Dr M Kecewa Exco Dirombak Selepas Percakaran Terbuka Dengan Istana Johor



(FMT) – Ketika 10 exco Johor mengangkat sumpah jawatan di depan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Dr Mahathir Mohamad sedang menghadiri sebuah konvensyen mengenai Orang Asli di Putrajaya, di mana perdana menteri memberitahu wartawan beliau percaya barisan baru itu dipilih berdasarkan persetujuan PPBM.
“Saya rasa begitulah,” katanya pada Isnin lalu.
Tetapi, butirannya timbul selepas itu daripada sumber rapat dengan parti terbabit yang memberitahu barisan baru itu bukan saja tidak diluluskan pucuk pimpinan PPBM, sebaliknya tiada arahan untuk merombak exco negeri.
Isu itu hangat dibincangkan dalam mesyuarat peringkat tinggi yang dipengerusikan Mahathir pada hari sama 10 exco itu mengangkat sumpah.
Tumpuan mesyuarat tegang itu ialah langkah Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal mengabaikan arahan tidak merombak barisan exco negeri.
Sumber berkata, Sahruddin bukan satu-satunya pemimpin yang mengecewakan Mahathir, khasnya ketika perdana menteri terbabit dalam pertikaian sensitif dengan istana mengenai siapa yang berkuasa menentukan hal tadbir urus Johor, negeri yang lama bergelut dengan isu bidang kuasa membabitkan istana.
Percakaran itu timbul ketika istana Johor lantang membantah keputusan Putrajaya meratifikasi Statut Rom, perjanjian yang didakwa boleh mengugat institusi diraja.
Mahathir kemudiannya terpaksa menarik balik triti itu. Beberapa kenyataan terbuka menyusul, mengingatkan rakyat Malaysia kepada krisis Perlembagaan pada 1993 yang berakhir dengan raja Melayu hilang kekebalan daripada pertuduhan jenayah.
Mahathir bagaimanapun kecewa pindaan itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengukuhkan demokrasi dan keadilan kerana mahkamah khas jarang digunakan sejak itu.
Selain perkara itu, perdana menteri tertua di dunia yang berusia 94 tahun itu tentu kecewa dengan tindakan terbaru seorang atau 2 orang paling dipercayainya dalam pimpinan PPBM berhubung isu di Johor.
Tetapi, penganalisis politik dari Universiti Malaya, Awang Azman Pawi berkata, mengekalkan hubungan antara Putrajaya dan istana Johor sangat penting dan pemimpin yang kini menerajui kerajaan negeri susulan peletakan jawatan Osman Sapian sebagai menteri besar, perlu lebih memahami Johor.
“Tanpa persetujuan sultan mengenai barisan exco, ia akan menjejaskan hubungan antara kerajaan negeri serta istana, dan menyebabkan tadbir urus negeri tidak berjalan lancar.”
Difahamkan, rombakan exco negeri dibuat atas permintaan sultan.
Awang Azman memberi amaran terhadap perpecahan dalam PPBM, dengan satu puak tidak bersetuju dengan cara Mahathir berurusan dengan Johor, di mana pengganti menteri besar perlu memastikan hubungan lebih baik dengan istana demi kepentingan survival politik.
Seorang lagi penganalisis politik, Kamarul Zaman Yusoff berkata, wujud persepsi barisan baru exco negeri diputuskan istana Johor dan istana akan terus mengembangkan pengaruhnya dalam pentadbiran negeri.
Beliau memberi amaran terpulang kepada Sahruddin untuk memastikan kehendak parti dipatuhi, tetapi perlu mengelak daripada menimbulkan kemarahan pihak tidak sepatutnya.
Beliau turut mencadangkan pembangunan di Johor boleh memecahbelahkan PPBM.
“Pelantikan exco mungkin bukan isu cukup besar untuk mencetuskan pergaduhan besar, tetapi jika menteri besar baru membenarkan isu lebih besar berlaku selepas ini, saya rasa beliau sendiri sengaja mencari masalah.”
Menjelang pemilihan parti, Kamarul berkata, Sahruddin mungkin berdepan kesannya, jika tidak mengikut arahan parti dalam mentadbir Johor.
“Hasil daripada episod ini ialah Tun Mahathir menjadi lebih kuat. Terdapat sedikit keraguan rakyat akan menyokong beliau jika berlaku konfrontasi berskala besar dengan istana.”
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/04/24/dr-m-kecewa-exco-dirombak-selepas-percakaran-terbuka-dengan-istana-johor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Marah Exco Johor Dirombak Muhyiddin Minta Maaf Kata Laporan

Dr Mahathir Marah Exco Johor Dirombak Muhyiddin Minta Maaf Kata Laporan

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 614 hits
Dr Mahathir marah exco Johor dirombak Muhyiddin minta maaf kata laporan Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada 24
Exco Johor Mengaku Lulus Darjah 6 Namun Bukan Halangan Berkhidmat

Exco Johor Mengaku Lulus Darjah 6 Namun Bukan Halangan Berkhidmat

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 418 hits
Walaupun hanya mendapat pendidikan sehingga darjah enam Tosrin Jarvanthi tidak pernah menjadikan ini satu kekurangan malah sebagai pembakar semangat untuk beliau melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat selama ini Pengerusi Hal Ehwal Agama I...
Guan Eng Not Dap S Decision To Drop Hong Pin From Johor Exco

Guan Eng Not Dap S Decision To Drop Hong Pin From Johor Exco

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 434 hits
It was not DAP s decision to drop Skudai assemblyperson Tan Hong Pin from the new Johor exco line up said party secretary general Lim Guan Eng It was not decided by DAP he said when met by the media today in Putrajaya That s all I want to s...
Sultan Tiada Pengaruh Dalam Lantikan Exco Baru Johor Kata Dr M

Sultan Tiada Pengaruh Dalam Lantikan Exco Baru Johor Kata Dr M

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 402 hits
Sultan Johor tidak memberi pengaruh dalam pemilihan barisan majlis eksekutif baru negeri itu kata Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri yang bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Konvensyen Orang Asli Kebangsaan hari ini menjawab soal...
3 Muka Baharu Exco Johor

3 Muka Baharu Exco Johor

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 287 hits
JOHOR akan mendedahkan tiga muka baharu dalam barisan 11 exco negerinya yang akan mengangkat sumpah hari ini di hadapan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar lapor The Star Mereka ialah Mohd Izhar Ahmad dan Mohd Solihan Badri kedua duanya daripada...
Mahathir And Muhyiddin Clash Over Johor Exco

Mahathir And Muhyiddin Clash Over Johor Exco

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 391 hits
Top PPBM leaders have expressed solidarity with Dr Mahathir Mohamad amid lingering tension between the prime minister and the Johor royal household over the selection of the state cabinet FMT has learnt from reliable sources that the expres...
Mesyuarat Isu Rombakan Exco Johor Tegang Ppbm Bersolidariti Dengan Dr M

Mesyuarat Isu Rombakan Exco Johor Tegang Ppbm Bersolidariti Dengan Dr M

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 402 hits
April 23 2019 6 53 PMPimpinan kanan PPBM menyokong Dr Mahathir Mohamad dalam pertengkaran kecil dengan Istana Johor tentang jemaah exco negeri PETALING JAYA Pimpinan kanan PPBM bersolidariti dengan Dr Mahathir Mohamad disebalik ketegangan a...
Exco Johor Bukan Team Muhyiddin Kata Sahruddin

Exco Johor Bukan Team Muhyiddin Kata Sahruddin

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 333 hits
Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal menafikan wakil rakyat yang dipilih menjadi barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor baru baru ini adalah pasukan Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebaliknya kesemua 10 Exco itu merupakan p...
Disebalik Tabir Kisah Exco Johor

Disebalik Tabir Kisah Exco Johor

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 333 hits
Disebalik Tabir Kisah Exco Johor Kelmarin berlangsung majlis mengangkat sumpah 10 exco Johor di depan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Seperti dijangkakan 2 exco di bawah kepimpinan Osman Sapian iaitu Adun Puteri Wangsa Mazlan Bujang dan Adun...
Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Negara Ini Akan Lebih Aman Jika Mereka Ini Tidak Lagi Dalam Politik Negara

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives