Doge Malaysia Ok Tak


 
Ayuh kita berterus-terang mengakui kerajaan Malaysia merasa kesan akan jumlah kakitangan awam. ‘A bloated civil service’. Sama ada perdana menterinya Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob juga Anwar Ibrahim.
Setiap bulan kerajaan mesti menyediakan gaji bulanan kakitangan awam seramai 1.5 juta orang. Ini perangkaan tahun lalu. Tetapi angka ini tidak banyak berubah daripada jumlah penjawat awam zaman semua PM terdahulu. Ertinya gaji sahaja memerlukan jutaan ringgit setiap bulan. Belum kira elaun dan segala macam, dan jangan lupa pembayaran pencen kepada pesara yang jumlahnya lumayan juga.
Walaupun jumlahnya besar setiap kerajaan di bawah pentadbiran semua perdana menteri kita tidak pernah tidak buat pembayaran kepada penjawat awam setiap bulan. Dibayar pada hari ditetapkan setiap bulan ‘without fail’. Tabik hormat buat mereka. Amalan ini akan berterusan.
Namun, dengan jumlah penjawat awam yang ramai, perkhidmatan awam kelihatan ‘sluggish’. Keadaan ini juga berlaku dalam sektor swasta. Maka, itu sebabnya banyak syarikat sering mengurangkan jumlah tenaga kerjanya. Kerajaan bagaimanapun tidak akan mengurangkan kakitangannya. Malah tidak boleh sehingga waktu ini. Tidak ada peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan penjawat awam diberhentikan secara berkumpulan.
Ertinya, tidak seperti sektor swasta perkhidmatan awam tidak ada VSS untuk ditawarkan kepada kakitangannya. Skim Pemisahan Sukarela. Tidak ada juga MSS – Skim Pemisahan Wajib . Tidak ada ‘retrenchment’. Apa kerajaan lakukan atau cuba lakukan ialah penyelarasan dengan langkah reformasi pentadbiran awam yang diharapkan berkesan dan mencapai matlamat diingini.
Di Amerika Syarikat, Donald Trump semasa belum menjadi presiden kerap mengkritik keras perkhidmatan awam yang jumlah tenaga kerja juga besar. Sebaik sahaja Trump jadi presiden antara langkah diambil ialah mengecilkan atau ‘downsize’ perkhidmatan awam secara drastik untuk katanya ‘make America great again’.
Lalu beliau melakukan ‘buyout’ yakni menawarkan insentif kewangan kepada dua juta kakitangan awam persekutuan untuk berhenti kerja. Ini diibaratkan ‘peletakan jawatan tertangguh’. Kakitangan terus mendapat gaji sehingga September tanpa perlu bekerja secara fizikal dengan kemungkinan tugas mereka dikurangkan atau dihapuskan dalam tempoh berkenaan.
Dalam erti kata lain berhenti secara ‘sukarela serta-merta’. Kesatuan sekerja yang tidak puas hati membawa isu ini ke mahkamah. Namun, hakim Mahkamah Persekutuan memberi lampu hijau kepada pentadbiran Trump meneruskan program itu. Pada 13 Feb lalu dilaporkan 75,000 pekerja sudah menerima tawaran Trump.
Trump juga menandatangani perintah eksekutif yang memberi kuasa kepada Jabatan Kecekapan Kerajaan atau DOGE yang di bawah orang dikatakan paling kaya di dunia Elon Musk untuk membentuk pentadbiran awam selaras langkah pentadbiran Trump mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan secara drastik.
Antara lain jabatan eksekutif perlu mendapatkan kelulusan pengambilan pekerja dengan pasukan Musk kecuali bagi agensi penguatkuasaan undang-undang dan imigresen. Setiap agensi persekutuan dengan beberapa pengecualian hanya dibenarkan mengambil seorang kakitangan bagi setiap empat pekerja yang berhenti selepas pembekuan pengambilan baharu ditamatkan.
Dalam tempoh tiga minggu pertama pentadbiran Trump pasukan Musk memasuki sekurang-kurangnya 19 agensi dan mengenal pasti beberapa program untuk dimansuhkan. Orang kanan Musk ialah Vivek Ramaswamy, tokoh perniagaan yang punya aspirasi politik. Ramaswamy pernah dilapor berkata beliau bercadang memotong 70% penjawat awam yang menurutnya adalah antara sumbangan pembaziran. Seiring langkah DOGE memotong perbelanjaan yang dirasakan membazir dan mengurangkan peraturan yang dikawal kerajaan.
Kembali ke tanah air. Berita Harian 12 Feb lalu memetik Khairy Jamaluddin menyarankan Malaysia mengguna pakai atau ‘adopt’ model DOGE. Fokusnya menurut beliau ialah latihan semula dan penempatan semula penjawat awam di samping penerapan automasi dan kecerdasan buatan atau AI.
“Jika diberi peluang saya ingin menyusun semula kerajaan tetapi kita tidak boleh memberhentikan sesiapa. Sebaliknya kita harus menempatkan semula penjawat awam ke jawatan yang akan menjadi penting dalam lima hingga sepuluh tahun akan datang sambil memindahkan fungsi yang boleh diautomasi atau diuruskan oleh AI.”
Perhatikan kata kuncinya ialah ‘tidak boleh memberhentikan sesiapa’. Dan kata beliau lagi: “Jika saya berada di Pejabat Perdana Menteri hari ini, saya akan menyarankan
penubuhan DOGE yang dipimpin seorang pemikir hebat daripada sektor swasta yang diberi tugas membangunkan pelan tindakan bagi menyusun semula perkhidmatan awam dalam tempoh lima hingga 15 tahun akan datang dengan jaminan tiada siapa akan diberhentikan”. Sekali lagi KJ beri penekanan ‘tiada siapa akan diberhentikan’. Rasanya kita semua tahu mengapa.
Apa pun cadangan beliau adalah bagus. Cuma DOGE Malaysia ialah mengenai ‘retraining and redeployment’ untuk ‘streamline’ perkhidmatan awam. Ertinya jumlah penjawat awam kekal. Berbanding DOGE Amerika yang memberhentikan pekerja untuk ‘streamline’ perkhidmatan awam mereka. Ertinya tenaga pekerja yang ‘slim’. Bolehkah DOGE Malaysia berjaya? Atau walhasil balik asal?
‘But first thing first’. Adakah cadangan KJ akan mendapat pertimbangan pihak berwajib? Atau perhatian sekurang-kurangnya? Menurut saya sepatutnya dapat. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/doge-malaysia-ok-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Boleh Ke Ammar Nazhan Dikenakan Tindakan Bila Balik Malaysia Ini Penjelasan Peguam Pdrm Boleh Siasat Kalau

Hiburan Boleh Ke Ammar Nazhan Dikenakan Tindakan Bila Balik Malaysia Ini Penjelasan Peguam Pdrm Boleh Siasat Kalau

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 162 hits
Peguam Muhammad Aidil Akmal Sharidan menjelaskan bahawa Youtuber Ammar Nazhan dan kumpulannya masih boleh disiasat di Malaysia meskipun kes memalsukan kehilangan rakannya itu berlaku di negara jiran Menurutnya kumpulan terbabit boleh disias...
Ketahui Waktu Solat Di Malaysia

Ketahui Waktu Solat Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 147 hits
Solat merupakan tiang agama islam Dengan adanya jadual waktu solat sedikit sebanyak dapat memudahkan kita menunaikan solat Berikut adalah Waktu Solat di Malaysia Untuk pengguna Komputer PC Laptop boleh klik di sini untuk lihat jadual waktu ...
Iphone 11 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 27 September Ini

Iphone 11 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 27 September Ini

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 119 hits
Salam sejahtera semua seperti sedia maklum pihak Apple telah mengumumkan iPhone 11 Pro dan iPhone 11 pada acara yang lepas iPhone adalah produk telefon pintar premium dan flagship Sudah tentu ianya mahal dan mampu tengok bagi sesetengah pen...
Kelas Lesen Memandu Di Malaysia Kategori Jenis Lesen

Kelas Lesen Memandu Di Malaysia Kategori Jenis Lesen

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 189 hits
Sistem lesen memandu di Malaysia dikawal selia oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan dibahagikan kepada pelbagai kelas mengikut jenis kenderaan yang boleh dikendalikan Setiap kelas lesen mempunyai syarat dan kegunaan tertentu yang harus dipat...
Malaysia Sarong Music Run 2025

Malaysia Sarong Music Run 2025

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 248 hits
MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2025 Assalammualaikum semua Pembukaan tahun 2025 jom kita hidupkan kembali gaya hidup sihat dengan menyertai fun run Ruby tertarik dengan Malaysia Sarong Music Run yang bakal diadakan pada 8 Februari 2025 di hadapa...
Rumc Mi The Leading Medical Informatics School In Malaysia

Rumc Mi The Leading Medical Informatics School In Malaysia

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 162 hits
The healthcare industry is rapidly evolving with digital transformation playing a crucial role in improving patient care and hospital management Medical informatics integrates healthcare technology and data analytics to enhance decision mak...
Helping Gaza Won T Hurt Malaysia S Development Says Ex Bersatu Leader

Helping Gaza Won T Hurt Malaysia S Development Says Ex Bersatu Leader

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 213 hits
Mahathir Rais says efforts to rebuild Gaza are funded through corporate donations international contributions and Islamic endowments Malaysia s efforts to help rebuild Gaza will not come at the expense of its own development as no taxpayer ...
Lawatan Rasmi Presiden Edogan Bakal Perkukuh Hubungan Malaysia Turkiye

Lawatan Rasmi Presiden Edogan Bakal Perkukuh Hubungan Malaysia Turkiye

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 147 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Istana Vahdettin ketika kunjungan ke Turkiye pada 2023 Foto Presidency of the Republic of TurkiyeKUALA LUMPUR 10 Feb Lawat...
Covid 19 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Malaysia

Covid 19 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 129 hits
Wabak COVID 19 sudah merebak di Malaysia Kini sudah mencatat 45 kematian Perintah Kawalan Pergerakan sudah dilanjutkan hingga 14 April 2020 Rakyat kita kena banyak bersabar dan patuhilah perintah Kawalan Pergerakan ini Saya lihat masih rama...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan