Doa Ketika Cuaca Panas Jakim


Doa Ketika Cuaca Panas – JAKIM
Cuaca panas kadang-kadang menjadi ujian yang mencabar bagi kita semua. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini. Sungguh menguji keimanan!
Tahukah anda, terdapat satu doa yang boleh diamalkan semasa cuaca panas? 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: Doa Ketika Hujan dan Banjir – JAKIM
Doa Ketika Cuaca Panas – JAKIM لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، مَا أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ
(La Ilaha illa Allah, Mā asyadda Harra Hazal Yaum, Allahumma Ājirni min Harri Jahannam)
Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu. 
Sunnah Rasulullah & Apa Yang Perlu Dilakukan Semasa Cuaca Kemarau 1. Berdoa untuk Hujan Rasulullah SAW mengajarkan umatnya untuk berdoa memohon hujan ketika cuaca kemarau melanda. Beliau sendiri sering kali melakukan doa istisqa’ atau doa meminta hujan kepada Allah SWT untuk mengakhiri kemarau.
> Doa Istisqa’ اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا سُقِيَا رَحْمَةٍ وَلاَ سُقْيَا عَذَاب ٍوَلاَ مَحْقٍ وَلاَ بَلاَءٍ وَلاَ هَدَمٍ وَلاَ غَرْقٍ اللَّهُمَّ عَلَى الظِّرَابِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثاً مُغِيْثا،ً هَنِيْئاً مَرِيْئاً مَرِيْعاً، غَدَقاً مُجَلَّلاً عَاماً، دَائِماً إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ اللَّهُمَّ اسْقِنَا الغَيْثَ وَلاَ تَجْعَلْنَا مِنَ القَانِطِيْنَ اللَّهُمَّ إِنَّ بِالعِبَادِ وَالبِلاَدِ وَالْبَهَائِمِ وَالخَلْقِ مِنَ الجُهْدِ وَالجُوْعِ وَالضَّنْكِ مَا لاَ نَشْكُوْ إِلاَّ إِلَيْكَ اللَّهُمَّ أَنْبِتْ لِنَا الزَّرْعَ وَأَدِرَّ لَنَا الضَّرْعَ وَاسْقِنَا مِنْ بَرْكَاتِ السَّمَاءِ وَأَنْبِتْ لَنَا مِنْ بَرْكَاتِ الأَرْضِ اللَّهُمَّ وَاكْشِفْ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَكْشِفُهُ غَيْرُكَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ كُنْتَ غَفَّاراً فَأَرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْنَا مِدْرَاراً
Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah hujan itu rahmat, bukan azab, bukan kemusnahan, bukan bala, bukan kehancuran dan bukan kebanjiran. Ya Allah! Turunkanlah hujan ke atas bukit, kawasan berpasir, kawasan tumbuh-tumbuhan dan kawasan lembah. Ya Allah! Turunkanlah hujan di sekeliling kami bukan di atas kami. Ya Allah! Turunkanlah hujan yang menyelamatkan kami daripada kegetiran. Hujan yang menyegarkan dan menyuburkan, hujan yang turun lebat di merata bumi, hujan yang sentiasa mendatangkan manfaat sehingga hari kiamat. Ya Allah! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah Engkau jadikan kami golongan yang berputus asa. Ya Allah! Sesungguhnya hamba-hamba-Mu dan negara ini telah didatangi kesukaran, kesempitan hidup dan kelaparan. Kami tidak mengadu melainkan kepada-Mu. Ya Allah! Tumbuhkanlah tanam-tanaman kami, banyakkanlah susu ternakan kami, turunkanlah kepada kami keberkatan daripada langit, dan tumbuhkanlah bagi kami dari bumi tanaman yang berkat. Hindarkanlah bala bencana daripada kami yang tiada sesiapa yang boleh menghindarkannya selain-Mu. Ya Allah! Kami memohon ampun kepada-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, maka turunkanlah hujan yang lebat ke atas kami.”
Riwayat al-Bukhari (967) dan Muslim (897)
2. Memperbanyak Sedekah dan Amal Kebaikan Di dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menekankan pentingnya bersedekah dan melakukan amal kebaikan. Baginda menyatakan bahawa sedekah dapat mengundang rahmat Allah dan menghilangkan bala.
3. Bersyukur atas Nikmat yang Ada Rasulullah SAW mengajarkan umatnya untuk sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan, termasuk apabila cuaca kemarau berlaku. Dengan bersyukur Allah pasti akan menambah nikmatNya.
4. Tidak Boros Menggunakan Air Rasulullah sangat berhemah dalam menggunakan air walaupun berwudhu apatah lagi semasa cuaca kemarau. 
Diriwayatkan daripada Ibn Jabr bahawa beliau mendengar daripada Anas R.A, katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْسِلُ، أَوْ كَانَ يَغْتَسِلُ، بِالصَّاعِ إِلَى خَمْسَةِ أَمْدَادٍ، وَيَتَوَضَّأُ بِالمُدِّ
Maksudnya: “Nabi SAW mandi menggunakan satu gantang air (bersamaan empat hingga lima cupak air), dan Baginda berwuduk dengan menggunakan satu cupak air.”
5. Menjaga Kesihatan  Pastikan juga anda menjaga kesihatan semasa cuaca kemarau dengan minum air yang mencukupi, menjaga diri daripada sinar matahari berlebihan dan menjaga kebersihan diri. 
6. Beristighfar & Bertaubat Dengan taubat dan istighfar, Allah boleh mengubah dari keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik dan berkeuntungan. 
Firman Allah SWT:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ﴿١١﴾ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا
Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
(Surah Nuh: 10-12)
Sumber:
Bahagian Dakwah, Jakim  AL-KAFI #1170: FENOMENA PANAS MELAMPAU: DOSA ATAU UJIAN ALLAH SWT – Mufti Wilayah Persekutuan. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-ketika-cuaca-panas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-ketika-cuaca-panas

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengenal Fenomena Equinox Penyebab Cuaca Panas Di Pulau Bintan Kepri

Mengenal Fenomena Equinox Penyebab Cuaca Panas Di Pulau Bintan Kepri

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 467 hits
Suhu udara maksimum yang tercatat di Pulau Bintan mencapai 33 6 derajat Celcius
Cuaca Panas Melanda Negara Kpm Benarkan Murid Guru Pakai Pakaian Sukan

Cuaca Panas Melanda Negara Kpm Benarkan Murid Guru Pakai Pakaian Sukan

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 292 hits
Bukan hanya memudahkan paling utama memberi keselesaan kepada murid murid selepas semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan diminta untuk memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid guru dan anggota kumpulan pelaksana ...
Cuaca Panas Kering Hingga April 2024

Cuaca Panas Kering Hingga April 2024

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 306 hits
Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga Mac 2024 dan ia adalah adalah fenomena berulang pada Feb hingga Mei setiap tahun Jaga kesihatan baik baik ya semua
Doa Rasulullah Saw Ketika Berbuka Puasa

Doa Rasulullah Saw Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 354 hits
Untuk bulan Ramadan ni aku decide nak kongsi doa doa untuk semua Semoga bermanfaat buat semua yang membaca dan sama samalah kita membaca Baru terlintas idea nak buat koleksi doa macam ni Baca Kisah NabiNabi Muhammad Memenangkan Perang Badar...
Doa Nabi Yunus Kelebihan Diamalkan Ketika Kesempitan

Doa Nabi Yunus Kelebihan Diamalkan Ketika Kesempitan

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 255 hits
Doa Nabi Yunus merupakan zikir atau istighafar yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun Disebalik doa tersebut terdapat kelebihan terutamanya boleh diamalkan ketika berada dalam kesusahan Kisah Nabi Yunus AS sangat terkenal d...
Doa Sambutan Maulidur Rasul Jakim

Doa Sambutan Maulidur Rasul Jakim

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 238 hits
CONTOH DOA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL APA KEBAIKAN MAJLIS MAULIDUR RASUL Semasa diadakan majlis Maulidur Rasul akan dimulakan dengan pembacaan Al Quran doa selawat pembacaan Sirah Nabi qasidah dan mada ih ke atas Nabi menyampaikan dan belajar ...
Himpunan Doa Pengasih Agar Disukai Dan Dikasihi Bakal Mertua Ketika Datang Beraya Pertama Kali

Himpunan Doa Pengasih Agar Disukai Dan Dikasihi Bakal Mertua Ketika Datang Beraya Pertama Kali

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 260 hits
Jom amal doa pengasih agar disukai dan dikasihi bakal mertua Mungkin ramai yang diantara kita bakal berjumpa dengan bakal mertua lagi lagi di pagi raya Mempunyai mertua idaman adalah harapan kebanyakan orang lagi lagi untuk menantu perempua...
Video Panas Dpr Cecar Bos Pt Timah Soal Kasus Korupsi Rugikan Negara Rp271 T Omongan Mahfud Ikut Dibahas

Video Panas Dpr Cecar Bos Pt Timah Soal Kasus Korupsi Rugikan Negara Rp271 T Omongan Mahfud Ikut Dibahas

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 117 hits
Anggota DPR Amin Ak sampai keras mencecar Bos PT Timah terkait kasus korupsi rugikan negara Rp271 triliun melibatkan banyak pengusaha
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah