Dongeng Itik Patah Kaki Dengan Berudu


RENUNGAN
APABILA rintisan tahlul syiasi antara Pas dengan Umno, Umno dan Pas ditularkan, ramai yang terkejut antara yakin dengan tidak. Tidak kurang juga yang tersenyum membaca laporan itu dengan pesimis dan menganggap ia suatu lelucon. Majlis yang berlangsung di PWTC dengan menanda tangani piagama Muafakat Nasional (MN) pun dijadikan persendaan, tetapi membawa isyarat seperti mahu jadi kenyataan. 
Kenapa ada yang pesimis kerana mengingati apa yang pernah dilakukan dan berlaku kedua buah parti itu. Mereka pernah bersama tahun 1970-an, kemudian tidak sampai setengah hari bergaduh dan berpecah semula. 
Hinggalah apabila berlaku pilihan raya kecil di beberapa kawasan, tahlul syiasi itu dipraktikan dan menjadi kenyataan. Kedua parti tidak bertanding menentang dan lawan antara satu sama lain. Kedua-duanya berpakat menghadapi PH. Hasilnya mereka menang.
Ada yang bimbang dengan perkembangan itu dan ada yang seronok. Yang bimbang adalah pembangkang kerana ia boleh mencabar mereka. Yang seronok ialah mereka nyang sejak lama ingin melihat berlaku pertautan ukhwah keMelayuan dan keIslaman antara kedua parti itu. Tetapi yang memahami sifat politik dan game politik, melihat dan menerimanya biasa-biasa sahaja. 
Kenapa begitu kerana memahami keadaan hidup manusia. Selalunya manusia akan mencari teman bila kesunyian. Akan ingat kepada sahabat apabila susah memerlukan bantuan. Berada di mana sekalipun akan dicari dengan harapan dapat membantunya. Tetapi apabila ia sudah senang, maka kawan tidak lagi diperlukan, waima kawan baik sekali pun yang tinggal di sebelah rumah tidak akan dipedulikan, melainkan bertemu secara tidak sengaja di jalanan. Ini nisbah. 
Demikian apa berlaku kepada Pas dan Umno, Umno dan Pas. Mereka sedia merintis kerjasama saling lupa melupai sengketa lama dan membuka episod baru untuk kejayaan masa depan. Seperti perangai manusia tadi saat mereka bersatu dan menyatu itu ketika mereka lemah, terutamanya Umno. Umno baru menerima takdir kalah dalam pilihan raya umum ke-14 dan hilang kerajaan yang dibanggakan. Selepas itulah Najib dan Hadi Awang berpelukan dan menyucuh rokok bersama. Memnyedari mereka serumpun. 
Pada masa Umno lemah dan bersedih, Pas juga sedang dirundang rasa sedih dan terkilan apabila kekawannya yang lari kemudian tubuh parti kuping, menang besar dalam pilihan raya. Sembilan daripada ahli parlimen parti kuping itu dilantik memegang jawatan penting, hingga jawatan menteri dan timbalan menteri dan ahli lain dilantik mengisi jawatan dalam agensi kerajaan. Pencapaian cemerlang itu menjadikan Pas malu dan nekad untuk mengatasinya. Pas jadi benar-benar terpukul malu kemalu-maluan. 
Demi untuk membalas dendam kepada rakan-rakan Pas mencari peluang apa sahaja. Ini termasuk kerjasama dengan Bersatu selepas dengan Umno. Apabila Pas melihat Bersatu dapat memberi keuntungan besar kepadanya, ia memeluk dan kerabat Bersatu walaupun tidak disenangi Umno. Umno marah tetapi kena faham apa yang dikehendaki Pas sebenarnya. 
Pas gunakan alasan untuk perpaduan ummah, menguatkan Melayu dan agama, itu hanya lebong semata-mata, apa yang dimaksudkan jawatan dan kedudukan untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya mereka juga hebat.
Jika difahami situasi itu maka mudah untuk memahami keadaan hari ini kenapa Pas jadi macam motor bot kehabisan minyak dan ketiadaan pendayung. Hanyut dibawa angin ke mana-mana sahaja. Pemimpin mereka tidak peduli ke mana bot itu akan terdampar yang penting mereka berada di atasnya. Berasa seronok meskipun seketika. Yang penting dendam sudah terbalas.  
Ramai orang kecewa dan marah dengan sikap Pas itu. Itu tidak mustahak dan perlu diambil kira oleh mereka. Untuk menghalal dan justifikasi tindakan Pas meninggalkan Umno, dituduh Umno dengan berbagai cara dan tuduhan. Di gelar atau diibaratkan Umno sebagai itik kaki patah yang sembuh kerana diubati Pas. Itik itu setetah kaki sembuh hendak melawan bomoh pula. Tok bomoh dan dukunnya ialah Pas.
Sindiran itu pedih buat Umno dan suatu penghinaan dan ia sengaja cari gaduh. Kerana merasa pedih dibalas pula oleh Umno menggelarkan Pas sebagai berudu yang bermain dalam kolam yang ada ikan. Selepas berudu itu tumbuh kaki dan ekor ia akan melompat ke kolam lain untuk mendapat makanan.
Menyimpulkan apa yang berlaku dan terjadi antara Pas dengan Umno, Umno dan Pas, itulah rupa bentuk dan warna politik kita bangsa Malaysia sebenarnya. Prinsip dalam politik hanya setakat di bibir mulut sahaja bukan dalam perbuatan. Cakap politik kononnya untuk membela bangsa dan negeri, padahal politik untuk diri sendiri. Cerita itik patah kaki dan berudu adalah dongeng politik orang Melayu yang terus menjadi penghibur rakyat Malaysia. [wm.kl. 12:49 pm 31/01/2021] 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/01/dongeng-itik-patah-kaki-dengan-berudu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kejadian Berlaku Sebelum Itik Patah Kaki

Kejadian Berlaku Sebelum Itik Patah Kaki

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 353 hits
Hadi kata Pas bantu Umno macam itik yg patah kaki bukan Pas ajar itik berenang Tapi bila Umno dah kuat Umno mahu tinggalkan Pas Hahaha Pas lupa dia tinggalkan PR dulu sbb Pas dah rasa dia kuat nak jadi King Maker kononnya hahaha Hadi kata u...
Itik Kaki Patah Ini Bila Sembuh Nak Berenang Sendiri

Itik Kaki Patah Ini Bila Sembuh Nak Berenang Sendiri

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 164 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 28 2022 1 44 PMPresiden PAS Abdul Hadi Awang mengumpamakan Umno seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh Dia berkata demikian ketika mengulas tindakan Umno memutuskan kerjasama dengan...
Di Gelar Itik Patah Kaki Sekali Zahid Suruh Tukar Profesion Dari Jadi Ahli Politik

Di Gelar Itik Patah Kaki Sekali Zahid Suruh Tukar Profesion Dari Jadi Ahli Politik

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 159 hits
PRN JOHOR Ahmad Zahid Hamidi mempunyai cara tersendiri untuk membalas label yang diberikan Presiden PAS Abdul Hadi Awang ke atas partinya Umno
Digelar Itik Patah Kaki Pas Boleh Pergi Lebih Jauh Azan

Digelar Itik Patah Kaki Pas Boleh Pergi Lebih Jauh Azan

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 142 hits
Sikap pemimpin PAS yang gemar melabel pihak lain dengan pelbagai gelaran bukan perkara baru bahkan parti itu boleh melakukan perkara lebih daripada itu kata Azan Ismail Menurut Pengerusi PKR Terengganu itu pengalaman dia bekerjasama dengan ...
Pas Kena Berak Selepas Ubati Itik Patah Kaki

Pas Kena Berak Selepas Ubati Itik Patah Kaki

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 206 hits
MALAYSIA DATELINENasib yang menimpa Pas dan presidennya disifatkan kena berak selepas mengubatkan itik yang patah kaki Tokoh wartawan negara Datuk A Kadir Jasin berkata itulah nasib presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Itulah Tuan Guru ...
Hadi Elok Jadi Ahli Zoologi Sindir Zahid Selepas Umno Digelar Itik Patah Kaki

Hadi Elok Jadi Ahli Zoologi Sindir Zahid Selepas Umno Digelar Itik Patah Kaki

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 167 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyindir Abdul Hadi Awang supaya menukar profesion daripada ahli politik kepada ahli zoologi PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyindir Abdul Hadi Awang dengan mengesyorkan Presiden PAS itu me...
Itik Nafi Patah Kaki

Itik Nafi Patah Kaki

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 193 hits
Dan penyokong kluster mahkamah juga dengan licik merancang pembubaran Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dalam kerakusan memburu kuasa di Johor juga dakwanya Beliau juga mempersoal kenapa UMNO membenarkan kluster mahkamah menguasai parti mere...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Bersatu Needs A Clear Agenda For Malaysians Says Wan Saiful

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan As 63 9 Juta Di Mihas Dubai

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade