Dr Jelaskan Bayi Tidur Tak Lena Punca Berat Tak Naik Cantik Bukan Sebab Susu


Tidur yang cukup bagi kanak-kanak adalah waktu yang sangat penting untuk membolehkan proses tumbesaran dan pertumbuhan berjalan lancar. Menurut pakar, bagi mendapatkan tahap kecerdasan IQ yang tinggi, tidur mencukupi antara elemen paling utama dalam pembentukan rangkaian saraf serta membantu perkembangan kelakuan dan menggalakkan bahasa asas serta pertuturan yang cepat.
Sebab itulah, bayi yang dapat tidur yang cukup, beratnya akan naik elok dan tak mudah meragam. Selain itu, perkembangannya juga seiring dengan usia. Bagi ibu bapa yang risau, kenapa berat bayi tak naik cantik dan adakah ia disebabkan susu, Dr Salehuddin Sulaiman beri jawapannya.
Gambar Hiasan Berat dan tidur (bayi)
Seorang patient saya bawa baby nya: main concern, berat tak naik.
Berat lahir: 2.8kg
Semasa 40 hari: 3.2kg.
Kenaikan berat ~9g sehari
(Normal untuk baby menyusu badan : 15-30g sehari)
Menyusu badan fully. Latching, position, teknik, mengikut pemerhatian lactation nurse, ok.
Najis, kuning, lembut. Tak ada tanda masalah penghadaman.
Kencing? Lampin tukar sekitar 3-5 kali sehari, waktu pagi paling berat, dan kebanyakan waktu, berat (jumlah urine satisfactory).
Tidur? Selepas subuh, tidur dalam 3 jam, selepas itu sepanjang hari tak banyak tidur. Tidur dalam setengah jam – sejam, terbangun. Waktu malam terutama selepas tengah malam, lagi kurang tidur.
Pemeriksaan fizikal, semua ok. Jantung paru-paru, tak ada masalah.
‘Anak saudara saya yang hampir sebaya, beza 3 hari je, berat dah naik dekat 5 kilo. Baby tu guna susu formula. Ramai orang advice saya supaya beri susu formula. Tapi saya nak bagi anak saya ni, susu ibu sepenuhnya.’ si ibu buntu.
Gambar Hiasan Saya terangkan, bahawa berat baby yang tak bagus ni, bukan sebab susu ibu kurang kuantiti mahupun kualiti (ini adalah persepsi RAMAI orang, termasuk petugas kesihatan).
‘Baby puan ni, tak naik berat badan sebab tak cukup tidur’.
Saya beri beberapa tips supaya baby tidur lebih lena, dan nasihat si ibu supaya teruskan penyusuan susu ibu.
Tips nak bagi baby tidur lebih lena (lagi cepat berat naik)
1. Selepas menyusu, riba/ pangku sampai betul2 lena, baru letak.
Kalau perlu, bedung kemas.
2. Pasti kan suhu agak rendah (kipas atau aircond esp time musim panas gini)
3. Kurangkan bunyi bising kalau boleh.
4. 1 benda yg lebih penting, kalau baby terbangun dan menangis selepas 30min-1 jam, make sure AYAH yang angkat dan dodoikan balik, bukan ibu, kalau boleh. (kalau ibu, baby automatic nak menyusu walaupun masih kenyang). Ada ramai ibu yang menyusu badan bagitau anaknya nak menyusu setiap setengah jam. Sebenarnya baby tu bukan nak menyusu pun, tapi nak ‘mengempeng’ atau nak dipeluk. Kalau orang lain selain si ibu yang angkat, (sebab tu saya mention AYAH) bukannya baby tu nak menyusu pun.
5. Kalau baby dah tidur lena, tak perlu kejutkan untuk tukar lampin, atau ‘nak bagi susu’.

(Kalau baby dalam 2 minggu pertama dan kuning, kadang-kadang baby kuat tidur. Boleh kejutkan untuk penyusuan setiap 2 jam. Masalahnya, ramai yang diberi nasihat: kalau baby kuning, kena kerap menyusu. Dan end up diberi susu setiap setengah jam atau sejam. Personally, this is not the right thing to do. Kerap menyusu is setiap 2 jam bagi yang menyusu badan, dan 3 jam jika guna susu formula).
Temujanji 2 minggu untuk review balik. Selepas 2 minggu. Berat 3.6 kg. 400g dalam masa 14 hari. Iaitu 28 g sehari. Alhamdulillah.
Ibu bapa bayi tersebut memastikan bayi mereka cukup tidur. Kurang gangguan, terutama di waktu siang hari.
3 bulan pertama bayi tidur sekitar 16-17 jam sehari atau lebih
‘Memang terasa berat, dan lenguh juga tangan bila dukung dia’ komen si ayah. Yes, tidur sangat penting untuk bayi. Semasa tidur, hormon tumbesaran (growth hormone) dikeluarkan untuk merangsang tumbesaran bayi. Sebab itu, dalam 3 bulan pertama, Allah jadikan bayi banyak tidur. Mereka tidur sekitar 16-17 jam (atau lebih), dan hormon paling banyak dikeluarkan ketika mereka tidur lena (lebih sejam).
Sebab itu, dalam kes pesakit saya ini, peringkat awalnya, berat tak berapa naik kerana tidur yang tak berkualiti (tak sampai sejam) menyebabkan kurang hormon dikeluarkan.
Mengikut kajian, tidur yang cukup semasa bayi juga menentukan kecerdasan mereka kelak.

Selepas 4 bulan sekitar 14-15 jam
Jadi, pastikan bayi anda tidur secukupnya. Selepas 4 bulan, keperluan tidur mereka ialah sekitar 14-15 jam, dan pada umur 6 bulan, sekitar 13-14 jam sehari. Waktu tidur mereka juga berubah.
Dalam 2-3 bulan pertama, ‘office hour’ mereka ialah selepas 12 tengah malam hingga 4-5 pagi. Mereka lebih banyak tidur pada waktu siang. Jadi, kalau bayi anda banyak tidur waktu siang, itu normal.
Mula tidur normal waktu malam sekitar usia 10 bulan ke atas
Mereka akan mula start tidur waktu malam (circadian rhytm) selepas umur mereka 10-12 minggu (2-3 bulan).
Oh, saya bercerita ni pasal tidur bayi ya. Bukan tidur bayi dewasa berumur 30 atau 40 tahun!
Kredit: Pakar Pediatrik, Dr Salehuddin Sulaiman

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
 
The post Dr Jelaskan Bayi Tidur Tak Lena, Punca Berat Tak Naik Cantik. Bukan Sebab Susu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dr-jelaskan-bayi-tidur-tak-lena-punca-berat-tak-naik-cantik-bukan-sebab-susu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Untuk Doa Elyana Syukur Berat Naik 14kg

Terima Kasih Untuk Doa Elyana Syukur Berat Naik 14kg

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 463 hits
Penyanyi dan pelakon Elyana bersyukur kerana berat badannya kini sudah menunjukkan peningkatan memberangsangkan selepas menjalani raw4tan kem0terepi sesi kedua sejak minggu lalu Menurut Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal 34...
Punca Mulut Kering Ketika Tidur Ketahui Cara Mengatasinya

Punca Mulut Kering Ketika Tidur Ketahui Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 448 hits
Punca Mulut Kering Ketika Tidur Ketahui Cara Mengatasinya MULUT kering adalah keadaan yang biasa berlaku kepada hampir setiap orang Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kekeringan pada mulut antaranya cuaca atau suhu ruang ter...
156 Aduan Diterima Kkm Berkaitan Produk Susu Bayi

156 Aduan Diterima Kkm Berkaitan Produk Susu Bayi

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 282 hits
Oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin GAMBAR Abd Razak Aid Kementerian Kesihatan menerima sebanyak 156 aduan membabitkan 62 syarikat produk susu formula bayi makanan pelengkap bayi dan peralatan penyusuan dalam tempoh dua tahun lalu Ment...
Aku Dah Simbah Isteri Air Yassin Air L0ngkang Je Blm Lagi Baru 4 Tahun Kahwin Berat Bdn Isteri Naik 95kg

Aku Dah Simbah Isteri Air Yassin Air L0ngkang Je Blm Lagi Baru 4 Tahun Kahwin Berat Bdn Isteri Naik 95kg

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 423 hits
B4ca perlahan lahan semoga dapat pengajaran dari k1sah ini Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada s3mua pemb4ca Min tolong hide kan fb aku M1n aku dah 4 tahun kawin min
Hari Hari Gosok Gigi Anak Tapi Tetap Rosak Doktor Gigi Jelaskan Punca Yang Ibu Ayah Tak Tahu

Hari Hari Gosok Gigi Anak Tapi Tetap Rosak Doktor Gigi Jelaskan Punca Yang Ibu Ayah Tak Tahu

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 325 hits
Karies awal kanak kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak kanak di bawah umur enam tahun Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak dan air liur Kenapa i...
Wanita Ini Sangka Berat Badan Naik Rupanya Ada Tumor Seberat 7 7 Kilogram

Wanita Ini Sangka Berat Badan Naik Rupanya Ada Tumor Seberat 7 7 Kilogram

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 387 hits
PERBEZAAN keadaan Amanda Shoultz 29 sebelum dan selepas pembedahan AGENSI TEXAS Seorang wanita tidak menyangka perut buncit yang dialaminya adalah disebabkan oleh ketumbuhan seberat 7 7 kilogram AMANDA SHOULTZ Pada mulanya Amanda Shoultz me...
Jom Naik Funikular Bukit Bendera

Jom Naik Funikular Bukit Bendera

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 578 hits
Ahad 10 10 2021Bukit Bendera atau dikenali juga sebagai Penang Hill merupakan antara tarikan utama pelancongan di Pulau Pinang Walaupun dah pernah ke PP suatu masa dulu tapi saya dan suami belum pernah ke Bukit Bendera Perkhidmatan funikula...
Hiburan Geng Kayangan Betul Ni Hairul Azreen Dan Keluarga Dijemput Naik Kapal Mewah Pula

Hiburan Geng Kayangan Betul Ni Hairul Azreen Dan Keluarga Dijemput Naik Kapal Mewah Pula

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 262 hits
Pelakon Hairul Azreen serta isteri Hanis Zalikha bersama anak anak mereka baru baru ini ada menjadi bahan bualan netizen apabila keluarga itu dilaporkan telah bercuti ke Pulau Redang dengan menaiki helikopter ARTIKEL BERKAITAN Advertisement...
Rezeki Anak Anak Lepas Helikopter Family Hairul Azreen Naik Kapal Mewah Pula

Rezeki Anak Anak Lepas Helikopter Family Hairul Azreen Naik Kapal Mewah Pula

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 345 hits
Pernah viral beberapa hari lepas percutian yang penuh mewah Hairul Azreen bersama keluarga tercinta dengan menaiki helicoptor ke sebuah pulau percutian yang terkenal membuatkan ramai cemburu dengan percutian mereka Kini Keluarga Hairul dan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities