Doktor Ditampar Pemandu Lori Mengapa


 Seorang doktor Hospital Pulau Pinang ditampar suami kepada pesakit wanitanya gara-gara enggan mengeluarkan sijil cuti sakit. -Gambar fail

GEORGE TOWN: Gara-gara enggan mengeluarkan sijil cuti sakit, seorang doktor hospital kerajaan di sini ditampar suami  kepada pesakit wanitanya awal pagi tadi. 

Dalam kejadian yang berlaku di Jabatan Kecemasan Hospital Pulau Pinang pada jam 1.17 pagi, doktor berusia 29 tahun itu ditampar lelaki itu sejurus selepas isteri suspek selesai menjalani rawatan, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zamani Che Awang berkata suspek ditahan susulan laporan yang dibuat doktor berkenaan.
"Selepas merawat wanita terbabit, doktor itu tidak memberi sijil cuti sakit kepadanya seperti yang diminta. Kemudian, suami wanita terbabit yang berang terus menampar pipi sebelah kiri doktor tersebut.
"Doktor berkenaan terus membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan polis berjaya menahan suspek," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Che Zaimani berkata suspek berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu positif dadah dan mempunyai rekod lampau.
"Ujian saringan air kencingnya mendapati positif syabu. Semakan juga mendapati dia mempunyai dua rekod jenayah melibatkan dadah dan mencuri."Lelaki berasal dari Flat Padang Tembak itu kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa doktor itu ditampar oleh pemandu lori? Jawapannya ialah kerana 'mabuk'. Sama saja mabuk arak atau mabuk 'dadah'. Semuanya menjadi punca kepada segala kejahatan.
Pengertian Mabuk
Maksud mabuk ialah pemikiran terlalu kacau, yang menghalang fungsi akal kerana tidak dapat mengawal dengan bijak dan sepatutnya. Maksud memabukkan pula ialah sesuatu yang diminum itu biasanya menyebabkan seseorang mabuk tanpa mengira kadarnya. 
Oleh itu, tidak harus sama sekali mengambil sesuatu yang pasti memabukkan penggunanya, sama ada kadar yang diambil itu sampai had yang memabukkan ataupun tidak, dan sama ada peminum itu mabuk ataupun tidak.Ini berdasarkan hadith daripada Jabir RA:مَا أَسْكَرَ كَثِيرُهُ فَقَلِيلُهُ حَرَامٌMaksudnya: “Apabila benda yang banyak memabukkan, maka yang sedikit pun adalah haram.”Riwayat Abu Daud (368), al-Tirmizi (1866) dan Ibn Majah (3393)
Hadith seterusnya daripada Aisyah R.Anha, katanya, sabda Rasulullah SAW:كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ مَا أَسْكَرَ الْفَرَقُ مِنْهُ فَمِلْءُ الْكَفِّ مِنْهُ حَرَامٌMaksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah haram, sesuatu yang kadarnya satu faraq (فرق) boleh memabukkan, maka segenggam daripadanya pun haram.”Riwayat al-Tirmizi (1867) dan Abu Daud (2687)
Mabuk Itu Adalah Najis, Termasuk Dadah Dan Arak.Menurut Mazhab al-Syafie, arak dan minuman yang memabukkan adalah najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT (yang bermaksud):“Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji).” (Surah al-Maidah: 90)Perkataan rijsun dengan makna kotor dan najis.Hikmah 'haram' yang memabukkan.Allah SWT mengurniakan nikmat yang berbagai-bagai kepada manusia dan yang paling utama ialah nikmat akal yang membezakan manusia, bahkan memuliakannya berbanding dengan makhluk yang lain.Kestabilan hidup manusia sama ada sebagai individu atau sebagai anggota masyarakat bergantung kepada kesempurnaan dan kekuatan akal.Semua minuman yang memabukkan merosakkan akal dan menyebabkan manusia kehilangan banyak faedah dan kelebihannya. Hal ini mengakibatkan jiwa mereka menjadi lemah, dikuasai oleh hawa nafsu, timbul rasa benci-membenci dan persengketaan di kalangan orang Islam, sehingga putus hubungan persaudaraan dan hilang rasa kasih sayang.Lebih dahsyat lagi, kesan minum arak menghalang manusia mengingati Allah dan menjauhi mereka daripada rahmat, kurniaan dan ihsan-Nya. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَMaksudnya: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”(Surah al-Maidah: 91)
Begitu juga hadith daripada Rasulullah SAW:اجْتَنِبُوْا الخَمْرَ فَإِنَّهَا مِفْتَاحُ كُلِّ شَرٍّMaksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan.”Riwayat al-Hakim (4/145)
Begitu juga, hadith daripada Uthman RA secara mauquf:اجْتَنِبُوا الْخَمْرَ فَإِنَّهَا أُمُّ الْخَبَائِثِMaksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak kerana ia punca segala kejahatan dan kerosakan.”Riwayat al-Nasaie (8/315)
Itulah sebahagian hikmah pengharaman arak dan semua jenis makanan atau minuman yang memabukkan.Hukuman Pengguna Dadah Dan ArakSelepas diterangkan maksud memabukkan dan diketahui hukum perkara yang memabukkan. Begitu juga, dalil dan hikmah. Maka di sini, diterangkan hukum berkaitan meminum perkara yang memabukkan. Peminum arak akan menghadapi dua hukuman yang berikut:Pertama: Hukuman dari sudut perundangan dilaksanakan di dunia, iaitu hukuman hudud.Kedua: Hukuman dari sudut agama yang dilaksanakan pada hari Kiamat.Dari sudut agama, hukumnya berdosa. Perlaksanaannya terserah kepada Allah terhadap hamba-Nya yang sedikit pun tiada kaitan dengan undang-undang dunia. Walau bagaimanapun, ulama’ sepakat menyatakan bahawa meminum minuman yang memabukkan dengan sengaja adalah berdosa besar.Pada hari Kiamat, balasannya amat dahsyat selagi tidak mendapat pengampunan dan kemaafan daripada Allah SWT:Ini berdasarkan hadith daripada Jabir RA , sabda Nabi SAW:إِنَّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَهْدًا لِمَنْ يَشْرَبُ الْمُسْكِرَ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ طِينَةِ الْخَبَالِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَمَا طِينَةُ الْخَبَالِ؟ قَالَ: عَرَقُ أَهْلِ النَّارِ أَوْ عُصَارَةُ أَهْلِ النَّارِMaksudnya: “Sesungguhnya Allah menjanjikan azab kepada peminum arak dengan minuman lumpur kebinasaan (طينة الخبال). Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah lumpur kebinasaan itu?” Baginda menjawab: “Peluh penghuni neraka atau perahan ahli neraka.” Riwayat Muslim (2002)
Sila rujuk BAYAN LINNAS SIRI KE-117 : HINDARI BAHAYA ARAK Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/doktor-ditampar-pemandu-lori-mengapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemandu Lori Tampar Doktor Enggan Beri Mc Kepada Isterinya

Pemandu Lori Tampar Doktor Enggan Beri Mc Kepada Isterinya

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 338 hits
Pemandu lori tampar doktor enggan beri MC kepada isterinyaSeorang pemandu lori ditahan kerana menampar seorang doktor yang enggan memberikan cuti sakit kepada isterinya dalam kejadian di Jabatan Kecemasan Hospital Pulau Pinang di sini awal ...
Pemandu Lori Rakam Video 4 Anggota Jpj Didakwa Minta Rm400

Pemandu Lori Rakam Video 4 Anggota Jpj Didakwa Minta Rm400

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 376 hits
TERSEBAR video yang dirakam oleh seorang pemandu lori mendakwa empat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan meminta wang RM400 Dalam rakaman video itu anggota JPJ berkenaan dirakam kelihatan tersenyum sambil berjalan menuju ke arah sebuah kende...
Viral Video Empat Kakitangan Jpj Didakwa Minta Suapan Bernilai Rm400 Dari Pemandu Lori Video Inside

Viral Video Empat Kakitangan Jpj Didakwa Minta Suapan Bernilai Rm400 Dari Pemandu Lori Video Inside

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 427 hits
Pada Ahad tersebar satu rakaman video yang mendakwa kakitangan JPJ telah meminta suapan bernilai RM400 dari seorang pemandu lori Empat orang kakitangan JPJ didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang pemandu lori yang dilihat membawa l...
Kdeb Waste Management Arah Sub Kontraktor Guna Pemandu Lori Tempatan Sahaja

Kdeb Waste Management Arah Sub Kontraktor Guna Pemandu Lori Tempatan Sahaja

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 568 hits
SEBELUM ini tular rakaman video seorang pekerja Bangladesh mengaku sudah 8 tahun memandu lori tanpa lesen dan lori yang dipandu dalam video itu merupakan lori sub kontraktor KDEB Waste Management BACA Pekerja Bangladesh mengaku 8 tahun pand...
Video Hubungan Pemandu Vios Dan Suv Yang Jatuh Dalam Laut Didedahkan

Video Hubungan Pemandu Vios Dan Suv Yang Jatuh Dalam Laut Didedahkan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 630 hits
1892 SHARES Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang semalam didapati positif ganja lapor BHarian Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ni...
Pemandu Toyota Vios Didapati Positif G Anja Oleh Pihak Berkuasa

Pemandu Toyota Vios Didapati Positif G Anja Oleh Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 713 hits
PULAU PINANG 21 Jan Pemandu Toyota Vios yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan sebuah kenderaan SUV terhumban ke laut didapati positif dadah jenis ganja Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan ...
Inilah Wajah Pemandu Vios Yang Menyebabkan Kereta Lain Terjunam Dalam Laut

Inilah Wajah Pemandu Vios Yang Menyebabkan Kereta Lain Terjunam Dalam Laut

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 549 hits
Seorang lelaki telah membuat laporan polis selepas anak lelakinya berusia 20 tahun tidak pulang sejak malam tadi Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata lelaki tersebut hadir di Ibu Pej...
Terkini Dipercayai Pemandu Cx 5 Yang Terlibat Adalah Pelajar Kolej Swasta Dalan Lingkungan 20 An Masih Belum Ditemui

Terkini Dipercayai Pemandu Cx 5 Yang Terlibat Adalah Pelajar Kolej Swasta Dalan Lingkungan 20 An Masih Belum Ditemui

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 363 hits
LAPORAN orang hilang yang dibuat seorang bapa membolehkan identiti pemandu kenderaan utiliti sukan putih yang terjunam ke dalam laut selepas kemalangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang dekat Perai dikenal pasti Ketua Polis Daerah Sebera...
Pemandu Vios Positif Ganja

Pemandu Vios Positif Ganja

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 404 hits
Pemandu Vios positif ganjaPemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang semalam didapati positif ganja Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ni...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization