Dpp Kenyataan Hakim Nazlan Dengan Sprm Tiada Kaitan Kes Src


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jul 21, 2022
Pihak pendakwaan berhujah Najib Razak tidak boleh bergantung kepada kenyataan hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang direkodkan oleh SPRM untuk membatalkan sabitan bekas perdana menteri itu dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta.

Dalam afidavit sebagai jawapan untuk menentang cabaran pembatalan Najib, timbalan pendakwa raya (DPP) Mohd Ashrof Adrin Kamarul menegaskan bahawa ia adalah kerana mana-mana kenyataan yang direkodkan oleh SPRM sedemikian dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan dengan itu tidak boleh diperoleh atau diterbitkan oleh Najib.

Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang pada Julai 2020 mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT) dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada tertuduh.

Hakim itu telah dinaikkan ke Mahkamah Rayuan.

Dalam salah satu afidavit sebelum ini yang difailkan oleh Najib untuk menyokong usahanya mengemukakan bukti baru untuk membatalkan sabitan dan hukumannya, bekas menteri kewangan itu mendakwa mempunyai akses kepada kenyataan Nazlan yang direkodkan oleh SPRM.

SPRM sedang menyiasat Nazlan berhubung dakwaan konflik kepentingan dalam menghakimi kes SRC apabila mengambil kira peranan hakim itu sebelum ini dalam Maybank dikaitkan dengan pembentukan SRC.

SRC pernah menjadi anak syarikat 1MDB sebelum ia menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc). 1MDB juga dimiliki oleh MoF Inc.

“Saya faham bahawa sebarang rujukan kepada rakaman kenyataan, jika benar, daripada Hakim Nazlan oleh SPRM semasa siasatan yang, jika benar, adalah kenyataan istimewa, tidak boleh diterima dan keterangan dengar cakap (hearsay) di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Kandungan temu bual dengan SPRM (jika benar), sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan perbicaraan SRC, kerana SRC ialah syarikat MoF Inc sejak Februari 2012 manakala pinjaman 1MDB yang dikatakan, jika benar, pada 2015.

"Temu bual yang tidak relevan, tidak boleh diterima dan dilindungi Akta Rahsia Rasmi ini diterbitkan secara haram dan berniat jahat (jika benar) untuk mengalihkan sabitan bersalah terhadap pemohon (Najib) oleh Hakim Nazlan," kata Ashrof dalam afidavit yang difailkan di Mahkamah Persekutuan hari ini dan dilihat oleh Malaysiakini.

Bulan lalu, Najib memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baru untuk membatalkan perbicaraan SRC di Mahkamah Persekutuan.

Kemudian pada 29 Jun, pihak pendakwaan memfailkan afidavitnya sebagai bantahan terhadap cabaran pembatalan itu, dengan alasan bahawa peranan Nazlan sebelum ini sebagai peguam am dengan Maybank tidak mempunyai kaitan dengan kes RM42 juta dana SRC yang didakwa masuk ke dalam akaun Najib.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari bulan depan untuk mendengar rayuan terakhir Najib untuk membatalkan keputusan bersalahnya atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram, serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. .

Pada 8 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib untuk membatalkan keputusan mahkamah tinggi itu.

Mahkamah membenarkan permohonan Najib untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu penyelesaian rayuan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/dpp-kenyataan-hakim-nazlan-dengan-sprm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Guna Alasan Hakim Disiasat Sprm Perlu Batalkan Kes Src Nya

Najib Guna Alasan Hakim Disiasat Sprm Perlu Batalkan Kes Src Nya

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 270 hits
Tok Mat ter cakap benar Sabit kesalahan bila Disiasat SPRM bila Ada Pendakwaan Ada hukuman Bukankah seseorang itu tidak bersalah selagi mahkamah tidak belum putuskan sedemikian Bagaimana keputusan Mahkamah Rayuan kekal hukuman Mahkamah Ting...
Parti Makkal Sakti Persoal Peguam Negara Dan Hakim Negara Berkaitan Kes Nazlan

Parti Makkal Sakti Persoal Peguam Negara Dan Hakim Negara Berkaitan Kes Nazlan

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 179 hits
Mengapa diam Begitulah pertanyaan dari Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia RS Thanenthiran kepada kerajaan berkaitan kes Hakim Nazlan Ghazli yang sudah pun selesai disiasat oleh kedua PDRM dan SPRM RST menyuarakan pertanyaan sebagai hak se...
Tambahan Bukti Baru Dipersembahkan Kepada Mahkamah Jadikan Hakim Nazlan Sebagai Orang Kena Tuduh

Tambahan Bukti Baru Dipersembahkan Kepada Mahkamah Jadikan Hakim Nazlan Sebagai Orang Kena Tuduh

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 266 hits
Oleh Sirajuddin AhmadJika sebelum ini Najib Razak menjadi Orang kena tuduh dimahkamah kini dengan penemuan bukti baru yang solid terhadap hakim Nazlan Mohd Ghazali maka kes menjadikan hakim Nazlan pula sebagai orang kena tuduh yang sedang d...
Tak Jadi Pm Sebab Anwar Tolak Korupsi 1mdb Tapi Kes Zeti Nazlan Dan Guan Eng Anwar Senyap Pula

Tak Jadi Pm Sebab Anwar Tolak Korupsi 1mdb Tapi Kes Zeti Nazlan Dan Guan Eng Anwar Senyap Pula

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 186 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Dengar sini Nak suruh saya berjaya dengan menjadi penjilat kepada perasuah pilih presiden lain Anwar IbrahimKenyataan diatas yang dibuat hadapan penyokong Parti Keadilan Rakyat sekadar retorik dan penyedap ucapan sahaj...
Dakwaan Najib Terhadap Hakim Nazlan Terdesak Tidak Berasas Kata Pendakwa Raya

Dakwaan Najib Terhadap Hakim Nazlan Terdesak Tidak Berasas Kata Pendakwa Raya

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 205 hits
Pendakwaan berkata dakwaan itu boleh dibangkitkan ketika perbicaraan namun bekas perdana menteri itu tidak berbuat demikian kerana isu tersebut adalah tidak sah Pihak pendakwaan mendakwa Najib Razak melakukan percubaan yang terdesak untuk m...
Tukar Pasukan Peguam Kes Src Ini Sebab Diberikan Najib

Tukar Pasukan Peguam Kes Src Ini Sebab Diberikan Najib

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 264 hits
bharian com myOleh Julai 26 2022Najib yakin pelantikan barisan peguam baharu akan memberikan perspektif berbeza dalam pembelaan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan negara SRC International Sdn Bhd Foto fai...
Kes Zeti Dan Nazlan Cubaan Rafizi Bantu Mahathir Alih Perhatian

Kes Zeti Dan Nazlan Cubaan Rafizi Bantu Mahathir Alih Perhatian

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 268 hits
Oleh Sirajuddin AhmadMahathir sangat risau sudah hampir PRU15 rakyat masih bual bekenaan skandal Zeti Akhtar dan Nazlan Mohd Ghazali Mahathir juga risau kerana isu penyerahan Pulau Batu Puteh secara Solo dibuat olehnya menjadi bualan rakyat...
Najib Lantik Zaid Ibrahim Ketuai Rayuan Akhir Kes Src International

Najib Lantik Zaid Ibrahim Ketuai Rayuan Akhir Kes Src International

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 175 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak melantik pasukan pembelaan baharu yang diketuai oleh Zaid Ibrahim untuk mewakili pasukan pembelaan dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan kes SRC International Dalam surat kepa...
Najib Pecat Shafie Lantik Firma Zaid Ibrahim Kendali Kes Rasuah Src

Najib Pecat Shafie Lantik Firma Zaid Ibrahim Kendali Kes Rasuah Src

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 186 hits
bharian com myOleh Julai 26 2022 11 45amPeguam kepada Najib Razak Muhammad Shafee Abdullah ketika sidang media pada hari terakhir perbicaraan kes SRC International di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2019 Foto hiasan NSTPKUALA LU...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan