Dr M Jumpa Pimpinan Armada Macam Pelik Terdesak Exco Armada



Sekurang-kurangnya empat sayap Pemuda Bersatu (Armada) peringkat negeri dan dua anggota exco Armada telah 'memberontak' terhadap percubaan untuk mengarahkan sokongan Armada kepada Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi parti yang terlibat dalam perebutan kuasa dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Armada Terengganu, Sabah, Selangor dan Perak telah mengeluarkan kenyataan membantah selepas Armada pusat semalam menyatakan Pemuda Bersatu menolak kerjasama parti itu dengan Umno, di dalam kerajaan PN, dan meminta Bersatu untuk kembali bersama Pakatan Harapan.

Keputusan itu dibuat setelah pertemuan kepimpinan Armada dengan Mahathir Mohamad, yang dikatakan mendapat sokongan dua pertiga sementara selebihnya mengundurkan diri, manakala tidak ada yang menentang.

Bagaimanapun, Anggota Exco Armada, Mahathir Mohd Rais, yang tidak hadir dalam pertemuan itu, mengatakan para pemimpin tidak membantah kerana menghormati pengerusi Bersatu itu.

Menyebut pertemuan semalam sebagai 'pelik', dia berkata pertemuan dengan ketua parti itu nampak seakan 'terdesak' dan "tidak bertanggungjawab".

"Pandangan saya. Tujuan mengadakan mesyuarat Armada bersama pengerusi dilihat sebagai satu langkah yang terdesak dan tidak bertanggungjawab.

"Gunakanlah akal dan fikiran. Sudah tentu ketetapan yang dibuat didalam mesyuarat itu berlandaskan atas rasa hormat terhadap Tun (Dr Mahathir).

"Ada sahabat yang hadir dalam mesyuarat berkata. Jika mereka bersuara di dalam mesyuarat itu mungkin mereka akan dilabel sebagai biadap atau kurang ajar," jelas Mahathir Mohd Rais pada suatu kenyataan hari ini.

Semalam Armada membuat keputusan menolak kerjasama dengan Umno, sebaliknya kembali bekerjasama dengan PH.

Armada berkata, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dihadiri exco dan ketua Armada negeri, serta pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad.

"Ahli-ahli mesyuarat telah berbincang dan pada akhirnya bersetuju untuk menetapkan pendirian rasmi sayap Armada, iaitu menyokong penuh pendirian Dr Mahathir untuk tidak bekerjasama dengan Umno.

"(Serta) mengembalikan mandat rakyat sebagaimana yang telah diberi pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas dan kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan," kata Armada dalam satu kenyataan.

'Lupakan PH'

Sementara itu, seorang lagi Anggota Exco Armada, Muzammil Ismail berkata pendirian sayap pemuda parti itu semalam mungkin memecahkan parti.

Beliau menggesa agar Armada "melupakan" Pakatan Harapan.

"Rata-rata Ketua Armada Bahagian Bersatu tidak menyokong sepenuhnya pendirian rasmi Armada Pusat pada 6 Mei 2020 yang memutuskan untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

"Apakah ini polemik politik (Ketua Armada) Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) dalam usaha beliau untuk menunjukkan kekuatan sokongan di hadapan Tun Mahathir dalam usaha untuk mengekalkan beliau sebagai Ketua Armada Nasional pada pemilihan yang sedang berlangsung.

"Sebagai exco Armada Nasional, saya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Feb 2020 yang memutuskan Bersatu keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH). Keputusan ini kekal sehingga terdapat keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) terbaru," katanya.

Beliau maklum bahawa Perikatan Nasional (PN) bukanlah satu gabungan yang berdaftar tetapi beliau yakin kerjasama yang terjalin sekarang boleh dibentuk secara rasmi terutama sekali dalam menangani wabak Covid-19.

Pandangan itu dilontarkan Muzammil walaupun Umno menolak sebarang cubaan untuk mengabsahkan PN.

Bersatu kini berpecah kepada kem Muhyiddin dan kem Mahathir.

Kerajaan Harapan tumbang lewat Februari lalu apabila Muhyiddin membawa Bersatu keluar daripada gabungan tersebut dan membentuk kerajaan baru bersama beberapa bekas anggota Parlimen PKR yang dikepalai bekas timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali.

Kerajaan baru itu turut disertai BN, PAS, GPS dan beberapa parti kecil yang lain.

