara Malaysia, Sungai Petani pada 9 Mac 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution IsmailMenurutnya, meskipun kadar kesesakan penjara masih dalam julat piawaian antarabangsa, namun jumlah banduan yang kini mencecah 80,000 orang melebihi kapasiti sebenar sebanyak 72,000 banduan.
“Bagi mengatasi isu ini, kita melaksanakan hukuman alternatif seperti sistem parol, pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib, tahanan di rumah serta penggunaan peranti pemantauan elektronik (electronic monitoring device).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berucap pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni Menteri Dalam Negeri bersama Jabatan Penjara Malaysia, Sungai Petani pada 9 Mac 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail“Langkah ini bertujuan mengelakkan kesesakan penjara, yang boleh menjejaskan keadaan persekitaran, mencetuskan masalah kesihatan, meningkatkan risiko pergaduhan dan memberi tekanan kepada warden penjara,” katanya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/institusi-pondok-rakan-strategik-kdn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Individu Muat Naik Kandungan Hina Islam Jakim Repot Polis

Individu Muat Naik Kandungan Hina Islam Jakim Repot Polis

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 156 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia terhadap seorang individu yang memuat naik kandungan di media sosial yang mempermainkan serta m...
Pm Anwar Tekan Kepentingan Perkukuh Dasar Islam Dalam Pendidikan

Pm Anwar Tekan Kepentingan Perkukuh Dasar Islam Dalam Pendidikan

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 187 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu alukan kunjungan hormat sebelum mengadakan pertemuan dengan wakil wakil tok guru pondok dari negeri Kelantan di Kompleks Perdana Putra Putrajaya pada 11 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPU...
Polis Siasat Vijayan Savarinathan Didakwa Hina Agama Islam

Polis Siasat Vijayan Savarinathan Didakwa Hina Agama Islam

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 280 hits
Nurayuni Johari Vijayan Savarinathan didakwa menghina Islam menerusi video di aplikasi Facebook pada 5 Mac lalu KUALA LUMPUR Polis sedang menyiasat video di aplikasi Facebook yang dimuat naik pemilik akaun Vijayan Savarinathan dipercayai me...
Polis Terima 261 Laporan Isu Hina Islam Hindu

Polis Terima 261 Laporan Isu Hina Islam Hindu

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 164 hits
Polis Diraja Malaysia menerima 261 laporan berhubung isu penghinaan agama Islam dan Hindu di seluruh negara setakat ini Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah tersebut membabitkan 150 laporan terhadap seorang pendakwah k...
Saifuddin Lied I Saw My Husband S Wounds Sosma Detainee S Wife

Saifuddin Lied I Saw My Husband S Wounds Sosma Detainee S Wife

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 134 hits
The families of detainees held under the Security Offences Act 2012 at Sungai Buloh Prison have accused Home Minister Saifuddin Nasution Ismail of lying when he denied allegations of abuse against 32 individuals who recently staged a hunger...
Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 297 hits
Dalam usaha untuk menarik lebih ramai penyokong dari kalangan penduduk muslim di India pemimpin parti Tamilaga Vettri Kazhagam dan pelakon popular Vijay menghadiri majlis Iftar anjuran partinya di perkarangan YMCA di Royapettah Chennai pada...
Majlis Agama Islam Narathiwat Dedah Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Thailand Untuk Bernikah

Majlis Agama Islam Narathiwat Dedah Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Thailand Untuk Bernikah

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 165 hits
HarapandailyMarch 9 2025Ada segelintir pasangan dari Malaysia termasuk yang masih di bawah umur hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat untuk bernikah Paling muda adalah remaja berusia 14 tahun yang datang dengan alasan wali tidak me...
Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senaman Paling Mudah Tapi Paling Pelik Aku Menari Macam Ayam 10 Minit Sehari

Sebastian Ila Ila Sigi Begulai Chord

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Govt To List Schools Near Asean Summit Venue For Students To Learn From Home

Anwar Calls For Bold Education Reforms Ahead Of 13th Malaysia Plan

Why Do People Keep Investing In Hotels