Doa Mustajab Waktu Bulan Mengelilingi Kaabah Mesej Palsu


Oleh ZAKI SALLEH MESEJ tular yang mengaitkan peristiwa bulan mengelilingi Kaabah dengan waktu doa mustajab.IPOH: Mesej tular dalam media sosial yang mengaitkan peristiwa bulan mengelilingi Kaabah dengan waktu doa mustajab adalah palsu, tidak boleh dipercayai dan menyebar maklumat mengelirukan.
Ini kerana tiada sumber nas sama ada daripada al-Quran atau hadis yang meriwayatkan hal itu dengan merujuk kepada waktu bulan mengelilingi Kaabah sebagai waktu mustajab berdoa.
Jabatan Mufti Perak dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan kedudukan dan orbit bulan yang mengelilingi bumi, tidak mungkin untuk bulan mengelilingi Kaabah seperti didakwa kerana ia bercanggah dengan sunnatullah.
Menurut kenyataan itu, mesej sama telah berulang kali ditularkan setiap tahun, malah disandarkan pula kepada penceramah, pendakwah atau individu yang tidak tahu menahu akan hal tersebut.
“Cerita seumpama itu pernah dikaitkan dengan individu tertentu seperti bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Datuk Mazlan Othman.
“Turut dikaitkan ialah dengan penceramah terkenal, Mufti Ismaik Menk namun telah dinafikan.
“Tahun ini ia dikaitkan pula dengan penceramah lain seperti Ustaz Abdul Somad (penceramah agama dari Indonesia) yang sebenarnya telah tular dan pernah dinafikannya pada tahun 2019,” kata kenyataan tersebut.
Antara kandungan mesej yang tular itu ialah ‘malam nanti pada pukul 3.25 pagi bulan akan mengelilingi kaabah dan langit akan berwarna biru muda, inilah saat penerimaan doa, taubat, munajat yang terjadi 100 ribu tahun sekali’.
Sehubungan itu, sebagai Muslim yang berakhlak, wajarlah orang ramai meneliti setiap kenyataan yang diterima sebelum disampaikan kepada orang lain.
Dalam kenyataan sama, Jabatan Mufti Perak berkata, kedudukan sebenar ketika ini bulan berada dalam fasa bulan penuh bersamaan fenomena bulan istimewa iaitu berada tepat di atas Kaabah.
Katanya, ia berlaku pada 16 Jamadilakhir iaitu 29 Januari pada pukul 5.43 pagi waktu Malaysia dan 12.43 pagi waktu Arab Saudi.
“Fenomena ini jarang berlaku namun ia menepati ilmu falak dan akan berulang lagi pada 15 Rabiulakhir iaitu 20 November depan.
“Ia menyamai fenomena Istiwa A’dzam ketika matahari tegak di atas Kaabah di mana kita berpeluang menyemak arah kiblat.
“Meskipun begitu, ia masih tiada kaitan dengan waktu mustajab doa sepertimana dihebohkan di media sosial,” kata kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/doa-mustajab-waktu-bulan-mengelilingi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Qalby App Mizz Nina Apps Solat Al Quran Arah Kiblat Waktu Solat Azan Dan Doa Terbaik Untuk Muslim

Qalby App Mizz Nina Apps Solat Al Quran Arah Kiblat Waktu Solat Azan Dan Doa Terbaik Untuk Muslim

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 858 hits
Qalby app aplikasi by yang telah dilancarkan sejak bulan Disember 2020 yang lepas Qalby app berkonsepkan gaya hidup Muslim terbitan Mizz Nina sendiri Ada e journal waktu solat arah kiblat Azan bacaan Al Quran Koleksi doa Qalby TV dan banyak...
Gadis Ini Berhasil Hafalkan 30 Juz Al Qur An Dalam Waktu 6 Bulan Saat Lockdown

Gadis Ini Berhasil Hafalkan 30 Juz Al Qur An Dalam Waktu 6 Bulan Saat Lockdown

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 245 hits
Dalam masa lockdown berbagai kegiatan pun dilakukan ketika dirumahaja Seperti meneruskan hobi memasak berkebun hingga menonton serial favorit Ada juga yang menjadi rutin setiap hari berolahraga sepeda dan jogging Seputar memanfaatkan waktu ...
Berdoa Di Waktu Mustajab Adalah Saat Sujud Begini Aturannya

Berdoa Di Waktu Mustajab Adalah Saat Sujud Begini Aturannya

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 292 hits
Setiap muslim dianjurkan untuk selalu berdoa Berdoa adalah meminta sesuatu yang baik kepada Allah agar keinginannya bisa terpenuhi dan supaya apa yang kita inginkan itu bisa diijabahi oleh Allah Berdoa boleh dilakukan di mana dan kapan saja...
Syukur Allah Beri Rezeki Sekali Lagi Hamil 7 Bulan Azrinaz Mazhar Hakim Mohon Doa Dipermudahkan

Syukur Allah Beri Rezeki Sekali Lagi Hamil 7 Bulan Azrinaz Mazhar Hakim Mohon Doa Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 515 hits
Tahniah diucapkan buat selebriti Azrinaz Mazhar Hakim yang mengumumkan kehamilan keempatnya semalam Melalui instagramnya Azrinaz menyampaikan khabar gembira itu kepada seluruh pengikutnya dengan turut berkongsi beberapa keping gambarnya ket...
Mesej Sop Ketat Adalah Palsu Kkm

Mesej Sop Ketat Adalah Palsu Kkm

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 281 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan menegaskan mesej tular dalam dalam media sosial konon mengenai prosedur operasi standard yang lebih ketat bermula 4 Februari ini adalah palsu Justeru orang ramai diminta berhati hati dan tidak menyebarkannya ...
Himpunan Resipi Untuk Bayi 7 12 Bulan Cukup Khasiat Memang Superb Sedap

Himpunan Resipi Untuk Bayi 7 12 Bulan Cukup Khasiat Memang Superb Sedap

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 259 hits
Pemakanan yang sihat adalah kunci kepada perkembangan dan kecergasan anak anak Jadi ibu bapa memainkan peranan dalam memberikan makanan yang segar sihat serta penuh dengan nutrisi untuk anak anak Namun pemilihan makanan juga haruslah tepat ...
Tertekan Punca Bersalin Awal Anak Tak Cukup Bulan Doktor Ini Pesan Jaga Kesihatan Sebelum Hamil

Tertekan Punca Bersalin Awal Anak Tak Cukup Bulan Doktor Ini Pesan Jaga Kesihatan Sebelum Hamil

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 350 hits
Kelahiran pramatang bermaksud atau kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 36 Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka Tentu sahaja tiada sesiapa yang mahu melaluinya kerana kelahiran pramatang i...
Zarina Anjoulie Bercerai Selepas Enam Bulan

Zarina Anjoulie Bercerai Selepas Enam Bulan

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 397 hits
Hanya selepas enam bulan berkahwin pelakon Zarina Anjoulie 34 bercerai dengan suaminya Eilyas Azhar Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul menerusi satu hantaran video di Instagram hari ini berkata keputusan untuk ...
Tedia Remaja Hamilkan Adik Sendiri Dipenjara 32 Bulan

Tedia Remaja Hamilkan Adik Sendiri Dipenjara 32 Bulan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 505 hits
Sabtu 30 Januari 2021 7 00 AMPeristiwa itu menyebabkan mangsa mengalami penderaan emosi sehingga dia dewasa SEORANG lelaki dipenjara 32 bulan gara gara menghamilkan adik perempuannya sendiri Menerusi pendedahan kes yang berlaku pada tahun 1...
Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma

Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban

Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati