KUANTAN - Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) hari ini menggesa pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menyiasat aduan berlaku perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan seorang pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahagian Pekan semalam.
Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli dalam satu hantaran di facebook beliau mendakwa rakyat marhaen mahu beraya ke rumah jiran sebelah pun merasa takut dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, tiba-tiba ada pula pihak sewenangnya berbuat demikian tanpa rasa bersalah.
Difahamkan, pemimpin muda yang terlibat adalah merupakan Ketua Armada BERSATU Bahagian Pekan yang dikenali sebagai Iqbal Adzrin.

"Siapa Ketua Armada Pekan? Saya mendapat makluman beliau melanggar SOP? Janganlah berlagak sangat mentang-mentang abah kau kerajaan pada hari ini...Saya mohon PDRM menyiasat perkara ini..Janganlah berlagak bodoh sombong sangat, Kami rakyat marhaen ni nak pergi rumah jiran sebelah pun takot..Kau sedap2 je ye," kata kenyataan Haslihelm
Kenyataan beliau itu dibalas oleh pemimpin terbabit, yang memohon maaf atas kesilapan tersebut.

|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |