Doakan Aqasha Kuat Bayi 4 Bulan Kini Di Nicu Selepas Kereta Dilanggar
Keterujaan pasangan suami isteri dalam perjalanan pulang selepas beraya bertukar menjadi tragedi apabila kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Plus Sungkai arah selatan pada jam 7.30 malam.
Difahamkan pemandu BMW berwarna kelabu gelap itu menyelit secara tiba-tiba dari lorong kiri terus mencelah masuk di hadapan Proton Inspira yang dinaiki mangsa sekeluarga berada di lorong paling kanan pada ketika itu.
Bukan itu sahaja, BMW itu turut menghimpit kereta mangsa sehingga ia berpusing beberapa kali sebelum melanggar penghadang jalan sebelah kiri lebuh raya berkenaan.
Lebih menyedihkan apabila pemandu kereta BMW itu melarikan diri tanpa menghulurkan sebarang bantuan kepada mereka sehingga mengakibatkan bayi lelaki mereka berusia empat bulan tercampak keluar ke tengah jalan.
Ekoran itu mangsa dikenali Natasya Nadia meminta jasa baik orang ramai untuk menguar-uarkan terutama pihak yang mempunyai rakaman dashcam tentang kejadian tersebut sekaligus menjejaki suspek.
Dalam masa yang sama, dia memaklumkan bayi lelakinya berusia empat bulan itu sedang bertarung nyawa di wad neonatal intensive care unit (NICU) akibat patah tulang pinggul, kedua-dua tulang peha dan pendarahan otak akibat tercampak di tengah lebuh raya.
Dalam perkembangan terbaru, wanita itu memaklumkan kenderaan tersebut berjaya dikenalpasti atas bantuan orang ramai. Namun, dia tidak dapat berkongsi apa-apa maklumat lanjut mengenai kenderaan tersebut atas sebab keselamatan dan mahu membuat laporan polis terlebih dahulu.
Dan, mengemaskini keadaan semasa di mana dia mengalami kecederaan patah kaki, manakala suaminya pula tersiat isi pada bahagian lengan.
Sementara itu, Natasya juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang tak putus mendoakan kesihatan anaknya serta pihak hospital yang bertungkus lumus memberi rawatan terbaik.
Melihat di ruangan komen, ramai warganet tidak berputus-putus mendoakan agar mangsa sekeluarga segera sembuh dan akan ada keadilan buat mereka sekeluarga.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga nya dan diberikan kesembuhan yang cepat buat baby aqasha aamin ya rabaalamin..”
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan ketenangan & kekuatan menghadapi dugaan ini ❤️❤️❤️”
“Semoga dipermudahkan urusan kak tasya dan baby 🤲🥺 Akak kene kuat tau . inshaallah akan ade keajaiban buat anak akk . aminn 🤲”
“Aamiin Ya Rabbilallamiin semoga Allah Swt Ta’ala perkenan doa2x dri kita semua ..semoga baby diberikan kesihatan kesembuhan kekuatan semangat”
Semoga adik Aqasha Alhaq diberikan kekuatan dan kesembuhan dan urusan keluarga ini juga dipermudahkan.
Sumber: Instagram Natasya Nadia ; OMM
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Doakan Aqasha Kuat..” Bayi 4 Bulan Kini Di NICU Selepas Kereta Dilanggar appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/doakan-aqasha-kuat-bayi-4-bulan-kini-di-nicu-selepas-kereta-dilanggar/