Doa Orang Teraniaya Hadis Mustajab Doa Doa Ketika Dizalimi
Orang-orang teraniaya atau orang-orang yang dizalimi merupakan antara golongan yang jika mereka berdoa, walau sejahat manapun permintaan mereka, akan dimakbulkan doa-doa mereka tersebut oleh Allah S.W.T.
Malah perkara ini telah banyak disebut dalam hadis. Antaranya dalam riwayat Ahmad yang menyatakan:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya).”
(hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani)
Di dalam artikel ini akan kami jelaskan serba sedikit berkenaan peristiwa, hadis, dan hukum yang melibakan doa orang-orang teraniaya ini. Untuk mengetahui lebih lagi teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.
Hadis Berkenaan Mustajab Doa Orang Teraniaya
Golongan teraniaya merupakan antara golongan yang mustajab doa-doanya, dan perkara ini telah diungkapkan oleh Rasulullah S.A.W dan boleh dilihat dalam beberapa hadis di bawah:
“Takutlah kamu doa orang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang),”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Walau sejahat manapun orang dianaya itu, doa mereka ke atas orang yang melakukan penganayaan ke atas mereka masih akan dimakbulkan. Perkara ini dapat dilihat dalam riwayat Ahmad, dimana Baginda telah bersabda:
“Doa orang yang dizalimi mustajab, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya,”
Doa orang bukan Islam yang dianiaya juga akan dimakbulkan Allah S.W.T:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya).
(hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Oleh itu, sebagai umat Islam janganlah kita melakukan penganiyaan ke atas manusia dan benda-benda hidup yang lain.
Sumber: Indahnya Islam
Kisah Sahabat Nabi Yang Dizalimi
Antara bukti keberkesanan doa orang yang teraniaya ini boleh kita lihat dari kisah sahabat Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama Saad bin Abi Waqqas. Sahabat baginda ini telah difitnah oleh Usamah bin Qatadah.
Disebabkan fitnah tersebut beliau telah berdoa kepada Allah S.W.T dan meminta tiga perkara seperti yang dinyatakan dalam hadis riwayat dibawah:
“Demi Allah, saya ingin berdoa meminta tiga perkara: ‘Ya Allah, jika hamba-Mu ini berbohong, bangun memfitnah kerana riyak dan inginkan nama, maka panjangkan umurnya, panjangkan kefakirannya dan dedahkan dia dengan bala bencana.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Allah S.W.T telah memakbulkan doa Saad bin Abi Waqqas. Perkara ini telah dilihat oleh perawi hadis tersebut yang telah bertemu seorang lelaki tua di Kufah yang sering mengganggu anak-anak perempuan dan sentiasa mengemis di jalanan.
Apabila ditanya kenapa pengemis itu mengapa ia menjadi sebegitu teruk. Lelaki tua itu menjawab “Aku jadi begini kerana aku terkena doa orang yang difitnah. Dulu aku memfitnah sahabat Nabi bernama Saad bin Abi Waqqas. Dia berdoa kepada Allah, maka hari ini kamu melihat aku dihina sebegini kerana doa Saad bin Abi Waqqas.”
Selain itu juga, balasan bagi orang yang dizalimi ini juga boleh dilihat dari kisah-kisah kaum terdahulu yang mendzalimi nabi utusan Allah S.W.T:
Hadis Larangan Melakukan Perkara Zalim
Jelas daripada kisah di atas, perbuatan menzalimi orang lain ini sangat perlu kita jauhi kerana balasan yang diberikan mungkin akan terus diberikan di dunia ini. Berikut merupakan beberapa hadis yang menyatakan larangan menzalimi orang lain:
Rasulullah S.A.W ada bersabda:
اتَّقوا الظلم . فإِنَّ الظُّلم ظلمات يومَ القيامةِ
Maknanya: “Jauhilah kezaliman karena kezaliman adalah kegelapan di hari kiamat”
HR. Al Bukhari no. 2447, Muslim no. 2578
Perbuatan zalim sangatlah dilarang, bahkan kepada orang kafir dan kepada binatang sekalipun tidak diperkenankan berbuat zalim.
Rasulullah saw telah bersabda:
لَوْ غُفِرَ لَكُمْ مَا تَأْتُونَ إِلَى الْبَهَابِمِ, لَغُفِرَ لَكُمْ كَثِيرًا
Artinya: “Andaikan perbuatan yang kalian lakukan terhadap binatang itu diampuni, maka ketika itu diampuni banyak dosa (HR. Ahmad 6/441, dihasankan al-Bani dalam Silsilah Ahadits Shahihah, 2/41-42).
Doa Supaya Tidak Dizalimi & Doa Ketika Dizalimi
Sebagai manusia, kita tidak lari daripada kesilapan, sama ada daripada melakukannya atau menjadi mangsa kesilapan tersebut. Sebagai langkah berhati-hati kita boleh mengamalkan doa dibawah bagi melindungi diri daripada melakukan penganiyaan dan daripada dianiaya orang lain:
Namun begitu, jika kita telah pun dianiaya orang lain, kita boleh membaca doa di bawah, agar kita diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian tersebut:
Diharapkan artikel ini dapat membantu anda memahami tentang bertapa mustajabnya doa orang-orang yang dianiaya ini. Untuk mengetahui lebih lagi anda juga boleh membaca buku bertajuk Dasyatnya Doa Orang Teraniya.
Baca juga: Rukun & Bacaan Dalam Solat Jenazah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/doa-orang-teraniaya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-orang-teraniaya