Cara Cegah Covid 19 Di Rumah
CARA CEGAH COVID-19 DI RUMAH
Mungkin diluar kotak fikiran kita bahawa virus Covid-19 mungkin boleh sampai dan berada di rumah kita. Jadi anda patut mula risau dan mencari cara cegah Covid-19 di rumah bagi mengelakkan ia merebak masuk ke dalam rumah anda.
Kita sedia maklum bahawa berada di rumah adalah benteng pertahanan dan perlindungan terakhir kita untuk hidup dengan selamat dan tenang dikala Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) . Berikut adalah cara cegah Covid-19 di rumah :
1.BASUH TANGAN DENGAN KERAP – Jadikan satu budaya dirumah anda untuk membasuh tangan dengan kerap.
-Bagaimana cara membasuh tangan dengan betul? Perlulah diajar kepada ahli keluarga termasuk pasangan dan anak-anak.
-Berapa lama perlu basuh tangan? Basuh tangan menggunakan sabun selama 20 saat .
-Bilakah perlu membasuh tangan? Selepas bermain, sebelum dan selepas makan, seleas keluar daripada tandas, selepas batuk/bersin, selepas pegang haiwan ternakan.
Pastikan amalan basuh tangan dengan kerap dan berkesan ini menjadi checklist utama anda bagi mencegah virus Covid-19 menular di rumah.
2.SALIN PAKAIAN DAN MANDI SELEPAS BALIK KE RUMAH – Pakaian yang digunakan untuk keluar rumah hendaklah disalin bila balik ke rumah. Virus Covid-19 mungkin hinggap pada pakaian anda semasa berada diluar yang ada ramai orang. Balik rumah, terus salin pakaian dan rendam dengan sabun dan cuci.
Mandi selepas balik ke rumah dengan menggunakan sabun. Utamakan kebersihan diri seperti mandi terlebih dahulu selepas pulang ke rumah daripada tempat awam (pasar, supermarket, pejabat, hospital, klinik, meeting etc) sebelum bergaul dengan ahli keluarga.
3.CUCI TEMPAT YANG KERAP DISENTUH
CUCI TEMPAT YANG KERAP DISENTUH
Contoh tempat-tempat seperti tombol pintu, rail tangga, selit kunci pintu/pintu pagar, pintu fridge/microwave etc di basuh/cuci dengan air sabun atau alcohol wipes paling kurang sekali sehari. Lebih kerap lebih bagus. Jangan lupa juga smart phone anda tu, sekali sekala wipe dgn alcohol wipe.
4.TOPENG MUKA ,SARUNG TANGAN DAN TISU – Buang topeng muka,sarung tangan dan tisu yang telah dipakai di dalam beg plastik, ikat dan dibuang di dalam tong sampah diluar rumah.
5.PERIKSA SUHU BADAN SECARA BERKALA – Sediakan thermometer di rumah. Lakukan pemeriksaan suhu badan ahli keluarga secara berkala. Suhu normal badan manusia ialah bawah 37.2°C. Sekiranya anda atau ahli keluarga ada suhu badan >37.2, jangan panik. Teruskan monitor, low grade fever ni agak biasa. Sekiranya ada symptoms lain yang anda risau atau keadaan menjadi teruk, bawa untuk check di klinik.
6.CUCI DALAMAN KENDERAAN ANDA
Cuci atau wipe dalaman kereta
Cuci atau wipe dalaman kereta anda dengan alcohol wipes. Terutamanya kereta yg kita kerap guna untuk keluar rumah, pergi kerja, pergi pasar/supermarket etc.
CARA KENDALIKAN PESAKIT POSITIF/INDIVIDU DALAM SIASATAN(PUI)/ KONTAK RAPAT COVID-19 DI RUMAH
-perlu ada bilik sendiri utk isolation daripada ahli keluarga lain
-perlu pakai mask didalam rumah
-perlu kerap basuh tangan
-perlu kurangkan contact dengan ahli keluarga lain sekiranya tak perlu
-perlu ada bilik air/tandas sendiri (kalau rumah ada lebih daripada 1 bilik air)
-basuh baju jangan campur dengan baju ahli keluarga lain
The post CARA CEGAH COVID-19 DI RUMAH appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-cegah-covid-19-di-rumah.html