Dr M Silap Bagi Muka India Tak Berparti Isu Icerd Subky


Subky Latif




ULASAN | Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad yang baru setengah tahun kini ribut gara-gara formula perpaduan menteri perpaduannya apabila mengetengahkan diratifikasikan Icerd – Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum.

Diskriminasi di Malaysia selama 61 tahun tidaklah sempurna tetapi ia bukan suatu yang dikategorikan zalim atau amat zalim. Kalau dalam kezaliman ada keadilan, maka ciri-ciri diskriminasi yang ada itu ialah satu kesaksamaan yang berhikmat lagi rahmat.

Antara rahmat itu Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengangkat seorang peranakan India yang tidak berparti politik yang tidak menyertai pilihan raya menjadi menteri di JPM memacu urusan perpaduan kaum supaya menambah baik perpaduan yang dipelihara sekian lama.

Kritik parti kaum India jadi menteri
Ramai peranakan India bermati-matian berpolitik melalui parti pilihannya.

Ada antaranya dipecat dari partinya dan berbalah sama sendiri bagi menegakkan tindakan politik yang dipercayainya, berbelanja dan berkorban untuk partinya tidak dipilih menjadi menteri.

Tetapi seorang yang berparti tetapi sentiasa mengkritik perjalanan politik negara dan parti politik kaum India, dilantik jadi menteri.



Mahathir bukanlah perdana menteri pertama menggunakan kaedah mengangkat peranakan India menganggotai kerajaan secara demikian

Najib Razak ketika jadi perdana menteri pernah melantik aktivis India jadi timbalan menteri di JPM. Yang menyokong MIC dan BN tidak dilantik, yang mengecam MIC/ BN dilantik.

Mungin mengharapkan ada hikmahnya. Individu bertuah itu menerimanya sekalipun hati Samy Vellu berkata-kata. Dia jadi menteri sekejap, dia pun meletak jawatan dan kembali mengkritik kerajaan dan kepimpinannya.

Najib dikira gagal tak pasti adakah dia kecewa.

Tidak banyak tindakan Najib disukai Mahathir. Tetapi apabila jadi perdana menteri semula, dia ulangi mengangkat peranakan India yang jarang senang dengan kerajaan jadi menteri. Jaga perpaduan juga.

Ternyata Mahathir susah dengan tindakannya untuk menandatangani konvensyen yang Malaysia tidak akui selama ini.

Orang Islam, Melayu tak boleh terima
Semua perdana menteri sebelum kali kedua buat Mahathir mendiam konvensyen kerana ia tidak dilihat saksama bagi Malaysia dan mereka tidak mahu bermasalah dengan rakyat yang menyokongnya.

Kesilapan Mahathir kali ini ialah memberi muka kepada isu itu. Dia pernah diamkan dulu, tapi kali ini dipercayai dia masih tidak suka, malangnya dia tidak sanggah di kabinet bila ia berbangkit.

Dia patut bagi tahu isu ini menyebabkan semua orang Islam/ Melayu dari yang tidak berjawatan hingga bertakhta tidak boleh menerimanya.


Mahathir ada kata ia tidak sesuai dengan negara kita, tetapi dia tidak tutup pintu perbincangan.

Pro konvensyen di kalangan aktivis tidak ada komitmen politik berparti memang mencari kepuasan dari hal yang tidak menyenangkannya.

Tidak semua orang puas dengan semua. Kita boleh berpuas hati dalam setengah tetapi tidak semua boleh puas hati dengan semua.

Sempurna hanya di syurga
Diskriminasi di sini setakat ini tidak termasuk ekstrem. Yang sempurna tidak mungkin diperolehi di dunia. Yang sempurna itu hanya di syurga.

Gara-gara percubaan menteri perpaduan mahu menyempurnakannya, telah menyusahkan perdana menteri. Ia menyusahkan kerajaan dan sekalian anggota kabinet dikecam.

Kebijaksanaan PH dan kerajaannya tercalar gara-gara politik individu yang tidak berparti.

Kerajaan memerlukan masa untuk menyempurnakan manifesto yang belum tertunai, maka menteri perpaduan telah menyusahkan perdana menteri yang mengangkatnya dan kerajaan yang memberi kepercayaan kepadanya.

Jika menteri MIC membuat angkara, PM dan BN boleh tekan MIC. Bila DAP buat angkara, PM dan kerajaan boleh tekan DAP. Orang tidak berparti hendak buat macam mana.

Sebagaimana Najib pernah kecewa, maka Mahathir juga beroleh susah yang sama.

*  SUBKY LATIF ialah wartawan veteran dan bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS. Tulisan ini disiarkan kali pertama di Harakahdaily dengan judul "India tanpa parti kecewa Najib, Mahathir."



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/dr-m-silap-bagi-muka-india-tak-berparti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Dap Bangkitkan Isu Icerd Kata Guan Eng

Bukan Dap Bangkitkan Isu Icerd Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 303 hits
Bukan DAP bangkitkan isu ICERD kata Guan Eng Dikemas kini 39 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 22 Nov 2018 3 23PM mid
Isu Icerd Dibawa Kepada Pertimbangan Jabatan Peguam Negara

Isu Icerd Dibawa Kepada Pertimbangan Jabatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 276 hits
19 November 2018 8 56 PM KUALA LUMPUR Isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskrinimasi Kaum telah dibawa kepada pertimbangan Jabatan Peguam
Isu Icerd Selesai Pm Dr Mahathir Kata Mustahil Laksana

Isu Icerd Selesai Pm Dr Mahathir Kata Mustahil Laksana

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 379 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata adalah mustahil Malaysia melaksanakan ICERD Foto Bloomberg oleh Shahbudin Husin Walaupun berapa pemimpin Pakatan Harapan seperti Anwar Ibrahim Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Salahuddin Ayub Marzuki...
Isu Icerd Pas Umno Akan Bentuk Kerajaan Campuran Di Masa Depan

Isu Icerd Pas Umno Akan Bentuk Kerajaan Campuran Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 348 hits
Isu ICERD Pas Umno akan bentuk kerajaan campuran di masa depan Posted By on November 22 2018Pelbagai isu melingkari Pas sejak Perhimpunan Perpaduan Ummah bersama Umno di Pasir Salak Perak menentang Konvemsyen Antarabangsa Mengenai Penghapus...
Kecoh Isu Icerd Menteri Perpaduan Mengganggu Perpaduan

Kecoh Isu Icerd Menteri Perpaduan Mengganggu Perpaduan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 429 hits
KEMBALI kecoh isu ICERD Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum minoriti sesama bangsa seseuah negara Terganggu perpaduan kita ketika konvensyen itu diluluskan oleh dunia Puluhan tahun isu itu reda Perpa...
Selepas Icerd Timbul Pula Isu Baru Iaitu Iccpr

Selepas Icerd Timbul Pula Isu Baru Iaitu Iccpr

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 470 hits
Lepas ICERD timbul cadangan ICCPR pula Sebagai seorang pensyarah undang undang antarabangsa yang tiada apa apa kepentingan politik peribadi saya Dr Yazid terpanggil hendak berkongsi pandangan guna bahasa mudah Baru baru ini kecoh satu Malay...
Icerd Isu Agama Bukan Perkauman

Icerd Isu Agama Bukan Perkauman

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 272 hits
By 21 November 2018 Pengerusi Gagasan Tiga Malaysia Raggie Jesry pada Majlis Pengenalan Pertubuhan Sekretariat Gagasan Tiga Malaysia di Pandan Kapital Kuala Lumpur foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM 21 NOVEMBER 2018KUALA LUMPUR Gerakan Gagasan Ti...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut