Dppm Kolaborasi Bersama Richworks Bagi Pemerkasaan Usahawan


KUALA LUMPUR 15 Ogos - Polikrisis yang berlaku ketika ini telah & sedang menekan ramai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga menyebabkan jualan merudum malah hingga ada yang tutup perniagaan

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, polikrisis yang dibangkitkan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman adalah tepat pada masanya untuk usahawan sedar bahawa cabaran dihadapi mereka lebih besar kerana banyak faktor termasuk disrupsi teknologi, pengliberalisasian perdagangan dan juga peningkatan kos-kos input perusahaan termasuk kos buruh serta pekerja

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon bersama Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menandatangani perjanjian persefahaman di antara DPMM dan RichWorks di Anjung Melayu, hari ini.


Katanya, di Malaysia kira-kira 60 peratus PKS gagal dalam tempoh lima tahun penubuhan, menurut artikel Jurnal Keusahawanan ASEAN yang dikeluarkan 7 Ogos lalu

“Enam daripada 10 PKS pula menghadapi cabaran yang berkaitan dengan pertumbuhan mereka

"Usahawan berdepan banyak cabaran ketika ini dengan kenaikan harga barangan, kekurangan bekalan bahan mentah ditambah kadar pinjaman di bank menyebabkan kos operasi sesebuah perniagaan makin meningkat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Beliau berkata demikian ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Usahasama antara DPMM dan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) diwakili Norsyahrin bersama Dr. Azizan merangkap Pengerusi RichWorks

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon dan Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama barisan pengurusan kedua organisasi di Anjung Melayu, hari ini

Yang turut hadir, Setiausaha Agung, Ahmad Yazid Othman; Pengarah Eksekutif RichWorks, Hasnita Ahmad dan Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd

Tambah Norsyahrin, tekanan semasa kepada usahawan itu memerlukan perubahan dan langkah yang tepat dalam memastikan tiada usahawan tercicir dan kecundang

Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman

“Saya percaya kolaborasi dengan RichWorks yang berpengalaman dalam membimbing usahawan PKS akan membantu ahli-ahli Dewan Melayu  untuk lebih dinamis dan mampu berkembang (scale-up) dalam bidang yang mereka ceburi

“Kami percaya kesemua kolaborasi dengan pakar-pakar seperti RichWorks dan agensi kerajaan akan membantu mencapai hasrat untuk membina masyarakat ekonomi bumiputera (BCIC) yang lebih berpotensi. 

Sementara itu, Dr. Azizan memberitahu, usahawan saat ini tiada pilihan lain untuk tingkatkan ilmu, kemahiran dan strategi bagi berdepan polikrisis yang dijangka akan berpanjangan

Katanya, polikrisis ini benar dan bukannya dibangkitkan untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama usahawan

"Ketika ini, saya melihat sendiri sesetengah usahawan alami kejatuhan jualan sekitar 30 ke 40 peratus

"Keadaan polikrisis saat ini berbeza dengan semasa pandemik bermula Mac 2020 di mana tekanan dari kenaikan harga bahan mentah dan kos tenaga kerja antaranya mengugat 'survival' bisnes

"Situasi ini dijangka akan berpanjangan hingga 2025, di mana usahawan tidak mudah untuk bertahan bahkan keupayaan untuk bangkit seperti dikatakan dalam World Economic Forum pada awal tahun lalu," jelasnya


Sehubungan itu, Azizan memberitahu, RichWorks ambil inisiatif melancarkan program yang membantu usahawan-usahawan dalam memberikan solusi langsung kepada permasalahan dihadapi mereka dalam 10X Bina Bisnes Berjaya dari 2 & 3 September nanti

Mengulas mengenai perjanjian persefahaman bersama DPMM, pihaknya menghargai jemputan DPMM untuk berkolaborasi dengan satu matlamat jitu iaitu membangun dan memperkasakan usahawan Melayu dan Bumiputera


"Alhamdulillah, melalui pengalaman dan kepakaran kami bermula 2008 yang terbukti berjaya melahirkan ribuan jenama tempatan dan usahawan jutawan

"Kami akan berkongsi kepakaran dan pengalaman yang ada untuk bantu dalam usaha membawa perniagaan-perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi," jelasnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fatindiana.com/2023/08/dppm-kolaborasi-bersama-richworks-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Impak Usahawan Dalam Polikrisis Berpanjangan

Impak Usahawan Dalam Polikrisis Berpanjangan

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 367 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTanpa sedar dunia kini berdepan polikrisis yang memberi impak secara langsung dan tak langsung kepada orang ramai terutama bangsa usahawan selepas pasca pandemik ketika ini Mentor usahawan Datuk Wira Dr Az...
Panduan Untuk Anda Yang Nak Jadi Usahawan Tapi Tak Ada Idea Nak Buat Perniagaan Apa

Panduan Untuk Anda Yang Nak Jadi Usahawan Tapi Tak Ada Idea Nak Buat Perniagaan Apa

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 349 hits
Tentu anda dah lama sedar bahawa apa saja perniagaan yang orang lain di sekeliling anda dah buat berpotensi untuk ditiru Maksudnya untuk memulakan perniagaan tak payah nak susah susah beratkan kepala cari idea perniagaan baru Soalan itu men...
Dana Tambahan 6 Juta Untuk Usahawan Itekad Pm

Dana Tambahan 6 Juta Untuk Usahawan Itekad Pm

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 275 hits
Oleh Abdullah ZaidKerajaan Perpaduan hari ini memperuntukan dana tambahan sebanyak RM6 juta kepada program iTekad untuk meningkatkan keupayaan usahawan mikro berpendapatan rendah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan inis...
Permohonan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak Jwks

Permohonan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak Jwks

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 414 hits
Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak JWKS Bagi wanita yang ingin memulakan perniagaan atau sedang berniaga ada geran khas untuk anda bernilai RM2000 berbentuk peralatan Syarat syarat adalah seperti di bawah Paling bestnya wanita yang belu...
Ikram Tak Pernah Bersekongkol Halang Pemerkasaan Islam

Ikram Tak Pernah Bersekongkol Halang Pemerkasaan Islam

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 361 hits
MalaysiakiniPertubuhan Ikram Malaysia menganggap tindakan pihak tertentu mengaitkan mereka dengan sebarang usaha menentang usaha pemerkasaan Islam sebagai berniat jahat Presiden Ikram Badlishah Sham Baharin berkata pertubuhan itu didakwa te...
Kolaborasi Sofearose X Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Srikandi Tun Fatimah

Kolaborasi Sofearose X Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Srikandi Tun Fatimah

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 529 hits
Kolaborasi SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Srikandi Tun Fatimah l Assalamualaikum Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 66 tahun ini jenama tudung terkenal Sofea Rose telah berkolaborasi dengan pelakon terkenal ta...
Chinese Muslim Food Festival Anjuran Pasar Eatai Membuktikan Makanan Halal Tak Semestinya Mahal

Perubahan Besar Kwsp Untuk Tahun 2026 Apa Yang Perlu Tahu

Attorney For Car Accident In Houston Expert Support

Rumah Mesra Rakyat 2026 Semakan Permohonan

Lelaki Indonesia Kongsi Hal Yang Buatnya Faham Tentang Malaysia

Tahun Baru Harapan Baru Tak Perlu Drastik Pun Janji Konsisten

Rekomendasi Film Bioskop Januari 2026 17 Film Paling Dinanti Dari Horor Brutal Sampai Drama Bikin Nangis

Fenomena Buat Ram Sendiri Mungkin Jadi Trend Baharu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Berakhir Percutian Inverness December 2025

Kesilapan Kewangan Awal Tahun 2026 Jangan Ulang Silap Yang Sama

Kenapa Kerja Freelance Perlu Dibayar Bukan Dianggap Kerja Amal

Hadiah Dari Etuza

Why Plump Feels Different Trust Technology And Tasteful Game Design

Pertarungan Mendebarkan Kelana United Fc Tewaskan Kuala Lumpur Dalam Liga Wanita Nasional 2025