Dr M Sengaja Atau Tidak Ada Pihak Salah Faham Niat Kami


KOW GAH CHIE



Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 berakhir hari ini, dan program yang mengumpulkan sejumlah negara Muslim selama empat hari itu mencetuskan sedikit kontroversi di peringkat antarabangsa sehingga Dr Mahathir Mohamad sekalipun tidak dapat mengabaikannya.

Ketika menyampaikan ucapan penutupnya di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) hari ini, perdana menteri membangkitkan kontroversi tersebut, terutama kritikan daripada Arab Saudi walaupun tidak menyebutnya secara langsung.

"Sebelum kita sebut apa yang berlaku, dibincang, dibahas dan dipersetujui sepanjang tiga hari ini, saya mahu kita berhenti sejenak dan melihat kembali mengapa kita mahu mengadakan sidang ini, dan apa yang kita harap dapat dicapai.

"Diakui, ada yang salah faham niat kita, sama ada sengaja atau tidak. Ada yang merasa terhina dan ada juga yang sangsi.

"Tetapi sekarang saya pasti bahawa jelas pandangan negatif tersebut tidak betul dan tiada justifikasi," katanya.

Arab Saudi yang tidak menyertai sidang itu sebelum ini berkata ia platform yang salah untuk membincangkan isu umat Islam, dan menyuarakan kebimbangan bahawa ia bertujuan mewujudkan platform baru bagi menyaingi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dipimpinnya.

Lebih menarik perhatian, antara negara yang menyertai sidang kemuncak ini ialah dua negara yang berseteru dengan Arab Saudi, iaitu Iran dan Qatar.
Dalam ucapannya, Mahathir menyangkal dakwaan bahawa sidang itu mahu menggantikan platform sedia ada umat Islam.

"Kami di sini bukan untuk menggantikan mana-mana platform Muslim. Kami juga tidak berniat mewujudkan kategori atau kelas berbeza bagi negara Muslim atau menjejaskan negara lain.

"Ia perkumpulan beberapa negara Muslim, di mana sebahagian pemimpinnya mahu berkumpul untuk membincangkan beberapa perkara yang mungkin boleh diwujudkan kerjasama, yang pertamanya akan memberi manfaat kepada negara terlibat dan kemudian dibawa ke platform lebih besar dan kerjasama yang memberi manfaat kepada dunia Islam secara keseluruhan," katanya lagi.

Mahathir menyuarakan kebanggaannya apabila sidang itu menyaksikan 18 pertukaran instrumen berjaya diadakan, meliputi pelbagai bidang seperti teknologi tinggi, kerjasama media, keselamatan makanan, kepimpinan belia dan program pertukaran.

"Walaupun ia mungkin tidak dapat mengurangkan kesangsian dan bantahan, kami ingin sekali lagi menegaskan bahawa sidang ini fokus kepada objektifnya, iaitu mencari penyelesaian dan program yang kami yakin dapat membantu dan akhirnya menyelamatkan ummah daripada kegetiran pada masa ini," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/dr-m-sengaja-atau-tidak-ada-pihak-salah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Teruk Dikecam Keluarga Pihak Terbabit Minta Isu Ini Tidak Dipanjangkan Hanya Salah Faham

Selepas Teruk Dikecam Keluarga Pihak Terbabit Minta Isu Ini Tidak Dipanjangkan Hanya Salah Faham

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 276 hits
Baru baru ini Ohmedia juga ada kongsikan mengenai kisah yang tersebar di mana ada sepasang suami isteri dikatakan telah datang ke Selangor menaiki motor dari Johor untuk berjumpa dengan anaknya yang belajar di sebuah institut Kisah mereka t...
039 Hentikan Spekulasi Ia Hanya Salah Faham 039

039 Hentikan Spekulasi Ia Hanya Salah Faham 039

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 557 hits
TIDAK perlulah dipanjangkan cukup sekadar saya dan pihak tertentu saja yang mengetahui hal sebenar kata Siti Syahirah Md Daim penuntut sebuah kolej universiti di Selangor Siti Syahirah memberi reaksi itu menerusi satu kenyataan yang diberik...
Silap Faham Atau Dah Tak Mendengar

Silap Faham Atau Dah Tak Mendengar

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 226 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini ditanya pada majlis Forum Doha di Qatar jika beliau akan berundur pada 2020 Bagaimanapun perdana menteri kelihatan silap faham soalan yang ditanya lantas bercakap mengenai bagaimana pentadbiran B...
Terukkah Maruah Gadis Melayu Islam Salah Siapa Dr Kamarul

Terukkah Maruah Gadis Melayu Islam Salah Siapa Dr Kamarul

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 457 hits
Dr Kamarul Zaman Hj Yusoff Isunya jauh lebih besar daripada hanya billboard HEBOH sekejap dalam media sosial bila ada yang terperasan kewujudan billboard TheSugarbook iaituSugar Daddy Dating App di Bangsar dan Mont Kiara hingga menyebabkan ...
Masa Depannya Akan Kelam Kata Doktor Namun Gadis Sindrom Down Ini Buktikan Jangkaan Itu Salah

Masa Depannya Akan Kelam Kata Doktor Namun Gadis Sindrom Down Ini Buktikan Jangkaan Itu Salah

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 466 hits
Sumber gamabr dari International Bussines TimesSecara am masyarakat memandang bahawa penghidap sindrom down tidak mampu berbuat apa apa hanya bergantung pada orang lain untuk hidup Bgai Ohmedia perspektif ini harus diubah Mereka seharusnya ...
Isu Peralihan Kuasa Tidak Selesai Kerana Salah Mahathir

Isu Peralihan Kuasa Tidak Selesai Kerana Salah Mahathir

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 317 hits
Jika difahami betul betul memang betul sebenarnya bahawa isu pengganti Perdana Menteri ini sudah lama selesai Tidak perlu sesiapa lagi membangkitkannya sejak dulu dan juga sekarang ini Ini kerana sudah termaktub dalam perjanjian yang dipers...
Kronologi 3 Penjuru Sarawak Salah Siapa

Kronologi 3 Penjuru Sarawak Salah Siapa

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 233 hits
FB Zulimran Nasution 1 Pasukan yang terlibat dengan rundingan kerusi Sarawak ialah pimpinan MPN Sarawak iaitu Baru Bian dan See Chee How serta pimpinan pusat Nurul Izzah Tian Chua dan Dr Xavier Keputusan akhir diserahkan kepada Azmin untuk ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi