Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Masjid Di Kampung Batu 3 Naik Taraf Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir


Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Masjid Di Kampung Batu 3 & Naik Taraf Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir
Semenyih, 5 Disember 2025 (Jumaat) – Di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI 2025, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah berjaya melaksanakan projek-projek pembangunan dan pengindahan di Kampung Batu 3, Semenyih dan Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir, Semenyih.
Bagi menandakan kejayaan pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI, MITI dengan kerjasama penduduk setempat telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Jalan Kampung Batu 3 dan Pengindahan Masjid Kariah Kampung Batu 3, Semenyih. Majlis ringkas yang diadakan di Masjid Kariah Kampung Batu 3 turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Kementerian Kemajuan Luar Desa dan Wilayah (KKDW) selaku rakan strategik MITI, Penghulu Mukim Semenyih, Ketua Kampung Batu 3, Nazir Masjid Kariah Batu 3 dan para penduduk setempat.
Pada hari yang sama, MITI turut menganjurkan Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Kemudahan Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir bertempat di Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir yang turut dihadiri oleh Guru Besar, guru, murid-murid dan wakil-wakil dari Pejabat Pendidikan Negeri dan Daerah serta Persatuan Ibu bapa dan Guru.
Program Kampung Angkat MADANI ini merupakan inisiatif berimpak tinggi yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024 bagi meningkatkan kemudahan asas serta menyokong pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar.
Dalam hubungan ini, MITI telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi projek Kampung Angkat MADANI dengan fokus utama diberikan kepada usaha pembaikan jalan-jalan kampung di mana RM600,000 telah diperuntukan.
Projek ini yang berjaya disiapkan dua bulan lebih awal daripada perancangan telah diterajui oleh KKDW selaku rakan strategik MITI. Pada masa yang sama, MITI turut melaksanakan projek pengindahan Masjid Kariah Batu 3 dan kawasan sekitar yang merangkumi naik taraf ruang solat serta memperbaiki kerosakan, selain dari inisiatif untuk meningkatkan kelestarian Sungai Semenyih yang merentasi Kampung Batu 3, menerusi penanaman lebih 300 biji benih pokok buluh dan 2,000 benih rumput vetiver.
Bagi merapatkan silaturahim, pada bulan September yang lepas, MITI telah menganjurkan sambutan Hari Malaysia di persekitaran Kampung Batu 3 yang turut dimeriahkan oleh penduduk Kampung Batu 3 dan sekitar dengan pelbagai pengisian program termasuk perarakan penduduk dan warga MITI bagi menyemarakkan semangat patriotisme. Program gotong-royong turut diadakan melibatkan warga MITI dan kampung pada bulan Mei yang lalu.
Usaha strategik bagi menaiktaraf jalan-jalan serta pengindahan kampung dan masjid di Kampung Batu 3 ini dilaksanakan dengan pendekatan whole of government di mana MITI menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Kemajuan Luar Desa dan Wilayah (KKDW), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), syarikat swasta, pertubuhan bukan Kerajaan serta penduduk kampung.
Dato’ Hairil Yahri Yaacob, Ketua Setiausaha MITI berkata, “Program ini membuktikan tekad Kerajaan MADANI untuk memperkasa agenda pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar melalui kerjasama dan sinergi pelbagai kementerian dan agensi, selaras dengan aspirasi YAB Perdana Menteri yang menekankan nilai Ihsan dan Kesejahteraan yang merupakan antara teras Malaysia MADANI dalam setiap inisiatif Kerajaan.”
Di bawah Program Sekolah Angkat MADANI MITI pula, sebanyak RM100,000 telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek naik taraf kemudahan pembelajaran dan keceriaan di Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir, Semenyih. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM30,000 telah diperuntukkan untuk meningkatkan kemudahan internet berkelajuan tinggi 5G di seluruh kawasan sekolah.
Inisiatif ini diharap dapat membantu menarik minat serta mendekatkan murid-murid dengan dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara lebih interaktif di samping meningkatkan capaian Internet bagi tujuan pembelajaran murid-murid.
Pada masa yang sama, MITI turut membantu menjayakan pelbagai inisiatif penambahbaikan infrastruktur termasuk penggantian kerusi kantin yang daif, penyediaan dataran simen mesra OKU, mural kebitaraan sekolah, pemasangan smart board dan CCTV di semua bilik darjah bagi menyemarakkan semangat cintakan ilmu dan sekolah di samping memberi keselesaan dan keselamatan kepada para guru dan murid murid Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir.
Pelaksanaan kedua-kedua projek ini bukan sahaja berjaya mencapai matlamat yang dihasratkan dalam meningkatkan kualiti infrastruktur sedia ada, malah memberi nilai tambah daripada aspek sosial, ekonomi dan kelestarian alam untuk manfaat jangka masa panjang buat penduduk Kampung Batu 3, warga Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir dan penduduk sekitarnya.
The post Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Masjid Di Kampung Batu 3 & Naik Taraf Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/06/majlis-penyerahan-projek-pembaikan-masjid-di-kampung-batu-3-naik-taraf-sekolah-kebangsaan-rinching-hilir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Malaysia Bantu Naik Taraf Klinik Madani Di Riau Indonesia

Kerajaan Malaysia Bantu Naik Taraf Klinik Madani Di Riau Indonesia

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 154 hits
Kerajaan Malaysia Bantu Naik Taraf Klinik Madani Di Riau Indonesia UALA LUMPUR 3 Dis Kerajaan Malaysia telah menaik taraf sebuah klinik di Pusat Tahfiz Ma had Tafaqquh Riau Indonesia yang dinamakan sebagai Klinik Madani untuk manfaat para p...
Inkues Zara Qairina Guru Displin Akui Wujud Budaya Ragging Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha

Inkues Zara Qairina Guru Displin Akui Wujud Budaya Ragging Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 158 hits
KOTA KINABALU Seorang guru disiplin hari ini mengaku di Mahkamah Koroner di sini bahawa memang wujud budaya ragging dalam kalangan pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Pengakuan itu dibuat oleh saksi ke 56 i...
Hiburan Faiz Soul Dijemput Rasmi Majlis Sekolah Netizen Pertikai Kelayakan Dah Habis Ke Tokoh Nak Diangkat Jadi Idola

Hiburan Faiz Soul Dijemput Rasmi Majlis Sekolah Netizen Pertikai Kelayakan Dah Habis Ke Tokoh Nak Diangkat Jadi Idola

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 229 hits
Pempengaruh media sosial sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik video dirinya dijemput merasmikan Majlis Anugerah Akademik di sebuah sekolah rendah di Kedah Dalam video tersebut Faiz menjelaskan bahawa dirinya bukan seorang YB na...
Hotlink Naik Taraf Travel Sim Data Kelajuan Tinggi Esim Tersedia

Hotlink Naik Taraf Travel Sim Data Kelajuan Tinggi Esim Tersedia

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 194 hits
Hotlink kini menaik taraf pek Travel SIM yang diperkenalkan pada Jun lalu Melalui penambahbaikan ini kedua dua pelan RM35 dan RM60 kini disertakan dengan data berkelajuan tinggi manakala akses internet kekal tanpa had Untuk pelan RM35 denga...
Aliff Syukri Malu Isteri Jarang Pakai Barang Kemas Risau Orang Kampung Mengata

Aliff Syukri Malu Isteri Jarang Pakai Barang Kemas Risau Orang Kampung Mengata

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 206 hits
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi minat mendalamnya terhadap emas hingga sanggup berbelanja besar semata mata untuk memenuhi hobi tersebut Aliff Syukri pernah beli emas RM100 000 Memeti...
Masjid Quba Kali Kedua Pergi Naik Buggy

Masjid Quba Kali Kedua Pergi Naik Buggy

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 222 hits
Assalammualaikum Dunia Sakam Jumaat yang barakah Kita sambung citer yer perjalanan umrah cikbunga sekeluarga yang pertama Sebelah petang ada ada aktiviti Seronok wei nak pergi masjid lagiii kali pertama kan naik bas kali ini jemaah naik bug...
Bah Naik Mendadak 4 Terperangkap Atas 4wd

Bah Naik Mendadak 4 Terperangkap Atas 4wd

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 108 hits
FMT ReportersSemua mangsa dibawa keluar guna bot penyelamat bomba dalam kejadian di Niah Sarawak Kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda terperangkap dalam banjir PETALING JAYA Empat lelaki diselamatkan selepas terperangkap di atas seb...
Doktor Dedah Apa Yang Berlaku Pada Badan Kita Apabila Naik Penerbangan Jauh

Doktor Dedah Apa Yang Berlaku Pada Badan Kita Apabila Naik Penerbangan Jauh

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 168 hits
Doktor Dedah Apa Yang Berlaku Pada Badan Kita Apabila Naik Penerbangan Jauh Bagi sesetengah orang duduk berjam jam dalam pesawat bukanlah perkara asing terutamanya bagi mereka yang kerap melancong atau bekerja di luar negara Walaupun ramai ...
Air Semakin Naik Di Changlun Penduduk Dijangka Dipindahkan

Air Semakin Naik Di Changlun Penduduk Dijangka Dipindahkan

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 275 hits
CHANGLUN Paras air dilaporkan semakin meningkat di beberapa kawasan sekitar Changlun Kedah susulan hujan berterusan sejak awal pagi Keadaan itu turut dikongsikan melalui beberapa posting di media sosial serta siaran langsung di TikTok Live ...
Drama Pak Su Ammara

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu