Dr Kamarul Zaman Iktibar Dari Dr Maszlee




SALAH satu iktibar penting yang patut kita perolehi daripada episod yang membawa kepada peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan ialah supaya kita lebih berhati-hati di dalam menilai sesebuah parti, dan di dalam konteks Dr Maszlee, DAP.

Berdasarkan rekod, sebelum PH berkuasa dulu, Dr Maszlee mempunyai saham yang agak besar di dalam membantu menaikkan DAP dengan membersihkan imej DAP di kalangan umat Islam dengan sangka baik yang disertai dengan pelbagai pujian beliau ke atas DAP.

Masih saya ingat lagi dalam forum Roketkini bertajuk “Benarkah Dasar DAP Mengancam Islam” bersama Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Dr Maszlee dengan beraninya mengumumkan “tidak ada pada DAP itu yang mengancam Islam”.

Lebih dari itu, Dr Maszlee bukan setakat membersihkan DAP, tetapi turut melambung tinggi Lim Guan Eng dan bapa beliau, Lim Kit Siang, dengan memartabatkan keperibadian dan prinsip yang mereka perjuangkan sebagai tidak jauh bezanya dengan Dr Mohammad Morsi.

Sebegitu tinggi lambungan Dr Maszlee ke atas DAP selain kritikan beliau ke atas Umno sehingga mendorong moderator forum Roketkini itu menyebut, “Kalau tak dapat surat warning daripada UIA mungkin Dr Maszlee akan dapat surat tawaran bertanding daripada DAP”.

Begitulah seterusnya dengan penglibatan Dr Maszlee di dalam majlis-majlis DAP selepas itu, termasuk di Rumah Terbuka dan Jamuan Aidil Fitri DAP di Bala’s Banana Leaf Restaurant, Bangsar, pada hari Sabtu, 22 Julai 2017, bersama-sama Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Di sebalik bantuan yang telah Dr Maszlee berikan kepada DAP selama ini, dan di sebalik hubungan baik beliau dengan para pemimpin DAP, setelah beliau dilantik menjadi Menteri Pendidikan, adakah para pemimpin DAP membalas budi baik beliau dengan membela beliau?

Bukan setakat tidak membela dan mempertahankan kenyataan dan tindakan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan, malah para pemimpin DAP inilah yang menjadi juara di dalam menyerang dan mendesak supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Iktibarnya di sini ialah, berpada-padalah di dalam berbuat baik dengan DAP dan di dalam memuja-muji DAP, selagi anda berguna kepada mereka selagi itulah mereka melayan anda dengan baik, tetapi bila anda dilihat tidak berguna lagi kepada mereka maka siaplah anda.

Dan ini tidak mengira siapa kerana menjelang PRU14 lalu Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr Chen Man Hin, sendiri pernah menyebut dalam lidah rasmi DAP, Roketkini, bahawa:
(1) DAP dan Tun Dr Mahathir bukan kawan untuk selama-lamanya tetapi boleh berubah mengikut masa.(2) Tun Dr Mahathir baik untuk diajak duduk sekali sebagai rakan kerjasama tetapi tidak akan membawa manfaat sebagai pemimpin.Atau masihkah Dr Maszlee berpegang “tidak ada pada DAP itu yang mengancam Islam”?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 4/1/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/01/dr-kamarul-zaman-iktibar-dari-dr-maszlee.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Menang Besar Dr Kamarul Zaman Mengulas 6 Isu

Dap Menang Besar Dr Kamarul Zaman Mengulas 6 Isu

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 350 hits
BERDASARKAN pemerhatian saya dalam ramai ramai Menteri Dr Maszlee Malik adalah Menteri yang paling kerap mendapat serangan daripada pemimpin DAP Dalam enam isu besar ini beliau telah diserang beramai ramai oleh pemimpin DAP Isu 1 Tiada peru...
Anwar Pula Asak Tun M Menurut Dr Kamarul Zaman

Anwar Pula Asak Tun M Menurut Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 394 hits
SEMALAM Lim Guan Eng sudah kena bidas bila mencadangkan supaya pengganti Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dibincang dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH terlebih dahulu Jawapan diberi ialah mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekut...
Peguam Negara Tarik Dirii Daripada Kes Anwar Dr Kamarul Zaman

Peguam Negara Tarik Dirii Daripada Kes Anwar Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 372 hits
PADA 14 Disember 2019 dalam komen bertajuk Kes cabul Datuk Seri Anwar tak akan ke mana saya menyebut betapa banyak pihak merasa yakin bahawa dakwaan salah laku seks yang dibuat oleh Yusoff Rawther ke atas Datuk Seri Anwar tidak akan berakhi...
Dap Menang Bagaimana Melayu Islam Dalam Ph Apa Komen Dr Kamarul Zaman

Dap Menang Bagaimana Melayu Islam Dalam Ph Apa Komen Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 325 hits
LGE dabik dada DAP menang dalam Kabinet BANGGA sekali nampaknya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menobatkan diri dan partinya sebagai pejuang Cina Padahal yang dia lawan dan dia menang itu adalah rakan rakan dalam kerajaan dan pakatan yang...
Khairy Rasakan Menteri Lain Sepatutnya Undur Bukan Maszlee

Khairy Rasakan Menteri Lain Sepatutnya Undur Bukan Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 422 hits
Panas betul isu ini dan rata rata orang terkejut dengan keputusan yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan YB Maszlee yang mengumumkan peletakan jawatannya dari kementerian itu A post shared by on Jan 2 2020 at 1 01am PSTRamai pihak nampaknya...
Kesilapan Besar Maszlee Terlalu Jaga Ultra Kiasu Ridhuan Tee

Kesilapan Besar Maszlee Terlalu Jaga Ultra Kiasu Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 266 hits
Isu UEC tulisan jawi senyap hanya lantang kritik Najib di ParlimenBANGI Sekiranya Dr Maszlee Malik bertegas mengenai isu tulisan jawi dan Sijil Peperiksaan Bersepadu sudah cukup untuk melonjakkan namanya kata Pendakwah bebas Prof Dr Ridhuan...
Zero Reject Policy Mudahkan Anaknya Bersekolah Ibu Terharu Dasar Maszlee Banyak Bantunya

Zero Reject Policy Mudahkan Anaknya Bersekolah Ibu Terharu Dasar Maszlee Banyak Bantunya

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 407 hits
Perletakan jawatan Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik pada 3 januari lalu sangat mengemparkan seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan pendidikan Bahkan ia menimbulkan reaksi dan persoalan orang ramai Menerusi satu perkongsian y...
Siapa Pengganti Dr Maszlee

Siapa Pengganti Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 349 hits
Ohmedia ada terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad Datuk Saifuddin Abdullah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah calon calon yang layak menggantikan tempat Dr Maszlee sebagai Menteri Pe...
Is Maszlee S Sacking A Plan To Make Mukhriz The New Pm In Waiting

Is Maszlee S Sacking A Plan To Make Mukhriz The New Pm In Waiting

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 371 hits
One thing that is very clear is the pressure on Mahathir to retire and hand power to Anwar by or before May 2020 has increased But with Mahathir you cannot apply pressure The more pressure you apply the more he will fight back Hence expect ...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigate The World Of Online Business

Android 16 Is Here

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Halal Love In Viral Video Man Sneaks Into Female Tent To Give Wife A Rose During Hajj