Dr Latif Bukan Satu Satunya Calon Di Mersing Pkr Kemuka Muka Baru



Pengundi Parlimen Mersing, Johor tidak perlu terlalu terpengaruh dengan perebutan kerusi P154 antara Umno dan Bersatu kerana PKR akan meletak calon yang berwibawa sekiranya berlaku pilihan raya umum (PRU) mengejut pada tahun ini.
Menurut Ketua Cabang PKR Mersing, Khairil Adanan, pengundi tidak harus terikat dengan calon Umno atau Bersatu. Sebaliknya PKR menawarkan muka baharu yang lebih berkredibiliti berbanding wakil rakyat Bersatu, Datuk Dr Latiff Ahmad yang kini diserang dari segenap penjuru oleh parti lamanya ekoran keceluparan mendakwa ‘Umno tidak laku di Sabah’.
“Kepada penduduk dan pengundi Mersing, Umno dan Bersatu bukanlah segala-galanya. Masih terdapat alternatif lain (untuk diangkat sebagai wakil rakyat).
“PKR Mersing akan meletakkan calon sekiranya berlaku pembubaran parlimen dalam masa terdekat. PKR akan meletakkan calon muda yang juga anak tempatan. Pengundi Mersing berhak mendapat pemimpin segar yang baru, bukan parti dan pemimpin yang sudah diberikan peluang 6 penggal tetapi tidak mampu membawa Mersing keluar dari status daerah termundur di Johor.
“Parlimen Mersing sentiasa berada di sebelah pihak kerajaan sepanjang 14 PRU lalu. Walaupun berlaku episod Langkah Sheraton pada hujung Februari, Mersing masih berada dalam pihak kerajaan. Namun tidak ada sebab untuk rakyat Mersing dinafikan hak pembangunan dan hak kemakmuran ekonomi melainkan parti dan pimpinan yang dipilih sebelum ini semenangnya gagal membawa suara rakyat Mersing,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook
Menurut Khairil lagi, pengundi Mersing harus memilih pemimpin yang bertekad untuk menjaga kebajikan rakyat berbanding yang hanya pandai berpolitik dan melompat untuk meneruskan hayat kekuasaan.
Katanya, tiba masa untuk rakyat memberi mandat kepada PKR yang berjuang selama dua dekad menyempurnakan agenda reformasi di tanah air.
“PKR wajar menjadi wadah baru untuk rakyat dan pengundi Mersing setelah berkali-kali memberikan kepercayaan kepada parti dan pemimpin yang salah.
“PKR bukan parti baru tetapi telah berusia 21 Tahun yang faham dengan masalah kesenjangan ekonomi, kemiskinan luar bandar, menghormati sistem Raja Berperlembagaan, mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, memperkukuhkan demokrasi berparlimen serta menegakkan kedaulatan undang-undang dan paling penting PKR teguh mendokong Islam sebagai agama Persekutuan selari dengan perkara 3(1) perlembagaan persekutuan,” katanya lagi.
Nama Parlimen Mersing terkenal sejak seminggu ini apabila Ahli Parlimennya diserang oleh berbelas-belas kenyataan pimpinan Umno. Terbaharu Presiden Umno, Zahid Hamidi menegaskan Umno akan meletakkan calon di Mersing. Sebelum itu, bekas Perdana Menteri Najib Razak juga menyeru agar keceluparan Dr Latif dihukum.
Mersing mungkin menjadi bantu tanda goyangnya kerjasama Perikatan Nasional apabila Umno enggan memberi peluang kepada Ahli Parlimen Bersatu mempertahankan kerusi. ‘Gelombang Mersing’ juga mungkin melanda kesemua lebih 20 kerusi Bersatu yang dianggotai bekas-bekas Ahli Parlimen Umno yang melompat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28709

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lobi Untuk Jawatan Glc Di Kedah Bukan Satu Kesalahan Calon Ketua Armada

Lobi Untuk Jawatan Glc Di Kedah Bukan Satu Kesalahan Calon Ketua Armada

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 652 hits
KEMASKINI Seorang exco Pemuda Bersatu berpendapat dia tidak melakukan sebarang kesalahan mahupun menyanggahi undang undang apabila menulis surat kepada Menteri Besar Kedah baru baru ini Sebaliknya menurut Muzzammil Ismail ada pihak tertentu...
Sayap Pemuda Pkr Mahu Anwar Tolak Shafie Sebagai Calon Pm

Sayap Pemuda Pkr Mahu Anwar Tolak Shafie Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 438 hits
June 28 2020 2 59 PMSetiausaha Pemuda PKR Ahmad Syukri Ab Razak berkata sayap itu berpegang pada keputusan Majlis Pimpinan Pusat parti itu yang memilih Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal perdana menteri PETALING JAYA Walaupun Dr Mahathir M...
Ucapan Dari Presiden Buat Ketua Wanita Pkr Yang Baru

Ucapan Dari Presiden Buat Ketua Wanita Pkr Yang Baru

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 496 hits
Selamat maju jaya kepada YB Fuziah Salleh yang kini memimpin pasukan Wanita KEADILAN Bersama kita memenuhi cita bangsa dalam membela dan memperkasa suara kaum wanita di Malaysia DR WAN AZIZAHMesyuarat bersama wanita Keadilan di ibu pejabat ...
Pkr Perak Akan Calon Anak Tempatan Di Prk Slim Untuk Pertahan Legasi Khusairi

Pkr Perak Akan Calon Anak Tempatan Di Prk Slim Untuk Pertahan Legasi Khusairi

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 334 hits
July 16 2020 12 03 AMKhusairi Abdul Talib meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Bentong selepas pengsan ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort kira kira 2 30 petang tadi PETALING JAYA PKR Perak ...
Calon Tpm Wakil Pkr Sebaiknya Nurul Atau Rafizi

Calon Tpm Wakil Pkr Sebaiknya Nurul Atau Rafizi

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 385 hits
Anwar terlalu senior tua untuk di letakan sebagai calon TPM logiknya tepat tetapi secara egonya takkan diterima Mahathir pun takkan bersedia jadi TPM Jika meletakan Lim Guan Eng sekali lagi sebagai calon Menteri Kewangan Melayu Semenanjung ...
Legenda Bollywood Amitabh Bachchan Positif Terkena Corona Putra Satu Satunya Juga Tertular

Legenda Bollywood Amitabh Bachchan Positif Terkena Corona Putra Satu Satunya Juga Tertular

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 242 hits
Di usia 77 tahun Amitabh termasuk kelompok yang rentan Semoga lekas diberi kesembuhan ya
Satu Lagi Kes Baru Je Di Pulau Pinang

Satu Lagi Kes Baru Je Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 328 hits
Satu lagi kes baru Japanese Encephalitis dilaporkan di Pulau Pinang membabitkan daerah Barat Daya menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Menurut kenyataan berkenaan selain kes baharu itu dua lagi kes sebelum ini di daerah S...
Bekas Calon Adun Pkr 5 Suspek Dituduh Culik Pemaju Hartanah

Bekas Calon Adun Pkr 5 Suspek Dituduh Culik Pemaju Hartanah

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 392 hits
PETALING JAYA Tiada pengakuan direkodkan oleh Mahkamah Majistret di sini terhadap enam tertuduh termasuk bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali atas kesalahan menculik seorang pemaju hartanah dalam kejadian pada 10 Jun lalu Tert...
Anwar Bakal Sokong Muhyiddin Pkr Kemungkinan Rakan Baru Pn

Anwar Bakal Sokong Muhyiddin Pkr Kemungkinan Rakan Baru Pn

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 361 hits
Anwar Ibrahim PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diramalkan bakal menerima sokongan tidak disangka daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukannya dalam mendepani usul undi penentuan kepe...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Aku Emas Dan Dinar

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya Kpdn Wpkl Ppim 22 04 2025

Aktiviti Lawatan Ke Ahmad S Fried Chicken Ppim 21 04 2025

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025