Doa Sahih Berbuka Puasa Serta Maksudnya 2024
Doa Sahih Berbuka Puasa Serta Maksudnya 2024 5
Menyegerakan berbuka puasa serta membaca doa sebelumnya adalah termasuk di dalam bahagian sunnah-sunnah nabi ketika berpuasa.
Oleh itu, bagaimanakah bacaan sahih doa berbuka puasa dan apakah keutamaannya ? Berikut artikel ini akan merungkai perbahasan yang lengkap.
Sabdaan Nabi Tentang Kebaikan Menyegerakan Berbuka Puasa.
Nabi Muhammad SAW bersabda : Manusia tetap dalam kebaikan selagimana menyegerakan berbuka puasa. (Muttafaq ‘alaih)
Kita disunnahkan untuk segera berbuka puasa apabila matahari dengan jelas telah terbenam. Dianjurkan untuk berbuka puasa dengan kurma, dan jika tiada, boleh berbuka dengan minum air terlebih dahulu. Doa berbuka puasa dibaca selepas mengambil kurma dan/atau minum air atau ianya boleh dibaca selepas berbuka puasa, mengikuti tradisi Abdullah bin Umar.
Doa Pada Waktu Mustajab Sebelum Berbuka Puasa
Secara umum, rata-rata umat Islam telah mengetahui lafaz niat berpuasa yang biasa dibacakan terutamanya sewaktu kedatangan bulan suci Ramadan. Terdapat satu waktu yang mustajab untuk berdoa yaitu pada saat menjelang untuk berbuka puasa dan makan ketika sahur yang mana jika berdoa pada waktu tersebut , tidak akan ditolak oleh Allah SWT. Tetapi, terdapat banyak lagi kaum muslimin dan muslimat yang tidak mengetahui tentang itu ataupun tahu tapi mengabaikannya.
Akan tetapi ada sebahagian lafaz doa sebelum berbuka puasa yang agak kurang masyhur di kalangan Umat Islam khususnya di Malaysia walaupun sebenarnya ianya adalah lafaz doa berbuka puasa yang mempunyai sandaran hadis sahih.
Memanfaatkan Waktu Mustajab Berdoa
Orang-orang di Mekah dan Madinah sejam sebelum azan Maghrib sudah menadahkan tangan ke langit memohon doa agar diberikan kemudahan dari setiap hajat dan permintaan. Mereka berdoa dengan penuh khusyuk dengan sepenuh keyakinan sehinggakan air mata tidak terasa mengalir deras!
Umat Islam sebahagiannya melakukan kesalahan dengan mengabaikan waktu mustajab untuk berdoa dengan sibuk mempersiapkan juadah menjelang azan maghrib walhal pada waktu-waktu tersebut terdapat keberkatan.
Oleh itu, admin akan melampirkan beberapa lafaz doa sebelum berbuka puasa yang boleh diamalkan untuk dibaca pada waktu-waktu mustajab berdoa.
Lafaz Doa-Doa Sebelum Berbuka
Berikut dikongsikan doa-doa yang boleh dibaca dan diamalkan menjelang waktu berbuka.
Lafaz 1
Terdapat hadith di dalam Sunan Abi Daud:
Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah”. [Riwayat Abu Daud (2357)][Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan]
Lafaz 2
Doa yang biasanya dibaca dalam masyarakat kita khususnya di Malaysia daripada Muaz Bin Zuhrah , baginda SAW telah bersabda :
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka. [Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini]
Doa Berbuka Puasa Ketika Sendirian Ataupun Beramai-Ramai
Terdapat doa yang dibaca ketika sendirian dan beramai ketika berbuka yang diamalkan oleh masyarakat islam khususnya di Malaysia.
Antaranya ialah :
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Yang bermaksud :
Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Doa Ketika Beramai-Ramai berbuka puasa pula ialah :
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Yang Bermaksud :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”
Berdoa Bukan Sahaja Ketika Berbuka Puasa
Bagi kesimpulan terhadap panduan-panduan lafaz doa diatas, memetik nukilan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, beliau berkata bahawa kita umat Islam dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT tidak hanya terbatas menjelang waktu mustajab sahaja akan tetapi dalam apa jua keadaan sekalipun.
Hal ini kerana, beliau berpandangan bahawa setiap orang boleh dan dibolehkan untuk berdoa dalam apa jua keadaan selagi maksud dan makna doa tersebut tidak bertentangan dengan al-quran dan hadith tanpa meyandarkannya kepada Rasulullah SAW.
Bilakah waktu mustajab berdoa waktu puasa?
menjelang waktu berbuka dan sahur
Apakah doa berbuka puasa?
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Adab-Adab Berdoa ?
1. Dimulakan dengan memuji Allah
2. Dalam keadaan berwuduk
3. Memahami isi doa
Sunnah ketika berbuka ?
1. segerakan berbuka
2. buka puasa dengan kurma terlebih dahulu
3. minumlah air
Niat Puasa Harian ?
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/doa-sahih-berbuka-puasa.html