Doktor Bingung Paku Tertanam Dalam Betis Budak Kecil


Biarpun masih kebingungan, pakar bedah di Hospital Umum Andi Makkasau, Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia tetap berusaha untuk mengeluarkan paku besi pelbagai saiz daripada betis seorang kanak-kanak perempuan.


Terdapat 26 batang paku termasuk sebatang jarum dan dua objek besi berwarna putih yang tertanam dalam kedua-dua betis Safira Ibrahim, 3.

Sambil membelah betis Safira dengan berhati-hati, Dr. Kamaruddin Sahid ligat berfikir bagaimana paku sepanjang di antara dua sentimeter (sm) hingga enam sm itu boleh ada di situ tanpa disedari.

"Ini memang tidak masuk akal mengikut ilmu perubatan," ungkap Kamaruddin.

Doktor itu perlu berwaspada kerana kedudukan paku yang berwarna kehitaman itu tertanam berdekatan dengan jaringan saraf dan saluran darah.

Kesemua objek logam itu berjaya dikeluarkan daripada betis Safira selepas dua jam dia berada di dewan bedah pada awal bulan ini.

Sebanyak tujuh batang paku tertanam di betis kiri, manakala 19 batang lagi di betis kanannya.

Namun, doktor yang mengesan sebatang paku di punggung Safira tidak melakukan pembedahan kerana bimbang ia membahayakan kanak-kanak itu.

Ia hanya akan dikeluarkan setelah luka di betisnya sembuh. Lebih mengejutkan, sebaik sahaja semua paku dikeluarkan, muncul sebatang paku baharu di betisnya.

“Dalam pembedahan pertama ia tidak kelihatan mungkin kerana terlindung oleh paku besar lain. “Kami akan lakukan pembedahan lagi bagi mengeluarkan paku yang baru dikesan ini.

"Tetapi jika selepas pembedahan kali kedua nanti ia tetap muncul semula, sahlah ia merupakan kekuasaan Tuhan," kata Kamaruddin.

Menurutnya lagi, memang terdapat kesan luka pada betis Safira sebelum pembedahan itu.

Namun apa yang membuat Kamaruddin hairan adalah bagaimana paku yang begitu banyak boleh dimasukkan sekali gus.

Ibu Safira yang hanya mahu dikenali sebagai Sarifa mendakwa parut di betis anaknya itu merupakan kesan cacar.

"Paku itu begitu banyak. Mustahil ia dimasukkan satu persatu kerana pasti menyakitkan. "Melihat jumlahnya tentu ada orang yang memasukkannya?" ujarnya lagi.

Safira bagaimanapun tidak berasa sakit biarpun imbasan sinaran X menunjukkan paku tersebut kelihatan bercerucuk dan mengerikan.

Sarifa yang merupakan ibu tunggal tinggal bersama Safira di Ajatappareng, Parepare, Sulawesi Selatan. Dia memberitahu, dia tidak menyedari bila paku-paku itu berada dalam betis anak tunggalnya itu.

Dia jarang meninggalkan Safira bersendirian bahkan mengaku bahawa anaknya itu tidak pernah memakan benda-benda asing seperti paku.

"Saya pernah keluarkan empat batang paku daripada betisnya ketika dia berusia dua tahun lima bulan tetapi tidak tahu macam mana ia boleh berada di situ. Safira pula tidak menunjukkan tanda kesakitan.

"Saya juga hairan bagaimana objek ini boleh tertanam di badannya sedangkan saya sentiasa mengawasinya.

"Jika sengaja dimasukkan pasti dia akan berasa sakit dan betisnya membengkak," ujar Sarifa.

Kejadian pelik itu menimbulkan banyak spekulasi. Ramai penduduk menganggap Safira merupakan mangsa amalan ilmu hitam.

Namun, seorang tokoh agama di Kota Makassar, Abd. Halim, 50, sependapat dengan pakar perubatan bahawa objek itu telah dimasukkan secara fizikal.

"Ilmu hitam melibatkan perkara ghaib. Tiada pengamal ilmu hitam yang dapat menghantar sesuatu ke dalam tubuh seseorang dari tempat jauh.

"Apatah lagi untuk memasukkan paku itu ke betisnya melalui tiupan mahupun bacaan mentera dari tempat yang jauh," kata Halim.

Kesian kan.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2012/12/doktor-bingung-paku-tertanam-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video 4 Periode Di Dpr Sosok Melchias Mekeng Sebut Makan Uang Haram Asal Kecil

Video 4 Periode Di Dpr Sosok Melchias Mekeng Sebut Makan Uang Haram Asal Kecil

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 185 hits
Di parlemen DPR sosok Mekeng bukan orang baru Politikus Golkar ini sudah berkarier selama empat periode berturut turut Tepatnya dari 2004 hingga sekarang
Sambal Berlada Terung Bulat Kecil

Sambal Berlada Terung Bulat Kecil

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 367 hits
Kalau pii pasaraya kak ana suka sangat tengok terung bulat kecil kecil comel sangat warna ungu Ada dah beberapa kali kak ana beli dan selain dari di jadikan ulam kak ana suka masak sambal terung berlada dengan terung bulat kecil ni Tak tahu...
Mb Kedah Hang Nak Tindas Peniaga Kecil Ka Apa Nih Rm5k Tapak Pasar Malam Ni Ada Hati Perut Ka Dak Ni

Mb Kedah Hang Nak Tindas Peniaga Kecil Ka Apa Nih Rm5k Tapak Pasar Malam Ni Ada Hati Perut Ka Dak Ni

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 152 hits
INAGTA LAGI DAK KETIKA PM10 BERI BANTUAN KEPADA PETANI PESAWAH APA SANUSI KATA TAPI BILA DIA SENDIRI TAK BOLEH BANTU PENIAGA KECIL HANGPA BODO HANGPA SOKONG LAGI
Mulia Sangat Hati Awak Dik Gelagat Budak Lelaki Suapkan Makanan Buat Ramai Seb4k

Mulia Sangat Hati Awak Dik Gelagat Budak Lelaki Suapkan Makanan Buat Ramai Seb4k

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 171 hits
Sahabat yang baik adalah sahabat yang ada masa kita susah dan senang Bukan sahaja masa senang tetapi susah bersama Sahabat yang baik ini tidak dapat diganti dan dicari Banyak jenis sahabat yang kita ada tetapi jarang yang ada sahabat sejati...
Budak Lelaki Terkejut Seb4k Kerana Tak Sangka Hari Jadi Di Sambut Pada Majlis Orang Lain

Budak Lelaki Terkejut Seb4k Kerana Tak Sangka Hari Jadi Di Sambut Pada Majlis Orang Lain

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 176 hits
Sambutan hari ulang tahun ini merupakan hari yang ditunggu oleh kanak kanak kerana pada hari itu mereka akan mendapat pelbagai hadiah dari rakan rakan dan juga saudara mara yang menyambut hari jadi mereka Mungkin juga kerana pada hari ulang...
Tuduhan Macam Budak Budak

Tuduhan Macam Budak Budak

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Elfira Loy menganggap tuduhan kononnya dia menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti Nazim Othman dan Bella Daly sebagai mengarut Mengaku berkawan rapat dengan Nazim dan Bella Elfira sebaliknya memberitahu dia ter...
Budak Sepet Terkini

Budak Sepet Terkini

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 247 hits
Ada sesiapa masih ingat dengan BS yang tembam dan bermata sepet ini Sekarang budak ini sudah dewasa kurus dan paling tinggi di dalam keluarga Maknya pun sudahtenggelam
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh