Doktor Saya Nak Tanya


“Ya Encik, datang hospital malam ni kenapa?”
“Saya rasa sakit sebelah sini sejak petang,” dia tunjuk bahagian bawah kanan dada.
“Masa tu tengah buat apa? Ada jatuh?” Aku bangun tekan sikit bahagian bawah tulang rusuk.
“Saya ni tak biasa jogging. Lepas lima lap saya rasa lelah dengan sakit sebelah sini sampai sekarang.”
Oh OK. Rasa macam nak jawab macam meme dalam internet – kalau sakit lepas jogging, jangan pergi jogging. Haha.
“Dulu saya ada gastrik, doktor ingat tak doktor rujuk saya ke doktor bedah dulu?”
“Aha ingat-ingat.” Baru teringat lelaki di depan ini orang yang sama aku minta Alisia tengok suruh bagi temujanji OGDS beberapa bulan lepas.
“Saya dah buat teropong, memang betul ada H. Pylori. Lepas makan antibiotik dua minggu, sakit dah tak ada dah.”
Aku angguk sahajalah. HeshO yang awal-awal tadi teruja nak tulis dalam triaj dah hilang entah ke mana. Laju betul dia lari tinggal aku eMO seorang diri layan pesakit.
“Dulu kan saya ada buat test di KPJ positif H. Pylori. Tapi klinik cakap tak ada apa-apa. Terima kasihlah rujuk saya hari itu. Kalau tak, perut memang sakit betul.”
Pergi KPJ buat ujian nafas urease positif kemudian pergi klinik untuk consultation. Pelik juga, kenapa tak jumpa doktor KPJ sahaja. Untung boleh buat OGDS di KPJ.
“Sebab itu saya suka datang hospital. Klinik tak berapa bagus sangat.”
Bukan tak bagus tapi mereka tak ada masa nak layan celoteh awak. Dah setengah jam ni. Nasib baik malam ini tenang ada malaikat turunkan rahmat hujan bagi sejuk sikit tak ada pesakit lain di luar.
“OK kita balik semula masalah awak tadi. Sekarang masih sakit lagi? Saya bagi panadol sikit kalau masih sakit.”
“Tak apalah doktor. Saya tak makan pun panadol sebab bacaan hati saya ada masalah hari itu, takut makin teruk.”
Oh ya baru teringat klinik ada dokumen bacaan AST/ALT sedikit tinggi daripada biasa.
“Ha doktor ni saya nak tanya klinik ada buat follow up untuk masalah hati tu, tapi saya terlepas sebab hari temujanji klinik saya pergi teropong perut. Boleh bagi tarikh baru tak?”
“Boleh, nanti saya buat surat rujukan ambil darah dengan teruskan follow up.” Dah diberitahu boleh sahaja ambil sendiri temujanji baru di klinik masih nak surat rujukan dari aku. Ok kita layan.
“Tapi doktor, ada kaitan tak masalah bacaan hati saya dengan H. Pylori hari itu?”
La ilaha illa Allah. Muhammad Rasulullah. Rabbi ishrahli sodri wa yassirli amri. Wahlul 3ukdatan min lisani yafqahu qauli.
“Mungkin tak ada kaitan, sebab tu kita buat ujian dan follow up. Hari itu dah teropong perut, doktor bedah pun dah bagi temujanji untuk ultrasound hati tengok kalau ada masalah lain.” Aku tunjuk kepingan temujanji ultrasound bulan Disember nanti.
“Lepas ultrasound kalau ada masalah macam mana?”
“Doktor bedah tak bagi temujanji baru?” Aku belek-belek lagi kad klinik. kalau tak ada pun bukan masalah besar, Jabatan radiologi boleh sahaja rujuk balik kalau ada penemuan abnormal melalui ultrasound.
“Tak pastilah doktor.”
“Ha ni lepas ultrasound doktor bedah akan jumpa semula hujung bulan Disember. Masa itu kamu tanyalah puas-puas.” Aku tunjuk tarikh temujanji yang direkod masa OGDS sebelum ini.
“Oh, sekejap saya set dalam phone takut lupa.”
“Tak apa, saya dokumen semua temujanji awak supaya senang nak rujuk balik nanti.” Aku tulis balik semua pelan Jabatan Pembedahan dalam nota discaj.
“Satu lagi saya nak tanya doktor, saya rasa berat badan saya turun jadi makin kurus. Ada apa-apa ke?”
Ya Allah murahkanlah rezeki doktor-doktor psikiatri mampu layan benda-benda sebegini.
Saia tak kuad awaa berdossah.
The post Doktor, Saya Nak Tanya first appeared on AkuDarahAnakMalaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blog.akudarahanakmalaysia.net/2021/11/doktor-saya-nak-tanya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doktor-saya-nak-tanya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Saya Nak Tanya Lagi Dan Lagi

Doktor Saya Nak Tanya Lagi Dan Lagi

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 357 hits
Ya Encik datang hospital malam ni kenapa Saya rasa sakit sebelah sini sejak petang dia tunjuk bahagian bawah kanan dada Masa tu tengah buat apa Ada jatuh Aku bangun tekan sikit bahagian bawah tulang rusuk Saya ni tak biasa jogging Lepas lim...
Selalu Tanya Bila Daddy Nak Balik Luahan Rindu Anak Isteri Hargai Pengorbanan Alif Satar

Selalu Tanya Bila Daddy Nak Balik Luahan Rindu Anak Isteri Hargai Pengorbanan Alif Satar

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 325 hits
Isteri kepada penyanyi dan pengacara Alif Satar meluahkan rasa sayu dan sebak melihat kegigihan suaminya bekerja siang dan malam demi tanggungjawabnya kepada kerjaya dan keluarga Malah menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi ada waktun...
Kalau Tak Derhaka Lah Gamaknya Nak Melawak Atau Kurang Ajar Aku Tanya Sahaja

Kalau Tak Derhaka Lah Gamaknya Nak Melawak Atau Kurang Ajar Aku Tanya Sahaja

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 246 hits
Panas Sanusi nafi derhaka pada TMJNovember 19 2021 Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan beberapa hantarannya di media sosial dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai kenyataan antara dua pemimpin pasu...
Ingatkan Senang Je Nak Jadi Seorang Doktor Rupa Rupanya

Ingatkan Senang Je Nak Jadi Seorang Doktor Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 231 hits
salam sayang to you all Abang merupakan seorang pelajar perubatan dahulu abang jua sama macam anda semua ada ayah ibu yang amat inginkan abang menjadi seorang doktor ada cikgu di sekolah yang amat berharap abang menjadi seorang doktor ada c...
Sedih Anak Suka Sorok Hp Bila Tanya Rupanya Nak Ibu Tengok Dia Bukan Hp

Sedih Anak Suka Sorok Hp Bila Tanya Rupanya Nak Ibu Tengok Dia Bukan Hp

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 232 hits
Bukan kita nak tapi kadang kadang keadaan memaksa Kerja yang memerlukan komitmen untuk menghadap komputer atau telefon memang tak boleh nak elak Kalau tak tengok macam mana nak siapkan kerja kan Rasa bersalah memang ada sebab kita lebih uta...
Keh Keh Woiii Pak Lebai Tak Nak Kecam Ke Aku Tanya Saja

Keh Keh Woiii Pak Lebai Tak Nak Kecam Ke Aku Tanya Saja

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 294 hits
Dalil apa pulak lebai nak pakai untuk menghalalkan perbuatan munafik lobai PAS ni SR
Malas Nak Taip Cakap Jer Pon Boleh Dengan Google Docs

Malas Nak Taip Cakap Jer Pon Boleh Dengan Google Docs

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 223 hits
Hai assalamualaikum Selamat petang anda malas menulis jangan risau sekarang dengan Google docs semua a b c semuanya menjadi mudah mari Saya tunjukkan bagaimana caranya 1 buka google docs 2 pilih tools dan voice typing3 bercakap dan tulisan ...
Tips Nak Jual Air Balang Di Tepi Jalan Jer

Tips Nak Jual Air Balang Di Tepi Jalan Jer

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 309 hits
Cari Jalan Dua Hala Bila berniaga tepi jalan elakkan berniaga di tepi jalan yang jalannya hanya sehala Jalan sehala ini maksudnya jalan yang ada divider di tengah tengahnya Sebabnya di jalan sehala ini pemandu selalunya akan memandu dengan ...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean