Doa Sambutan Maulidur Rasul Jakim


CONTOH DOA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
APA KEBAIKAN MAJLIS MAULIDUR RASUL?
Semasa diadakan majlis Maulidur Rasul, akan dimulakan dengan pembacaan Al-Quran, doa, selawat, pembacaan Sirah Nabi, qasidah dan mada’ih (pujian-pujian) ke atas Nabi, menyampaikan dan belajar ilmu melalui ceramah dan tazkirah tentang Nabi saw.
Turut diadakan majlis jamuan makan kepada orang miskin, anak yatim dan semua orang, menggalakkan orang ramai bersedekah, berjumpa sesama orang Islam di samping mempertautkan silaturrahim.
Dapat pula beri’tikaf jika dilakukan di masjid serta mendekatkan jemaah kepada masjid, dapat menghidupkan sunnah-sunnah Nabi termasuklah menuntut ilmu dan lain-lain, melatihkan kanak-kanak dan orang muda untuk mencintai Nabi, bertemu dengan orang-orang yang soleh dan pelbagai kelebihan lain lagi.
Sebenarnya orang yang selalu mengharamkan Maulidur Rasul saw ini dalam banyak perkara merujuk kepada pendapat Syeikh Ibn Taimiyyah, sedangkan beliau sendiri mengatakan di dalam kitabnya Al-Iqtidha’ ash-Shirath al-Mustaqim li Mukhalafah Ashab al-Jahim:
فَتَعْظِيمُ الْمَوْلِدِ وَاِتِّخَاذُهُ مَوْسِمًا قَدْ يَفْعَلُهُ بَعْضُ النَّاسِ وَيَكُونُ لَهُمْ فِيهِ أَجْرٌ عَظِيمٌ لِحُسْنِ قَصْدِهِمْ وَتَعْظِيمِهِمْ لِرَسُولِ اللهِ .
Maka membesarkan Maulid Nabi SAW dan menjadikannya sebagai musim yang dirayakan telah dilakukan oleh sebahagian orang dan bagi mereka padanya (iaitu pada menyambut maulid tersebut) ganjaran pahala yang besar kerana baiknya niat mereka dan kerana mereka membesarkan Nabi SAW .
Berikut dikongsikan contoh doa Maulidur Rasul yang boleh dibacakan dalam majlis rasmi atau di rumah.
DOA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ أَكْرَمَنَا بِمِيْلاَدِ خَيْرِ اْلأَناَمِ أَرْسَلَهُ رَبُّهُ رَحْمَةً وَقُدْوَةً صَالِحَةً يَقْتَدِىْ بِهِ الْمُؤْمِنُوْنَ. وَيَأْبىَ قُدْوَتَهُ الْجَاحِدُوْنَ الضَّالُّوْنَ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الَّذِىْ بَعَثَهُ الله ُ لِلإِيْمَانِ مُنَادِياً وَإِلَى الشَّرِيْعَةِ الْغَرَّاءِ هَادِيًا وَدَاعِيًا وَبِالْمَعْرُوْفِ ءَامِرًا وَعَنِ الْمُنْكَرِ نَاهِيًا وَنَشَرَ فِى النَّاسِ مَبَادِئَ الْعَدَالَةِ اْلإِجْتِمَاعِيَّةِ وَالْحُرِّيَّةِ وَالْمُسَاوَاةِ وَاْلإِخَاءِ حَتىَّ صَارَ الناَّسُ بَعْدَ ذَلِكَ بِنِعْمَةِ اللهِ إِخْوَانًا. وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ الَّذِيْنَ سَلَكُوْا طَرِيْقَهُ وَاتَّبَعُوْا نَهْجَهُ وَهَدْيَهُ.

Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah ya Tuhan, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ya Tuhan kami, sempena majlis sambutan Maulidur Rasul ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.

اَللَّهُمَّ إِناَّ نَسْأَلُكَ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِكَ تَهْدِيْ بِهَا قُلُوْبَنَا وَ تَجْمَعُ بِهَا أُمُوْرَنَا وَ تَلُمُّ بِهَا شَعَثَنَا وَ تَرُدُّ بِهَا الْفِتَنَ عَنَّا وَ تُصْلِحُ بِهَا دِيْنَنَا وَ دُنْيَانَا.

Kami jua memohon restu dan rahmat –Mu sempena sambutan Maulidur Rasul ini, semoga Engkau ya Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat memerintah negara kami yang tercinta ini.

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَ اْلإِكْرَامِ

Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

** Klik JOIN untuk mendapatkan kemaskini dan info-info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
http://telegram.me/myJakim ATAU ‘search’ @myJakim,
Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Panduan Selawat Maulidur Rasul
Baca juga:
Teks Selawat Nabi Sempena Maulidur Rasul Maulidur Rasul 2024 – Tarikh Cuti Umum Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-maulidur-rasul/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-maulidur-rasul

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Ketika Cuaca Panas Jakim

Doa Ketika Cuaca Panas Jakim

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 370 hits
Doa Ketika Cuaca Panas JAKIM Cuaca panas kadang kadang menjadi ujian yang mencabar bagi kita semua Lebih lebih lagi di bulan Ramadan ini Sungguh menguji keimanan Tahukah anda terdapat satu doa yang boleh diamalkan semasa cuaca panas Berikut...
Doa Dalam Irama Orkes El Suraya

Doa Dalam Irama Orkes El Suraya

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 479 hits
Oh tuhan berilah kami hidayahDalam mengharungi lautanOh tuhan berilah kami hidayahDalam mengharungi lautanJauhi kami dari tipu dan dayaHindari kami setiap hasutanJauhi kami dari tipu dan dayaHindari kami setiap hasutanOh tuhan beri kami per...
Lelaki Ditahan Langgar Undang Undang Trafik Doa Polis Ditimpa Azab

Lelaki Ditahan Langgar Undang Undang Trafik Doa Polis Ditimpa Azab

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 401 hits
KOSMOLelaki berpakaian jubah berdoa selepas ditahan pegawai trafik POS KUPANGJAKARTA nbsp nbsp Sebuah insiden melibatkan anggota nbsp polis trafik dan seorang lelaki memakai jubah di atas lebuh raya menjadi nbsp tular di internet lapor lama...
Dia Tak Lekang Berdakwah Sebenarnya Rakan Baik Kongsi Perkembangan Terkini Aliff Aziz Mohon Doa Peminat

Dia Tak Lekang Berdakwah Sebenarnya Rakan Baik Kongsi Perkembangan Terkini Aliff Aziz Mohon Doa Peminat

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 190 hits
Shahidan Izwan rakan baik kepada pelakon Aliff Aziz memaklumkan keadaan terkini pelakon itu berada dalam keadaan baik meskipun dikecam hebat oleh pihak luar setelah dirinya terbabit dengan kes penangkapan khalwat bersama aktres Ruhainies ba...
Berdebar Tunggu Anak Pertama Lahir Ini Doa Surah Surah Amalan Bapa Boleh Baca Waktu Teman Isteri Bersalin

Berdebar Tunggu Anak Pertama Lahir Ini Doa Surah Surah Amalan Bapa Boleh Baca Waktu Teman Isteri Bersalin

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 309 hits
Menanti kelahiran anak pertama sememangnya cukup mendebarkan Pelbagai persoalan dan perasaan yang mula difikirkan dalam minda Doa dan amalan surah surah tertentu antara yang bakal ibu patut amalkan sepanjang sembilan bulan hamil Namun tidak...
Allahumma Innaka Afuwwun Doa Malam Lailatul Qadar Doa Memohon Keampunan

Allahumma Innaka Afuwwun Doa Malam Lailatul Qadar Doa Memohon Keampunan

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 352 hits
Allahumma Innaka Afuwwun Doa Malam Lailatul Qadar Doa Memohon Keampunan Terdapat satu malam pada bulan Ramadan yang Allah SWT jadikan istimewa berbanding malam malam lain iaitu malam Lailatul Qadar Pada malam tersebut setiap amalan akan dil...
7 Doa Pagi Yang Boleh Diamalkan Umat Islam

7 Doa Pagi Yang Boleh Diamalkan Umat Islam

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 475 hits
Berikut merupakan senarai beberapa doa yang boleh kita baca dan amalkan setiap pagi bagi memastikan hari hari kita berjalan lancar urusan kita dipermudahkan dan diri kita sentiasa dilindungi Allah S W T Sebagai umat Islam anda digalakkan un...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia