Donat 10 Sen Di Kuala Krai


KUALA KRAI – Kenaikan harga barang tidak menjadi alasan kepada seorang peniaga donat di Kampung Chuchoh Puteri A, untuk menjual hanya pada harga 10 sen.
Bekas cef di sebuah hotel terkemuka di Kuantan, Ghazali Othman berkata, dia tidak mengambil keuntungan berganda sebaliknya mahu air tangannya dapat dinikmati semua peringkat umur.
Katanya dia mula mengusahakan perniagaan kuih-muih sejak dua tahun lalu selepas mengambil keputusan menetap di kampung untuk menjaga ibu bapa mertua yang sudah uzur.
“Saya bekerja sebagai cef selama tujuh tahun dan hasil jualan kuih-muih ini dapat menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.
Selain bergula, Ghazali turut menjual donat celup cairan coklat pada harga 30 sen Menurutnya, idea untuk menghasilkan kuih itu bermula dari seorang rakan selepas mengadu jualan kuih-muihnya sebelum ini merosot kerana persaingan peniaga lain.
“Dia mencadangkan saya menghasilkan mini donat pada harga 10 sen untuk menarik minat pelanggan. Alhamdulillah, walaupun untung tak banyak tapi jualan sentiasa memberangsangkan,” katanya.
Tambah Ghazali, donat comel yang dihasilkan dengan pelbagai warna mampu menarik perhatian pembeli terutama kanak-kanak.
“Kanak-kanak biasanya tidak mempunyai wang yang banyak tetapi sentiasa ada syiling. Jadi mereka mampu makan pada harga 10 sen,” katanya.

Selain itu, peniaga berusia 46 tahun ini memberitahu, harga yang sangat murah itu antara faktor dia tidak menang tangan menerima tempahan pada kuantiti yang banyak untuk jamuan atau kenduri.
“Setiap satu kilogram gandum, saya mampu menghasilkan 180 biji donat mini. Selain bergula, saya turut menjual donat celup cairan coklat pada harga 30 sen,” katanya.
Di sebalik kegigihannya mencari rezeki, bapa kepada lima cahaya mata itu juga menghidap komplikasi penyakit jantung kronik, kencing manis dan darah tinggi.
Katanya, keadaan kesihatan yang kurang baik itu menyebabkan dia tidak mampu untuk bekerja berat dan turut mengharapkan bantuan anak dan isteri, Ros Hasnida Che Ibrahim, 40, untuk menghasilkan membuat kuih-muih.
“Selain donat, kami turut menghasilkan lebih 20 jenis kuih-muih tradisional seperti akok, bengkang, kuih peria, seri ayu, karipap, sardin gulung, kuih lapis dan koci dengan harga RM1 untuk tiga biji kuih.
“Saya menjual di gerai hadapan rumah dan ada sebahagian dihantar ke warung berdekatan. Di gerai juga saya menjual ayam goreng dan pizza pada harga RM1,” katanya
The post Donat 10 sen di Kuala Krai appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/donat-10-sen-di-kuala-krai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aksi Rainforest Challenge Grand Finale Dikuasakan Petron Di Kuala Krai

Aksi Rainforest Challenge Grand Finale Dikuasakan Petron Di Kuala Krai

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 354 hits
PETRON sudah empat tahun menyokong acara Rainforest Challenge yang kali ini membuka peluang kepada pihak media menyertai pengembaraan Prestasi TriAction Advantage Petron untuk merasai pengalaman eksklusif Rainforest Challenge Grand Finale d...
Banjir 610 Penduduk Dipindah Di Kuala Krai

Banjir 610 Penduduk Dipindah Di Kuala Krai

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 369 hits
Sebanyak 15 pusat pemindahan sementara dibuka di Kuala Krai mulai petang semalam bagi menempatkan 610 mangsa banjir Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Suzaimi Mohammad berkata seramai 145 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangs...
Hujan Renyai Di Beberapa Kawasan Di Kuala Krai

Hujan Renyai Di Beberapa Kawasan Di Kuala Krai

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 452 hits
Empat pusat pemindahan sementara di daerah ini dibuka bagi menempatkan 214 mangsa banjir Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kuala Krai Kapt Mohd Hanif Omar berkata empat PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan Chenulang Balai Ray...
Kuala Krai Jalan Kawasan Rumah Penduduk Dipenuhi Lumpur

Kuala Krai Jalan Kawasan Rumah Penduduk Dipenuhi Lumpur

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 614 hits
KUALA KRAI Penduduk Kampung Bukit Sireh di sini hidup dalam kebimbangan setiap kali tiba musim tengkujuh apabila kawasan berkenaan juga tidak terkecuali dilanda banjir Penduduk Mohd Aziz Che Soh 61 berkata meskipun air sudah surut sejak leb...
Jom Jumpa Di Sungei Wang Kuala Lumpur

Jom Jumpa Di Sungei Wang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 720 hits
Hi Korang Seriously lama betul kak lily tak ke Sungai Wang ni Sejak diorang buat major construction kat sebahagian bangunan ni langsung tak ke sini lagi sehingga minggu lepas kengkawan kak lily ajak ke mari sempena Jom Jumpa Wah apa Jom Jum...
Oku Warga Emas Antara Mangsa Banjir Di Kuala Nerus

Oku Warga Emas Antara Mangsa Banjir Di Kuala Nerus

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 320 hits
Che Zaini bersama anaknya di PPS KUALA NERUS 7 Disember Orang Kurang Upaya dan warga emas antara mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak di sini sejak beberapa hari lalu Ibu OKU...
Kak Belilah Donat Saya Demi Bantu Ibu Adik Ni Jual Donat Di Tepi Jalan Dari Pagi Sampai Malam

Kak Belilah Donat Saya Demi Bantu Ibu Adik Ni Jual Donat Di Tepi Jalan Dari Pagi Sampai Malam

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 388 hits
Di kala kanak kanak yang lain bersekolah kanak kanak lelaki ini nekad membantu ibunya mencari pendapatan bagi menyara keluarga dan adik perempuannya yang masih sekolah nbsp Biarpun terpaksa menjual sehingga lewat malam dia tetap teruskan as...
Quill City Mall Kuala Lumpur Terajui Forum Pakar Untuk Membincangkan Era Phygital Runcit

Quill City Mall Kuala Lumpur Terajui Forum Pakar Untuk Membincangkan Era Phygital Runcit

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 512 hits
Dulu bila plan nak keluar atau bershopping mesti kena make sure duit cash cukup dalam wallet apetah lagi andai port shopping kita tu adalah Kawasan yang agak sukar untuk mendapatkan ATM Machine kan Belum lagi cerita beratur Panjang dan pali...
Kelantan Pekerja Ladang Intai Gajah Berjalan Parah Dipijak Dibelit Belalai

Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergemerlapan Ini Pemandangan Asia Tenggara Termasuk Malaysia Dari Angkasa

Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

The Long House A Minimalist Residence With A Bold Cantilever In Bengaluru

No Light At The End Of Klia Aerotrain Tunnel

Proactive Planning Has Prevented Water Disruptions In Selangor

Education Reforms No Quick Fixes At Home Or Abroad