Doktor Kontrak Bakal Cari Kerja Di Luar Negara


 Ahmad Mustakim Zulkifli
Ramai yang tawar hati berikutan kurangnya penyelesaian jangka panjang mengenai masalah yang dihadapi mereka.

Doktor kontrak memegang plakad ketika mengadakan himpunan secara aman di Hospital kuala Lumpur pada Julai lalu. Malaysia bakal menyaksikan penghijrahan doktor kontrak ke luar negara apabila tuntutan untuk diserap sebagai doktor tetap tidak direalisasikan dalam Belanjawan 2022 yang dibentangkan baru-baru ini, kata kumpulan doktor kontrak.
Mereka berkata, semasa pembentangan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz hanya memaklumkan kerajaan bersetuju melanjutkan lantikan secara kontrak kepada 10,000 pegawai perubatan.
Keputusan itu dianggap oleh kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) sebagai tidak memberikan penyelesaian jangka masa panjang berhubung tuntutan mereka.
Seorang bekas doktor kontrak yang hanya mahu kenali sebagai MJ berkata, situasi ini dikhuatiri akan menyebabkan doktor-doktor kontrak tawar hati untuk terus berkhidmat dalam negara.
“Saya bercadang untuk berpindah ke Australia,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Mengenai penghijrahan, ia bukan perkara yang senang. Kita perlukan kewangan yang kukuh dan kecekalan.
“Saya dengar keluhan dari rakan-rakan doktor kontrak yang lain yang mereka hendak berhenti dan berpindah ke negara lain, namun situasi kewangan mereka tidak mengizinkan.
“Bagaimanapun, jika keadaan kewangan mereka sudah memuaskan, mereka akan tinggalkan negara ini.”
MJ merupakan salah seorang doktor kontrak yang meletakkan jawatan bulan lalu selepas permohonannya untuk ditukar jabatan tidak diendahkan pengarah hospital di tempat dia bekerja.
Katanya, hampir setiap hari ada pegawai perubatan kontrak yang meletakkan jawatan.
Kini, dia dalam proses menyiapkan dokumentasi bagi melengkapkan penghijrahannya ke Australia.
Singapura menyaksikan peletakan jawatan pegawai kesihatan yang tertekan susulan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di negara republik itu.
Kira-kira 1,500 pekerja berhenti sehingga pertengahan tahun ini sahaja berbanding 2,000 setiap tahun sebelum pandemik Covid-19 melanda.
Peletakan jawatan membabitkan doktor dan petugas kesihatan warga asing.
Menurut MJ, negara-negara luar seperti Singapura, Australia, United Kingdom sedang membuka ruang dan memudahkan proses penghijrahan doktor dari negara luar untuk pindah dan bekerja.
Jurucakap kumpulan HDK, Dr Mustapha Kamal berkata, kemungkinan berlaku penghijrahan doktor kontrak sekiranya isu yang dihadapi mereka tidak diselesaikan.
“Saya tidak tahu sekiranya ada antara mereka yang sudah mendapat tawaran daripada negara luar. Apa yang pasti, ramai yang kecewa dengan Belanjawan 2022,” katanya kepada MalaysiaNow.
Situasi penghijrahan ke negara luar dikhuatiri bakal memberi cabaran kepada kerajaan dalam aspek pengganti kepada doktor-doktor pakar sedia ada, namun kata Mustapha, itu bukan urusan mereka.
“Sepatutnya pembuat polisi sudah membuat unjuran 10 ke 20 tahun,” katanya.
Difahamkan, HDK akan melancarkan hartal kali kedua pada bulan depan.
Hartal kali pertama dilancarkan di hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara pada 26 Julai lepas.
MJ yang pernah berkhidmat sebagai doktor kontrak di sebuah hospital Sultan Ismail di Johor itu memberi amaran sukar untuk kerajaan memulihkan sistem kesihatan sekiranya keadaan semakin memburuk pada masa akan datang.
“Perkhidmatan kesihatan merupakan keperluan asas yang diperlukan sepanjang masa. Golongan T20 dan M40 mungkin boleh membiayai insurans kesihatan tetapi golongan B40 satu-satunya pilihan ialah sistem kesihatan kerajaan.
“Kita sedang menyaksikan temujanji pesakit untuk penyakit seperti diabetes dan darah tinggi ditunda. Ini kerana doktor tidak mencukupi di klinik, jadi kita boleh bayangkan jika jumlah doktor yang akan berhenti meningkat. Tahap kesihatan untuk B40 semakin teruk,” kata MJ.
Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Koh Kar Chai berkata doktor kontrak yang tamat tempoh kontrak mungkin akan berhijrah ke luar negara seperti Singapura, namun tidak ramai yang akan tertarik dengan prospek kerja di negara republik sekiranya tawaran tidak cukup lumayan.
“Tawaran kerja berdasarkan kontrak dengan bayaran yang hanya baik sedikit jika kita mengambil kira kos sara hidup yang tinggi di negara itu.
“Apa yang akan menarik minat mereka ke Singapura ialah jawatan tetap dengan prospek bidang kepakaran,” katanya kepada MalaysiaNow.
Mengulas mengenai pemberhentian kerja doktor kontrak, Koh berkata situasi itu sememangnya dijangka namun setiap tahun, ramai juga doktor yang tamat pengajian dan bersedia untuk diserap ke dalam kementerian.
Sebelum mencari prospek kerjaya di luar, Koh berkata doktor-doktor kontrak mungkin akan mencari peluang pekerjaan dalam sektor swasta terlebih dahulu, namun sektor itu juga mengalami kesukaran menyerap jumlah doktor kontrak.
“Tawaran dari negara luar akan sentiasa ada namun keadaan di sana juga terdapat persaingan dan kawalan,” katanya.
Bagi MJ, faktor penghijrahan bukanlah disebabkan wang, lebih penting daripada itu, kerajaan tidak menghormati doktor kontrak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/doktor-kontrak-bakal-cari-kerja-di-luar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Tah N Kerja Di Luar Negara Balik Je Malaysia Wife Dh Mengand Ng 7 B Lan Tp Wife Cakap Itu Anak Saya

Dua Tah N Kerja Di Luar Negara Balik Je Malaysia Wife Dh Mengand Ng 7 B Lan Tp Wife Cakap Itu Anak Saya

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 424 hits
F0to sek4dar hiasan Part 1 Baca perlahan lahan semoga dapat pengajaran dari kisah ini Assalam dan selamat sej4htera kepada semua pembaca maaf bertanya Saya kerja kat Australia Musim pkp ni dok ters3 k4t kat Australia lagi
Graduan Luar Negara Pun Susah Hendak Dapat Kerja

Graduan Luar Negara Pun Susah Hendak Dapat Kerja

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 240 hits
SHAH ALAM Fatnyn Izzaty Fahdulkamal 24 Sunderland Universiti United Kingdom berkata graduan lulusan ijazah dari luar negara bukanlah merupakan batu loncatan untuk mendapatkan kerja di negara sendiri Saya juga tidak terkecuali daripada mempu...
Sistem Kerja Pinjol Ilegal Cari Mangsa

Sistem Kerja Pinjol Ilegal Cari Mangsa

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 197 hits
Penagih pinjol meminta agar nasabah meminjam lagi ke pinjol lain Padahal aplikasi pinjol tersebut punya orang yang sama
Protes Hartal Doktor Kontrak Akan Diadakan Pengorbanan Melawan Covid 19 Sia Sia

Protes Hartal Doktor Kontrak Akan Diadakan Pengorbanan Melawan Covid 19 Sia Sia

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 209 hits
Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI SEKUMPULAN doktor kontrak dari Hospital Sungai Buloh ketika menyertai protes sempena Hartal Doktor Kontrak di Hospital Sungai Buloh Selangor pada 26 Julai 2021 UTUSAN AFIQ RAZALIPETALING JAYA Bantahan dan mog...
Masa Kecil Dulu Hanya Dibuat Mainan Rupanya Bernilai Rm4 000 Sekilo Jika Dijual Di Luar Negara

Masa Kecil Dulu Hanya Dibuat Mainan Rupanya Bernilai Rm4 000 Sekilo Jika Dijual Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 776 hits
Apabila anda masih kecil anda mungkin sering mencari binatang bernama undur undur ini di kawasan berpasir Kemudian anda akan meletakkannya di tangan anda dan haiwan ini akan berjalan ke belakang sebagaimana namanya Biasanya haiwan ini hidup...
Ed Sheeran Perfect Cover By Shila Amzah Mendapat Pujian Dari Pendengar Luar Negara

Ed Sheeran Perfect Cover By Shila Amzah Mendapat Pujian Dari Pendengar Luar Negara

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 201 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraKali ini post admin berkisahkan tentang lagu bertajuk Perfect nyanyian Ed Sheeran yang tengah popular di seluruh dunia Pelbagai cover version lagu Perfect ini telah dinyanyikan oleh artis Youtube termasukl...
Doktor Kontrak Selepas Empat Tahun Lanjutan Kontrak Apa Akan Jadi

Doktor Kontrak Selepas Empat Tahun Lanjutan Kontrak Apa Akan Jadi

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR Doktor doktor lantikan kontrak dikatakan sudah menjangkakan Bajet 2022 yang dibentangkan kelmarin tidak memihak kepada mereka Kerajaan hanya tampil dengan penyelesaian bersifat jangka pendek seperti sebelumnya sekali gus menyeb...
Jurutera Tak Pernah Menyesal Dengan Idea Mak Selepas Berhenti Kerja Ilmu Kena Cari Apa Jadi Tuhan Dah Tulis

Jurutera Tak Pernah Menyesal Dengan Idea Mak Selepas Berhenti Kerja Ilmu Kena Cari Apa Jadi Tuhan Dah Tulis

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 251 hits
KEPUTUSAN jejaka ini untuk meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera ternyata membuahkan hasil Menurut Muhamad Ashrof Halil 28 dia kemudiannya mengusahakan sebuah kedai haiwan di Cyberjaya bermula September 2017 Mengimbas kisah itu dia yang ...
Ph Sibuk Baik Pulih Negara Pas Sibuk Cari Kolam

Ph Sibuk Baik Pulih Negara Pas Sibuk Cari Kolam

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 187 hits
Main 100 kolam pun tak apa sekiranya atas nama penyatuan perpaduan dan kesatuan politik Islam Melayu Sekiranya ada 100 kolam pun kita akan berenang jangan kata dua atau tiga lebih pun kami bersedia katanya pada sidang media selepas perasmia...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner