Doa Untuk Indonesia Jakarta Dilanda Banjir 16 Orang Dilaporkan Terkorban
JAKARTA, 2 Jan – Seramai 16 orang dilaporkan menjadi korban akibat banjir di Jakarta dan bandar berhampiran Jakarta sejak semalam
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), sehingga 8.00 pagi ini, lebih 30,000 mangsa banjir di Jakarta dilaporkan masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sementara berikutan kawasan penempatan mereka dinaiki air sehingga dua meter
Selain beberapa kawasan di ibu negara Jakarta, kawasan di bandar berhampiran Jakarta seperti Tangerang, Depok, Bekasi dan Bogor, turut mengalami banjir semalam berikutan hujan lebat pada awal pagi tahun 2020
“Terdapat 16 orang meninggal akibat banjir dengan perinciannya di Jakarta seramai lapan orang, Kota Bekasi (seorang), Kota Depok (tiga) , Kota Bogor (1), Kabupaten Bogor (1), Kota Tangerang (1), dan Tangerang Selatan (1),” kata Ketua Pusat Data, Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Agus Wibowo dalam satu kenyataan
Mereka yang meninggal itu antaranya mengalami hipotemia, lemas dihanyutkan arus, tertimbus akibat tanah runtuh dan terkena renjatan elektrik
Menurut BNPB, beberapa kawasan banjir di Jakarta sudah beransur pulih, namun masyarakat diminta berjaga-jaga berikutan hujan diramalkan berlaku sehingga Khamis ini
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam satu kenyataan menyatakan antara punca banjir itu adalah hujan lebat ekstrem yang mencatatkan bacaan 377 milimeter (mm), sedangkan rekod tertinggi pada 2007 mencatatkan bacaan 340 mm
Menurut twitter rasmi Traffic Management Center (TMC) Polis Daerah Metro Jaya (Jakarta), beberapa jalan utama di Jakarta seperti masih tidak dapat digunakan kerana digenangi air, antaranya di Simpang Cempaka Mas, Jalan S Parman, Jalan Rasuna Said, Jalan Pemuda Rawamangun dan Jalan Gatot Subroto
Lapangan terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur yang tidak dapat beroperasi pagi semalam kerana landasan di lapangan terbang itu digenangi air, juga dijangka kembali beroperasi sepenuhnya hari ini
Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta meminta rakyat Malaysia di Jakarta dan kawasan sekitar mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan jika memerlukan sebarang bantuan konsular, boleh menghubungi kedutaan Malaysia di talian +62 813 80813036.
Dear intl oneits, please pray for indonesia. Massive floods & landslides hit several cities in 3 provinces. 19,000 residents are evacuated and 15 people are reported death.
It is dubbed as the worst flood over decade :(#banjir #banjir2020 #BanjirJakarta pic.twitter.com/I4pfXTAlFb— 여우즈🔕 (@seungyouncloud) January 2, 2020
Sumber: Bernama , Seungyouncloud via Siakapkeli
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sehinggit.blogspot.com/2020/01/doa-untuk-indonesia-jakarta-dilanda.html