Doa Zikir Surah Amalan Ibu Mengandung Yang Sahih Daripada Al Quran


Assalamu'alaikum Wrmbth, Tempoh 9 bulan mengandungkan anak adalah sangat berharga. Penting bagi puan dan para pembaca semua mengisinya dengan amalan yang baik. Contoh sebaik baik amalan doa & zikir semasa mengandung semestinya dari Al quran.

Ada terdapat banyak doa, zikir dan amalan yang bersesuaian boleh dilakukan oleh ibu mengandung yang jika diamalkan secara istiqamah dan yakin, insyaa Allah akan melahirkan anak yang soleh dan solehah.

Benar kata para ustazah yang biasa kita dengar di kaca TV dan sebagainya, untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah boleh diasuh daripada dalam kandungan lagi.
Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara. 
Wanita yang solehah akan mengasuh 
anaknya sejak dari dalam kandungan lagiHari ini kita berkongsi tentang doa dan surah untuk amalan ibu mengandung sebagai zikir untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan. Ibu & bapa yang menjaga tuntutan luar dan dalam dengan melazimi amalan rohani dapat membantu anak yang lahir baik akhlaknya

Pada masa yang sama kita berusaha memberikan khasiat dan zat nutrisi terbaik dari Set ibu mengandung Shaklee untuk elak kencing manis

Doa Zikir & Surah Amalan Ibu Mengandung Yang Sahih Daripada Al Quran

Antara zikir dan doa yang diamalkan untuk memudahkan bersalin ialah :
1) Doa mendapatkan anak yang baik (QS. Ali Imran 38)
Sumber: Quran.com Klik sini

"Rabbii habli miladunka dzurriyyatan thoyyibah. Innaka sammi’uddu’aa"
Ertinya:
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"

Surat Ali Imran dalam Al-Quran ayat 38 juga merupakan potongan doa ibu hamil yang dapat dilafazkan semasa kehamilan


2) Doa Nabi Yunus A.S Semasa Dalam Perut Ikan
Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87 : surah al-Anbiya' ayat 21
Maksudnya:

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.” 
Doa ini sangat bagus di amalkan terutama selepas tanda tanda dekat nak bersalin semakin hampir

Semoga Allah swt membantu dan melancarkan urusan kelahiran. Insyaallah...

3) Doa Memohon Anak Anak Yang Soleh & Solehah (QS. As Saffat 100) 
Ertinya:
“Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.”
4. Doa Memohon Anak Soleh (QS. Ali Imran 35-36)
Memiliki anak soleh mahupun solehah tentu menjadi impian hampir setiap ibu bapa muslim. Hal inilah yang mendorong para ibu mendoakan anak anak mereka, bahkan sejak dari anak di dalam kandungan lagi/ dalam rahim

Anda yang ingin berdoa agar mendapat anak soleh dan solehah dapat membaca potongan ayat dalam surat Ali Imran 35-36, yang berbunyi: 


"Bismillahhirrahmaanir rahiim, Robbi inni nadzartu laka maa fii bathnii muharroron fataqobbalminnii, Innaka antas sami'ul alim"


Ertinya:
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Sesungguhnya, doa doa ini menjadi makanan rohani untuk ibu & anak. 
Betapa pentingnya menjaga kedua dua santapan jiwa dan makanan untuk ibu hamil yang sihat untuk mengelak atau menghilangkan kencing manis semasa mengandung untuk kekal sihat & cergas

5. Doa memohon keturunan yang menenangkan hati (QS. Al Furqan 74)
Memiliki keturunan yang dapat menjadi penenang hati tentu menjadi dambaan bagi setiap orang. 
Jika menginginkan hal sama, cik puan boleh amalkan potongan surat Al-Furqan ayat 74 yang berbunyi:


“Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wadzurriyyaatinaa qurrata a'yuniw waaj'alnaa lilmuttaqiina imaaman” 
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: 
Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan 25:74)
Anak anak yang baik akan memberikan ketenangan dalam hidup ibu dan ayahnya. Rezeki tidak hanya dihitung dengan wang ringgit. Ketenangan hidup tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kita dapat lihat, berapa ramai diluar sana yang kaya wang ringgit tetapi tertekan. Malam sukar tidur & terpaksa memakan ubat untuk meredakan tekanan

Jiwa yang tenang akan melapangkan minda, dan membuatkan wajah kelihatan lebih cantik cerah dan awet muda. Begitulah betapa besarnya kesan doa sebagai senjata ke atas diri wanita & anak anaknya 
Doa seorang ibu untuk kebahagian anaknya sepanjang hidup 7. Doa agar anak rajin solat dan bertakwa (QS. Ibrahim 40)
Salah satu kayu aras yang mengukur ketakwaan seorang penganut agama Islam adalah solat yang dia lakukan seharian

Anda yang menginginkan seorang anak yang bertakwa sekaligus tidak pernah meninggalkan kewajiban solat dapat membaca QS. Ibrahim ayat 40 sejak ia berada dalam kandungan yang berbunyi:



“Robbij’alnii muqiimash sholaati wa min dzurriyatii robbanaa wa taqobbal du’aa"
Ertinya:
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku

Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi’at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya.” (Hadis riwayat Ibn Sunni) 
16 Pilihan Surah Amalan Ibu Mengandung Dari Al Quran Serta Kelebihannya
Apa yang indah dengan agama islam, ia adalah cara hidup yang sempurna. Sejak dari kandungan lagi pelbagai amalan untuk anak didalam kandungan


Antara surah yang bagus untuk bacaan ibu dan ayah adalah seperti berikut:
1. Baca Baca Surah Al Fatihah Supaya terang hati dan kuat ingatan 2. Baca Surah Maryam Supaya ibu bersalin mudah bersalin dan anak yang sabar dan taat 3 Baca Surah Luqman supaya mendapat anak yang bijak dan cerdik jiwa 4. Baca Surah Yusuf supaya anak yang dilahirkan cantik rupa dan indah akhlak 5. Baca Surah Hujurat supaya ibu mengeluarkan banyak susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati 6. Baca Surah Yaasin bagi ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat 7. Baca Surah At-Taubah supaya membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat 8. Baca Surah an-Nahl untuk anak yang berdisiplin seperti lebah 9. Surah al-Hujurat untuk membanyakkan susu ibu. 10. Surah al-Imran ayat 38 untuk memohon anak yang baik. 11. Surah al-Imran ayat 8-9 untuk memohon rahmat. 12. Surah Ibrahim ayat 40 untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat. 13. Surah al-Baqarah ayat 128 untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T. 14. Surah Yassin ayat 22-23 untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak. 15. Surah as-Sajdah ayat 7-9 untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik. 16. Surah al-Furqan ayat 74 untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Cuba bayangkan, anak yang lahir nanti bukan sahaja sihat namun baik sifatnya. Indah akhlaknya. Bukankah sejuk mata kita dan beruntungnya pasangan suami isteri yang memiliki anak yang soleh dan solehah. Selain itu, banyak lagi amalan ibu mengandung yang dapat dilakukan supaya anak lebih sihat

Contohnya bagaimana mengelakkan anak terkena demam kuning. Ya, memang seksa dan mencabar menjaga anak yang kuning. Ada kawan baik saya anaknya mengalami demam kuning yang teruk, sehingga dua bulan lamanya. Sentiasa perlu berulang alik ke hospital sehingga demam kuning reda

Apa yang boleh suami isteri lakukan semasa tempoh kehamilan untuk mengurangkan risiko demam kuning yang serius

Mari sama sama kita cuba amalkan tips dibawah. 
Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam Dan Sunnah
Amalan berpuasa dapat membantu anak dalam kandungan supaya lebih kuat hatinya. Bacaan surah surah tertentu juga mempunyai kelebihan untuk bayi dalam kandungan. 

Mari sama sama kita amalkan tips tips terbaik menurut neraca islam amalan ibu mengandung
Melazimi membaca Al-Quran Melazimi baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri Makan makanan yang baik Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal Jauhi daripada sifat dendam dan dengki Rajin mengukirkan senyuman Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan Banyak berdoa kepada Allah swt Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis) Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran Tidak terlalu tertekan atau stres Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah swt Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat Melazimi berzikir Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu Selamat mencuba.Saya sangat berminat dengan perkongsian pengalaman anda mengamalkan doa & surah al quran semasa mengandung. Kongsikan di ruangan komen dibawah ya.Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2016/08/doa-zikir-surah-amalan-ibu-mengandung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 246 hits
Benar kita tidak cukup ilmu mengenai kehamilan yang kita lalui Namun bila mana setiap pemeriksaan bulanan atau apa jua rutin kehamilan yang diminta doktor jangan sekali kita abaikan Setiap temujanji amatlah penting lebih lebih lagi bagi ibu...
Perkongsian Perjalanan Seorang Ibu Mengandung Yang Dijangkiti Covid19 Stage 5

Perkongsian Perjalanan Seorang Ibu Mengandung Yang Dijangkiti Covid19 Stage 5

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 201 hits
PERKONGSIAN PERJALANAN SEORANG IBU MENGANDUNG YANG DIJANGKITI COVID19 STAGE 5Saya tidak menulis tentang kisah keluarga kami sejak isteri dan anak keluar ICU NICU Hospital Sg Buloh serentak Saya sendiri seakan tidak dapat menyusun kata dan r...
Amalan Doa Selawat Hari Jumaat

Amalan Doa Selawat Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 368 hits
Selepas arwah saya meninggal banyak tinggalan buku buku agama yang dibeli arwah ketika hayatnya Oleh kerana buku buku tersebut ada yang telah usang dan rosak maka saya minta pada mak untuk disimpan sebagai tambahan bahan bacaan Antaranya ia...
Kenapa Asid Folik B Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung

Kenapa Asid Folik B Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 205 hits
Kenapa Asid Folik B Complex Penting Untuk Ibu Nak MengandungKenapa Asid Folik B Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung Mikronutrien yang penting bagi wanita hamil ialah asid folik Asid folik membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembang...
Surah Yasin Tahlil Dan Doa Selamat

Surah Yasin Tahlil Dan Doa Selamat

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 234 hits
Muat turun Fail PDF Surah Yasin Doa Yasin Tahlil Doa Arwah Dan Doa Selamat di sini https bit ly 3oWap25
Tips Puasa Untuk Gastrik Ibu Mengandung Menyusu Diet Kurus

Tips Puasa Untuk Gastrik Ibu Mengandung Menyusu Diet Kurus

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 235 hits
Tips Puasa Untuk Gastrik Ibu Mengandung Menyusu Diet KurusTips Puasa Untuk Gastrik Ibu Mengandung Menyusu Diet Kurus Kajian mengesyorkan untuk berpuasa sekurang kurangnya 12 jam atau lebih jika anda mampu dengan intermittent fasting untuk m...
Dari Sibu Ke Kota Bharu Doa Pemuda Nak Jumpa Ibu Kandung Akhirnya Termakbul Selepas 21 Tahun Menahan Rindu

Dari Sibu Ke Kota Bharu Doa Pemuda Nak Jumpa Ibu Kandung Akhirnya Termakbul Selepas 21 Tahun Menahan Rindu

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 256 hits
Siapa sangka berkat usaha dan doa yang dilakukan Mohammad Ashraf Daniel selama ini akhirnya membawa kebahagiaan apabila dia berjaya berjumpa dengan ibu kandungnya Ashraf yang terpisah dengan ibu kandungnya sejak lahir menjumpai syurganya it...
Perlu Ke Ibu Hamil Ambil Booster Risau Bayi Kesihatan Diri Ini Pencerahan Dari Doktor

Perlu Ke Ibu Hamil Ambil Booster Risau Bayi Kesihatan Diri Ini Pencerahan Dari Doktor

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 194 hits
Selepas mengambil vaksin kini ramai mula berasa takut untuk mengambil booster atau dos penggalak Semuanya kerana gara gara kesan terlebih yang sering diwar warkan di media sosial Hal ini turut memberi kesan kepada ibu hamil yang mula bimban...
Ibu Bapa Saya Terkejut Eunji Apink Ulas Babak Merokok Dalam Work Later Drink Now

Ibu Bapa Saya Terkejut Eunji Apink Ulas Babak Merokok Dalam Work Later Drink Now

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 209 hits
APINK akan muncul dalam program pelbagai KBS 2TV Problem Child in House yang dijadualkan untuk siaran pada 15 Februari jam 11 40 malam ARTIKEL BERKAITAN Pada episod tersebut Eun ji telah mendedahkan kisah di sebalik kelahiran Kang Ji goo wa...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep