Dong Jiao Zong Akui Pembelajaran Tulisan Jawi Bukan Bermotif Islamisasi Mujahid


PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) — Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) hari ini bersetuju pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) bukan bertujuan untuk mengislamkan mana-mana pelajar bukan Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata perkara itu disepakati semasa pertemuan beliau bersama wakil Dong Jiao Zong serta 11 pertubuhan berkaitan pendidikan Cina dan Tamil di pejabatnya di sini hari ini.
Selain mengakui pembelajaran Jawi tidak bermotifkan Islamisasi kepada pelajar bukan Islam, katanya pertubuhan itu juga menerima Jawi sebagai sebahagian daripada warisan budaya negara yang perlu dihormati semua pihak sebagaimana kaligrafi Cina, tulisan Tamil dan etnik lain di negara ini.
“Kami juga bersetuju bahawa tidak timbul isu Dong Jiao Zong menentang pengajaran dan pembelajaran Jawi dan Dong Jiao Zong  juga bukan pertubuhan rasis.
“Isu yang dibangkitkan adalah kaedah perlaksanaan pembelajaran yang memerlukan perbincangan secara konstruktif oleh semua pihak,” katanya ketika membacakan kenyataan bersama pada sidang media sejurus pertemuan itu.
Antara yang hadir dalam pertemuan yang berlangsung satu jam setengah itu ialah Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Tan Tai Kim; Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) Datuk Ong Chiow Chuen; Penolong Setiausaha Kehormat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) Yong Yew Wei dan Pertubuhan Masyarakat Berasal Dari India Sedunia Malaysia (GOPIO) A. Ravendiran Arjunan.
Mujahid berkata kesemua mereka juga sepakat bahawa agenda rasis yang bakal meruntuhkan keharmonian masyarakat berbagai kaum dan bangsa perlu ditentang bersama secara kolektif supaya tidak ada budaya kebencian sesama rakyat Malaysia.
Beliau berkata semua pihak juga bersepakat tentang perlunya bersama-sama meredakan ketegangan dalam isu yang menyinggung sensitiviti mana-mana pihak melalui pendekatan penuh berhikmah dan bijaksana.
Mujahid berkata perkara itu amat penting untuk dilakukan agar pihak yang selama ini menangguk di air keruh tidak berpeluang mengeksploitasikan keadaan untuk agenda sempit masing-masing.
Sementara itu, Tan berkata perjumpaan itu merupakan titik pertemuan yang amat penting untuk memahami padangan dan pendirian masing-masing berhubung perkara tersebut serta isu-isu lain yang menjadi kebimbangan masyarakat.
Selain tulisan Jawi, katanya mereka juga bertukar pandangan tentang isu-isu keagamaan dan perkauman yang kerap berlaku kebelakangan ini agar perkara membimbangkan itu dapat ditangani secara bersama.
“Dong Zong bersifat terbuka dan menghormati kepelbagaian dan sedia berdialog dan berinteraksi dengan pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan sebarang salah faham demi keharmonian dan perpaduan negara,” katanya.
Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia
Sumber: BERNAMA
The post Dong Jiao Zong Akui Pembelajaran Tulisan Jawi Bukan Bermotif Islamisasi – Mujahid appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/15/dong-jiao-zong-akui-pembelajaran-tulisan-jawi-bukan-bermotif-islamisasi-mujahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid Dong Jiao Zong Not Against Teaching Jawi

Mujahid Dong Jiao Zong Not Against Teaching Jawi

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 492 hits
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa with Dong Zong chairman Tan Tai Kim speaking to media after meeting over Jawi learning issue in Putrajaya With him are Child Information Learning Development Centre director Arumugam and Chinese School Teach...
Isu Tulisan Jawi Spb Raja Permaisuri Agong Dah Bersuara Apakah Dong Jiao Zong Masih Berdegil

Isu Tulisan Jawi Spb Raja Permaisuri Agong Dah Bersuara Apakah Dong Jiao Zong Masih Berdegil

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 944 hits
Isu Tulisan Jawi terus terusan dipolimikkan oleh NGO ultra kiasu Dong Jiao Zong Admin pelik apa yang buatkan Dong Jiao Zong melompat macam kera dengan isu Tulisan Jawi nie Yang nak diperkenalkan HANYA 3 MUKASURAT yang nak diajar HANYA 3 pat...
Dong Zong Akhirnya Setuju Jawi Bukan Agenda Islamisasi

Dong Zong Akhirnya Setuju Jawi Bukan Agenda Islamisasi

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 358 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof diiringi Pengerusi Dong Zong Tan Tai Kim dan Pengerusi Jiao Zong Ong Chiow Chuen bercakap pada sidang media selepas menerima kunjungan wakil Dong Zong berhubung isu tulisan jawi...
Jawi Pertemuan Dong Zong Mujahid Langkah Tidak Bijak

Jawi Pertemuan Dong Zong Mujahid Langkah Tidak Bijak

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 277 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Sebarang polemik perlu selesai secara rundingan dialogBANGI Tindakan kumpulan pendesak Cina Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah Sekolah Cina Malaysia bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri ...
Sanggup Bersihkan Dong Jiao Zong Apakah Moral Mujahid Begitu Rendah

Sanggup Bersihkan Dong Jiao Zong Apakah Moral Mujahid Begitu Rendah

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 292 hits
Perdana Menteri sendiri telah melabel pertubuhan Cina itu sebagai rasisBANGI 19 Jamadilawal 1441H Rabu Jangan kerana sayangkan jawatan Mujahid sanggup membersihkan mereka yang cuba menghapuskan identiti negara iaitu identiti bangsa Melayu s...
Isu Jawi Mohon Polis Ros Siasat Dong Zong

Isu Jawi Mohon Polis Ros Siasat Dong Zong

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 389 hits
Polis digesa membuka kertas siasatan dan memanggil pertubuhan radikal Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia yang didakwa membantah pelaksanaan tulisan jawi di sekolah vernakular Isu jawi Mohon polis ROS siasat Dong Zo...
How Will Halt Of Dong Zong S Jawi Congress Affect Pakatan

How Will Halt Of Dong Zong S Jawi Congress Affect Pakatan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 229 hits
Provided by Malay Mail Asia Institute Tasmania director Prof James Chin said the Dong Zong conference cancellation has both upset the ethnic Chinese community and emboldened right wing Malay groups which would in turn have an impact on vote...
Stop Opposing Jawi Or Get Banned Gamis Warns Dong Zong

Stop Opposing Jawi Or Get Banned Gamis Warns Dong Zong

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 241 hits
Gamis president Saifullah Baiduri talking to the crowd KUALA LUMPUR Around 500 people marched from Masjid Jamek to Sogo shopping complex as Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia staged a rally against Chinese educationist group Dong Zong Gam...
Mujahid Runding Dong Zhong Setuju Jawi

Mujahid Runding Dong Zhong Setuju Jawi

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 286 hits
Dong Zong datang jumpa Mujahid Sebagai pemimpin Islam Mujahid membuka pintu pejabatnya untuk berbincang dengan Dong Zong Itulah akhlak Islam Selepas mendengar pandangan Dong Zong maka Mujahid pula memberi pandangan dia yang akhirnya Dong Zo...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord