Terukkah Maruah Gadis Melayu Islam Salah Siapa Dr Kamarul



Dr Kamarul Zaman Hj Yusoff:Isunya jauh lebih besar daripada hanya ‘billboard’
HEBOH sekejap dalam media sosial bila ada yang terperasan kewujudan billboard TheSugarbook, iaituSugar Daddy Dating App, di Bangsar (dalam Parlimen Lembah Pantai yang diwakili oleh Fahmi Fadzil dari PKR) dan Mont Kiara (dalam Parlimen Segambut yang diwakili oleh Hannah Yeoh dari DAP) hingga menyebabkan ia segera diturunkan.Malangnya, tidak ramai yang tahu bahawa TheSugarbook ini telah lama bertapak di Malaysia bila ia diasaskan oleh seorang warganegara Malaysia berusia 31 tahun bernama Darren Chan dengan bantuan dana dari Hong Kong. Website tersebut dilancarkan pada Disember 2016 dan App pula dimuat turun pada Oktober 2017 dengan keahlian awal 65,000 orang.(Rujuk di sini:https://beamstart.com/content/8388/Where_Romance_Meets_Finance__Interview_with_Darren_Chan_of_TheSugarBook)Pada 13 Februari 2019, Darren menyebut keahlian TheSugarbook waktu itu adalah lebih 300,000 orang dengan majoriti datang daripada Malaysia, Amerika Syarikat, Singapura dan Filipina. Kira-kira 70 peratus adalah ‘Sugar Babies’ yang mencari ‘Sugar Daddies’ manakala kira-kira 30 peratus adalah ‘Sugar Daddies’yang mencari ‘Sugar Babies’.Mengikut Darren, ‘Sugar Babies’ umumnya berusia antara 21 dan 26 tahun serta menerima elaun bulanan daripada ‘Sugar Daddies’ yang umumnya berusia antara 30 dan 45 tahun. Kebanyakan ahli TheSugarbookadalah berbangsa Cina tetapi ramai juga daripada mereka adalah berbangsa Melayu. Kata beliau, tak susah sebenarnya beroperasi di Malaysia.(Rujuk di sini: https://themalaysianreserve.com/2018/10/29/when-romance-spells-finance/)Mengikut Darren lagi, prinsip yang digunapakai di TheSugarbook adalah wanita berhak kepada kebebasan untuk memilih. ‘Sugar dating’ tak sama dengan pelacuran kerana tidak menjadi kewajiban untuk ‘Sugar Babies’ melakukan seks, ia sebaliknya hanyalah cara mempertemukan mereka yang memerlukan wang dan yang memerlukan teman.(Rujuk di sini: https://www.malaymail.com/news/life/2018/07/19/in-sugar-dating-sex-is-optional-says-sugarbook-creator/1653932)TheSugarbook mula mendapat perhatian bila video dua ‘Sugar Babies’ yang memperolehi ‘Sugar Daddies’melalui website itu dimuatnaik oleh Rojak Daily di mana hingga kini video ini mendapat 239,870 tontotan, diikuti oleh siaran langsung Astro AEC ke atas TheSugarbook pada 11 Januari 2018 yang hingga kini mendapat 696,301 tontotan.(Rujuk di sini: https://www.facebook.com/watch/?ref=external&v=1793724420918349 dan di sini: https://www.facebook.com/watch/?v=1594549273957921)TheSugarbook seterusnya mendapat liputan The Star pada 18 Januari 2018 yang menulis mengenai ‘program pelajar’nya yang memberi cara moden kepada pelajar untuk mengatasi masalah pinjaman pelajaran dengan memberikan kemudahan tertentu kepada mereka yang mendaftar menggunakan emailuniversiti atau bukti kemasukan ke universiti.Jurucakap Kementerian Pengajian Tinggi yang diminta komen mengenainya pula dilaporkan berkata bahawa pihaknya sedang mengkaji sama ada apa-apa tindakan boleh dikenakan ke atas ‘program pelajar’TheSugarbook dan menasihatkan pelajar supaya menggunakan cara yang sesuai dan mengikut undang-undang untuk membiayai pengajian mereka.(Rujuk di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/01/18/engaging-factors-in-online-dating-platform)Masa sama, The Star juga melaporkan pandangan Foong Cheng Leong dari Majlis Peguam yang menyebut walaupun perlakuan TheSugarbook dan penggunanya tidak bermoral, tetapi tidak bermoral tidak semestinya tidak mengikut undang-undang manakala jurucakap SKMM pula menyebut menyedia dan menggunakan khidmat dalam talian tidak salah.Begitupun, Datuk Khutubul Zaman Bukhari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang Syariah Majlis Peguam menyebut jika seseorang Islam menyertai sebagai seorang ahli dalam website itu dan mengambil bahagian di dalamnya maka orang itu mungkin menyalahi peraturan yang berkaitan dengan moral dan kesopanan.(Rujuk di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/01/18/a-raw-nerve-hit-but-no-laws-broken)Di Singapura pula, kegiatan TheSugarbook mendapat kritikan keras dua Ahli Parlimennya, iaitu Seah Kian Peng dan Tin Pei Ling, selain Presiden Pertubuhan Majlis Wanita Singapura, June Goh, yang mendorong Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga Singapura, Desmond Lee, mengumumkan pada 5 Februari 2018 kerajaan akan memantau aktivitinya.(Rujuk di sini: https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/people-are-outraged-by-southeast-asias-sugar-daddy-dating-site/ dan di sini: https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/police-will-keep-close-eye-on-dating-platforms-like-thesugarbook-9927792)Begitulah seterusnya sehingga TheSugarbook mendapat lonjakan melalui suntikan dana pelabur dari Hong Kong pada akhir 2018 yang mendorong ia makin galak mengembangkan sayapnya ke negara lain selain meluaskan aktiviti dalam negaranya, termasuk menganjurkan Masquerade Party di Suzie Wong Club, Jalan Raja Chulan, pada 31 Mei 2019.(Rujuk di sini: https://www.techinasia.com/sugar-daddy-app-sugarbook-funding-for-expansion, di sini:https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10157711636611495&id=586136494 dan di sini:https://liveatpc.com/theres-a-sugar-daddy-dating-platform-in-malaysia-who-wouldve-thought/)Begitu juga dengan strategi pemasaran TheSugarbook yang agresif melalui media massa sehinggalah Darren mengumumkan pada 23 November 2019 kegembiraan beliau kerana berjaya menembusi Agensi Berita Nasional Malaysia, BERNAMA, seterusnya TheSugarbook mengumumkan pada 3 Disember 2019 pembinaan dua billboard itu.(Rujuk di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10158184885046495&id=586136494 dan di sini: https://sugarbook.com/blog/our-very-first-billboard)Memasuki website TheSugarbook sekejap tadi, saya merasa amat sedih dan sayu sekali bila melihat begitu banyak nama-nama dan wajah-wajah gadis Melayu, termasuk yang pastinya beragama Islam kerana masih bertudung, yang menjadi ahli TheSugarbook dan yang tanpa segan silu mengiklankan hasrat menjadi‘Sugar Babies’ kepada ‘Sugar Daddies’.Sebegitu terukkah maruah gadis-gadis Melayu Islam kini? Dan sesungguhnya siapakah yang bersalah dalam hal ini?DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 18/12/2019

Hibur Hibur Sikit

5:09LIRIK EBIET G. ADE DOSA SIAPA INI DOSA SIAPA | MUSIC LYRICS
4:15WATCHEDEbiet G. Ade - Hidup I (Pernah Kucoba Untuk Melupakan Kamu)purwakarta117

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/12/terukkah-maruah-gadis-melayu-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam

Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 402 hits
Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam Apa yang bakal aku kongsi adalah sebuah artikel yang aku dapat dari Fan Page Hijrah Remaja Aku tertarik dengan kisah gadis ni yang berfikir di luar konteks minda masyarakat melayu sekarang Thumbs up...
40 Ngo Gerakan Melayu Islam Tuntut Kerajaan Bertindak Terhadap Dong Zong

40 Ngo Gerakan Melayu Islam Tuntut Kerajaan Bertindak Terhadap Dong Zong

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 361 hits
Sebanyak 40 badan bukan kerajaan yang terdiri daripada gerakan Melayu Islam hari ini membuat tiga tuntutan menggesa kerajaan bertindak terhadap Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah Sekolah Cina Malaysia Tiga tuntutan tersebut ial...
Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Islam Yang Hebat

Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Islam Yang Hebat

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 775 hits
Pada 31 Julai 2013 TV2 telah menyiarkan dokumentari khas Sarjan Hassan Rupa rupanya Sarjan Hassan ini adalah merupakan pahlawan Melayu Islam yang terlalu hebat tetapi kerana sikapnya yang begitu merendah diri warak serta tawaduk maka keperw...
Masa Depannya Akan Kelam Kata Doktor Namun Gadis Sindrom Down Ini Buktikan Jangkaan Itu Salah

Masa Depannya Akan Kelam Kata Doktor Namun Gadis Sindrom Down Ini Buktikan Jangkaan Itu Salah

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 449 hits
Sumber gamabr dari International Bussines TimesSecara am masyarakat memandang bahawa penghidap sindrom down tidak mampu berbuat apa apa hanya bergantung pada orang lain untuk hidup Bgai Ohmedia perspektif ini harus diubah Mereka seharusnya ...
Quran Dibakar Masjid Ditutup Ulama Dibunuh Namun Umat Islam Semua Berdiam Diri Mesut Ozil

Quran Dibakar Masjid Ditutup Ulama Dibunuh Namun Umat Islam Semua Berdiam Diri Mesut Ozil

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 656 hits
Bintang Arsenal Mesut zil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan China Beliau berkata demikian dalam kenyataan bertajuk East Turkistan Bleeding Wound of Islamic Ummah yang ...
Uyghur Ummah Yang Berdarah Ozil Kritik Dunia Islam Abai Penindasan Etnik Uyghur

Uyghur Ummah Yang Berdarah Ozil Kritik Dunia Islam Abai Penindasan Etnik Uyghur

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 1168 hits
Pemain sensasi Arsenal yang juga bintang Liga Perdana Inggeris Mesut Ozil baru baru ini meluahkan kekecewaannya terhadap dunia Islam yang didakwa berdiam diri dengan penindasan yang ditanggung oleh etnik Uyghur di China Kenyataan dalam baha...
Isteri Tunjuk Bukti Da I Farhan Ada Diploma Perubatan Islam

Isteri Tunjuk Bukti Da I Farhan Ada Diploma Perubatan Islam

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 551 hits
Nampaknya masih belum reda lagi kontroversi mengenai Da i Farhan dan isterinya Dr Erin Satu demi satu isu diperkatakan dan ianya seolah tiada The post appeared first on
Anjung Warisan Kesenian Islam Kini Dibuka Di Anjung Neighbourhood Centre Iskandar Puteri

Anjung Warisan Kesenian Islam Kini Dibuka Di Anjung Neighbourhood Centre Iskandar Puteri

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 701 hits
ANJUNG WARISAN DAN KESENIAN ISLAM Mempamerkan lebih 70 artifak peninggalan Rasulullah S A W dan sejarah kesenian Islam Jangan lepaskan peluang ini Jom bawa anak anak sepanjang musim cuti sekolah dengan mengenali dan
Pelajar Wanita Islam Diserang Individu Bertopeng Dalam Tandas Sekolah

Pelajar Wanita Islam Diserang Individu Bertopeng Dalam Tandas Sekolah

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 429 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Seorang pelajar perempuan beragama Islam di California Amerika Syarikat diserang individu bertopeng di dalam tandas sekolah dalam satu lagi kes serangan Islamofobia di nagara itu lapor Stepfeed Sabah Elias dari S...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization