Dr M Pejuang Kini Pertimbang Jika Ada Pelawaan Sertai Pn


Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad


Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad berkata pihaknya sedia mempertimbangkan sekiranya ada pelawaan daripada Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai kabinet di bawah gabungan itu.

"Kita akan fikir," kata Mahathir dalam program bual bicara terbitan Bernama, sebentar tadi.

Terdahulu, Mahathir ditanya apakah bekas perdana menteri itu atau kalangan pemimpin Pejuang akan menyertai kabinet PN sekiranya dijemput untuk menyertai mereka, yang mana terdapat kumpulan dalam Umno yang digelar 'kleptokrat'.

Ketika ditanya sama ada ahli parlimen Langkawi itu akan menyertai Pakatan Harapan (PH) jika gabungan itu dapat membentuk kerajaan, Mahathir tidak menjawab soalan tersebut.

Sebaliknya, bekas perdana menteri itu berkata dia tidak berminat dengan kedudukan dalam kabinet dan hanya mahu menangani peningkatan kes Covid-19.

"Saya tak berminat dengan kabinet, saya cuma nak dapatkan kuasa untuk tangani masalah Covid-19," katanya ringkas.

Pada April lalu, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin berkata gabungan itu sedia menerima sesiapa sahaja termasuk Dr Mahathir asalkan mengikuti perlembagaannya.

Ini selepas Mahathir berkata dia "mungkin" mempertimbang untuk menyertai PN jika tiada 'penjenayah' dalam kerajaan ketika itu.

Isnin lalu, Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri setelah 15 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan terhadapnya.

Setakat ini, persaingan untuk merebut jawatan perdana menteri dipercayai melibatkan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera) dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Port Dickson).

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong hari ini menitahkan agar kesemua 220 ahli parlimen menghantar nama calon perdana menteri secara bertulis sebelum jam 4 petang.

Ahli Parlimen dari Umno dan Bersatu menyatakan parti itu akan menyokong Ismail, manakala Pakatan Harapan dan sekutunya mendakwa Anwar mempunyai 105 sokongan ahli parlimen.

Bagaimanapun, sebelum ini seorang anggota parlimen dari GPS berkata mereka secara prinsip telah bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri - memberikan naib presiden Umno itu cukup sokongan untuk membentuk kerajaan.

Namun, tanda tanya mula timbul apabila Pengerusi GPS, Abang Johari Openg mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa mereka akan menyerahkan perkara berkenaan kepada "kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong".

Ini ditafsirkan oleh beberapa pihak sebagai GPS berkecuali dalam pemilihan calon perdana menteri.

Seorang calon perdana menteri memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 111 ahli parlimen untuk membentuk majoriti mudah.

Menurut Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan agar perdana menteri yang baru masih perlu membuktikan majoriti diperolehinya secepat mungkin di Dewan Rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/dr-m-pejuang-kini-pertimbang-jika-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jet Li Tolak Pelawaan Sertai Filem The Matrix Sebab Tak Nak Hilang Hak Cipta Pergerakan Seni Bela Dirinya

Jet Li Tolak Pelawaan Sertai Filem The Matrix Sebab Tak Nak Hilang Hak Cipta Pergerakan Seni Bela Dirinya

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 440 hits
Ramai yang tidak tahu bahawa Jet Li pernah ditawarkan untuk membintangi filem The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions dua filem terakhir dalam trilogi The Matrix Namun dia menolak kerana tidak mahu memberikan gerakan gerakan seni bel...
Pembangkang Sertai Mpn Dap Sanggup Pertimbang Asalkan Bukan Untuk Cukup Syarat

Pembangkang Sertai Mpn Dap Sanggup Pertimbang Asalkan Bukan Untuk Cukup Syarat

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 198 hits
Pada 23 Ogos 2021oleh PENTADBIROleh B SuffianDAP sanggup mempertimbangkan tawaran untuk kepimpinan pembangkang sertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid 19 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata ini adalah demi...
25 Daerah Di Sabah Kini Zon Merah

25 Daerah Di Sabah Kini Zon Merah

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 275 hits
Sebanyak 5 kes kematian dilaporkan hari ini iaitu tiga kes di Kota Kinabalu manakala Tuaran dan Sandakan masing masing mencatatkan satu kes KOTA KINABALU Sebanyak 25 daerah di Sabah kini dikategorikan sebagai zon merah manakala baki dua dae...
Usai Bagi Bagi 1000 Makanan Bella Shofie Kini Renovasi Musala Yang Nyaris Roboh

Usai Bagi Bagi 1000 Makanan Bella Shofie Kini Renovasi Musala Yang Nyaris Roboh

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 225 hits
Belum lama ini Bella Shofie turun langsung ke sebuah kampung untuk membagikan 1000 paket makanan Di momen tersebut Bella melihat sebuah musala yang nyaris roboh karena tak kunjung direnovasi Kendala biaya membuat kondisi musala memprihatink...
Pemuda Ini Kata Pas Dah Ketepikan Prinsip Kini Nak Balas Dendam

Pemuda Ini Kata Pas Dah Ketepikan Prinsip Kini Nak Balas Dendam

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 280 hits
August 7 2021 Apa yang BERSATU PN buat sekarang kepada UMNO sebijik cara UMNO mengenakan PAS Pakatan Rakyat waktu sama sama jadi Pembangkang dulu Sekarang PAS boleh gadai prinsip mereka dulu bersama sama BERSATU zalimi UMNO balik Mereka per...
Polisi Longgar Kurang Tindakan Tegas Punca Penjawat Awam Kini Terjebak Gejala Rasuah

Polisi Longgar Kurang Tindakan Tegas Punca Penjawat Awam Kini Terjebak Gejala Rasuah

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 247 hits
PETALING JAYA Kelonggaran polisi dan kurangnya tindakan tegas antara faktor yang membuatkan ramai penjawat awam terjerumus dalam kancah rasuah kata bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan Beliau berkata faktor tersebut menyebabkan keme...
Kini Punya Banyak Penggemar 9 Seleb Ini Dulunya Adalah Seorang Penonton Bayaran Udah Tahu

Kini Punya Banyak Penggemar 9 Seleb Ini Dulunya Adalah Seorang Penonton Bayaran Udah Tahu

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 325 hits
Banyak jalan menuju Roma mereka pun membuktikan kalau selalu ada acara untuk menggapai popularitas dan kesuksesan
Setelah Sah Tiada Keabsahan Agong Kini Dipohon Beri Titah Baru Kepada Mahiaddin

Setelah Sah Tiada Keabsahan Agong Kini Dipohon Beri Titah Baru Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 292 hits
Kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri yang tiada sokongan majoriti kini bukanlah suatu rahsia lagi Sidang media tanpa peduli SOP oleh Ismail Sabri Yaakob yang baru tidak sampai sebulan dibuai keseronokan diberi jawatan Timbal...
Rihanna Kini Bergelar Billionair

Rihanna Kini Bergelar Billionair

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 200 hits
Rihanna kini bergelar billionair Penyanyi yang juga mogul kosmetik Fenty Beauty Rihanna menjadi pemuzik wanita paling kaya di dunia apabila dilaporkan memiliki nilai aset bersih berjumlah AS 1 7 bilion Menurut majalah Forbes Rihanna yang te...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Early Morning Blaze Guts Sm Sains Alam Shah Admin Block