Mahathir sudah menyatakan hasratnya untuk kembali menguasai parti menerusi pemilihan Bersatu yang akan datang dan membawa parti keluar daripada gabungan PN.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/dr-m-jumpa-pimpinan-armada-macam-pelik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nakhoda Jumpa Armada

Nakhoda Jumpa Armada

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 364 hits
Hadi Zahid bakal berjumpa PM bincang politik semasa khusus undi tak percaya DAH AGAK DAH Ingatkan cerdik rupanya bangang Speaker tolak usul Usul undi percaya Dr M tak selari perlembagaan pertikai Agong Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md ...
Senang Ada Starbucks Kopi Premium Kat Rumah Macam Starbucks Cafe Dah Ni

Senang Ada Starbucks Kopi Premium Kat Rumah Macam Starbucks Cafe Dah Ni

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 445 hits
Hi Korang Ramai yang perasan yang kak lily ni seorang pecinta kopi yang setia setiap pagi mesti pekena kopi dulu sebelum buat keje hah dan kadang kadang tuh petang mesti nak pekena sekali lagi jugak hehehehehe Sememangnya kak lily memang ha...
Idola Sekarang Tak Macam Ni Nak Masuk 40 An Tarian Smooth Rain Di Tiktok Dapat Pujian Ramai

Idola Sekarang Tak Macam Ni Nak Masuk 40 An Tarian Smooth Rain Di Tiktok Dapat Pujian Ramai

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 242 hits
Pada peminat K Pop atau K Drama lama anda pasti kenal dengan Jung Ji hoon atau nama pentasnya iaitu Rain Lelaki ini yang mula popular selepas membuat kemunculan sebagai penyanyi solo pada tahun 2002 dengan pelbagai lagu hit seperti Bad Guy ...
Minta Macam Macam Rakyat Malaysia Makin Berbulu Dengan Warga Rohngya

Minta Macam Macam Rakyat Malaysia Makin Berbulu Dengan Warga Rohngya

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 392 hits
Rata rata rakyat Malaysia saat ini dilihat sangat berang apabila Zafar Ahmad Abdul Ghani yang merupakan Presiden kepada Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia dikatakan meminta hak samarata warganya di Malaysia Minta Mac...
Sama Macam Azmin Saifudin Abdullah Juga Dihentam Di Indera Mahkota

Sama Macam Azmin Saifudin Abdullah Juga Dihentam Di Indera Mahkota

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 325 hits
W FaudzinDah la khianat dengan pengundi jual nama Allah pulak tu Kalau perompak dia merompak rumah kau boleh ke perompak tu kata dengan kehendak Allah maka dia merompak rumah kau Kau ingat orang orang IM boleh kau bodohkan dengan jual nama ...
Macam Macam Lakon Wayang Kulit

Macam Macam Lakon Wayang Kulit

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 572 hits
Macam Macam Lakon Wayang Kulit menurut pakem surokarto lan sekitaripun sing mengacu pada Serat Pedhalangan Ringgit Purwa karya KGPAA Mangkunegara VII yang terdiri dari 37 jilid berisi 177 lakon dan terbagi 4 1 Cerita dewa 2 Cerita Arjuna Sa...
Resepi Apam Dewa Sukatan Cawan Macam Mak Buat Dulu

Resepi Apam Dewa Sukatan Cawan Macam Mak Buat Dulu

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1628 hits
Resepi Apam Dewa Sukatan Cawan Macam Mak Buat Dulu Orang Terengganu panggil apam dewa Dulu mak selalu buatHahaha benar benar menggamit kenangan kan
Nik Amar Bagi Hint Macam Pn Boleh Berpecah Jer Ni

Nik Amar Bagi Hint Macam Pn Boleh Berpecah Jer Ni

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 268 hits
Kerjasama politik dalam Perikatan Nasional bukan satu ikatan yang konkrit namun dibentuk melalui keputusan setiap parti demi menyelamatkan negara kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah Diminta mengulas kenyataan Pengerusi Umno Sabah Bung...
Bertahun Dah Tular Mbsa Roboh Khemah Jakel Netizen Pelik Kenapa Sekarang Baru Kena

Bertahun Dah Tular Mbsa Roboh Khemah Jakel Netizen Pelik Kenapa Sekarang Baru Kena

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 504 hits
Dalam operasi itu MBSA mendapati struktur elekrik yang dibina juga tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengundang bahaya small Cover image via MBSA Facebook small Setiap kali tibanya musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri antara tempat yang s...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba