Doa Pelindung Diri Agar Dijauhkan Daripada Bahaya Kejahatan Makhluk


Doa Pelindung Diri – Agar Dijauhkan Daripada Bahaya & Kejahatan Makhluk
Sebagai seorang Muslim, kita dianjurkan untuk sentiasa mengamalkan doa-doa dalam kehidupan seharian termasuklah doa pelindung diri. 
Doa pelindung diri adalah merupakan doa bagi memohon perlindungan daripada segala bahaya, fitnah, gangguan dan kejahatan makhluk (manusia, haiwan, jin, dll) yang boleh memberi ancaman kepada diri seseorang. Ia juga termasuk perlindungan daripada seksa api neraka dan fitnah dajjal.
Doa pelindung diri adalah sebuah doa yang mencerminkan keyakinan umat Islam bahwa hanya Allah yang memiliki kekuatan untuk melindungi dan menyelamatkan kita daripada segala perkara buruk/bahaya. 
BACA JUGA: Doa Nabi Ayub – Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit
Senarai Doa Pelindung Diri  DOA 1: Ayat Kursi (Surah Al Baqarah, 255) اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Maksud: 
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”.
DOA 2: 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas) 1. Surah Al-Ikhlas
Maksud: 
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada siapapun yang setara denganNya”.
2. Surah Al-Falaq
Maksud:
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
“Dari kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
3. Surah An-Nas
Maksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
“Yang Menguasai sekalian manusia,
“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, 
“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, –
“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
DOA 3: Agar Dilindungi Daripada Kejahatan Semua Makhluk أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Maksud: 
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan ciptaan-Nya.”
(HR. Muslim no. 2709 dan Ahmad no. 2/290)
DOA 4: Agar Dilindungi Binatang Buas & Penyakit ‘Ain أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
Maksud:
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari semua setan dan binatang buas, serta dari pandangan mata yang membawa keburukan” 
(HR. Bukhori)
DOA 5: Agar Dilindungi Daripada Bisikan & Kejahatan Syaitan أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ وَمِنْ شَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنِ
Maksud:
“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari murka-Nya, kejahatan para hamba-Nya, dan godaan setan. Aku pun berlindung kepada-Nya dari kepungan setan itu.”
DOA 6: Agar Dilindungi Daripada Bala, Takdir Buruk اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوْءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ.
Maksud:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari susahnya bala (bencana), hinanya kesengsaraan, keburukan qadha’ (takdir), dan kegembiraan para musuh.” 
(HR Bukhari dan Muslim).
DOA 7: Agar Dilindungi Daripada Seksa Neraka رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksud:
“Ya Tuhan, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta selamatkanlah kami daripada seksa api neraka.”
DOA 8: Agar Dilindungi Daripada Api Neraka & Fitnah Dajjal اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِجَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
Maksud: 
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal.” (HR Bukhari dan Muslim)
DOA 9: Agar Dilindungi Daripada Segala Bahaya yang Tidak Diketahui بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فىِ اْلاَرْضِ وَلاَ فىِ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعِ اْلعَلِيْمِ
Maksud:
“Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
DOA 10: Surah Ali-Imran, Ayat 173 حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Maksud: 
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung“.
DOA 11: Agar Dilindungi Daripada Maksiat اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي وَمِنْ شَرِّ مَنِيِّي
Maksud:
“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan pendengaranku, kejahatan pandanganku, kejahatan kata-kataku, kejahatan hatiku dan kejahatan kemaluanku.”
 (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1551 & al-Tirmizi, no. 3492)
Rujukan: 
https://quran.com/ https://www.surah.my/ 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-pelindung-diri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-pelindung-diri

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Tenang Cak Imin Dan Kiai Pendukungnya Doa Bersama Agar Pemilu Jujur

Masa Tenang Cak Imin Dan Kiai Pendukungnya Doa Bersama Agar Pemilu Jujur

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 255 hits
Mendoakan Indonesia agar mampu mengatasi berbagai kesulitan yang dihadapi rakyatnya
Doa Barang Hilang Memohon Agar Barang Ditemui Semula

Doa Barang Hilang Memohon Agar Barang Ditemui Semula

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 212 hits
Doa Barang Hilang Memohon Agar Barang Ditemui Semula Pernah tak cari barang tak jumpa jumpa Dah puas cari sana sini setiap sudut dah cari tapi tak jumpa jumpa Mesti letih dan geram kan Lebih lebih lagi kalau barang tu barang yang berharga a...
Doa Rabitah Memohon Agar Dikuatkan Ikatan Hati

Doa Rabitah Memohon Agar Dikuatkan Ikatan Hati

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 311 hits
Doa Rabitah Memohon Agar Dikuatkan Ikatan Hati Setiap manusia mempunyai hati dan fikiran masing masing Ini menandakan bahawa sudah pasti terdapat perbezaan yang wujud Walaupun perbezaan tersebut menjadikan seseorang tersebut unik dan istime...
Doa Murah Rezeki Amalan Agar Rezeki Melimpah Ruah

Doa Murah Rezeki Amalan Agar Rezeki Melimpah Ruah

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 367 hits
Doa Murah Rezeki Amalan Agar Rezeki Melimpah Ruah Rezeki adalah merupakan apa sahaja nikmat dan kurniaan Allah SWT kepada hambaNya Ia tidak terhad kepada wang ringgit atau harta semata mata tetapi kesihatan ilmu pengetahuan perlindungan keb...
Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah

Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 294 hits
Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah Nabi Sulaiman adalah merupakan salah satu nabi yang termasuk dalam senarai 25 rasul yang wajib diketahui Seperti nabi nabi yang lain nabi Sulaiman juga dikurniakan mukzikat oleh Allah ...
Punca Azeem Fahmi Tarik Diri Mengejut Terjawab

Punca Azeem Fahmi Tarik Diri Mengejut Terjawab

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 201 hits
Punca pelari pecut negara Azeem Fahmi menarik diri ketika Kejohanan Jemputan Dalam Dewan Clemson Tiger Pow 2024 akhirnya diketahui Perkara ini dikongsikan jurulatihnya sebelum ini Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah nbsp ketika diminta mengula...
Hiburan Tempat Kena Laknat Tempat Lain Teruk Dikecam Bercuti Di Al Ula Usahawan Terkenal Tampil Pertahankan Diri

Hiburan Tempat Kena Laknat Tempat Lain Teruk Dikecam Bercuti Di Al Ula Usahawan Terkenal Tampil Pertahankan Diri

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 280 hits
Baru baru ini usahawan yang dikenali sebagai Nini Comel teruk dikecam netizen susulan berkongsikan video dirinya bercuti di Al Ula Arab Saudi Kata netizen ia merupakan tempat yang dilarang untuk bercuti tetapi masih ada yang degil untuk kun...
Jumpa Permata Bernilai Rm13 8 Juta Lelaki Ini Kekalkan Sifat Rendah Diri Habiskan Semuanya Untuk Penduduk Setempat

Jumpa Permata Bernilai Rm13 8 Juta Lelaki Ini Kekalkan Sifat Rendah Diri Habiskan Semuanya Untuk Penduduk Setempat

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 259 hits
Meskipun dirinya sudah menjadi jutawan dan kaya raya namun lelaki pelombong ini tidak lupa diri Saniniu Kuryan Laizer seorang pelombong dari Tanzania mencapai kekayaan sekelip mata apabila menemui batu permata paling berat di dunia Laizer y...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers

Siti Kasim Snubs Teo Kok Seong For His Slave Mentality By Wanting To Uphold Ketuanan Melayu

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord