Doa Mohon Kepimpinan Yang Baik


Hari mengundi hampir tiba. Dah semak daftar pemilih dan calon Pilihan Raya tempat masing-masing. Kalau belum, silalah berbuat demikian semak di MySPRSemak dan boleh menimbang keputusan nak memangkah calon pemimpin yang baik.

Suasana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agak tegang suasana politiknya. Parti semakin membiak dan calonnya semakin ramai. Marilah kita titipkan doa. mohon kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 
Beberapa doa yang sesuai dibaca oleh kita semua agar Allah SWT mengurniakan kepada kita pemimpin dan kepimpinan yang baik

sumber : JAKIM
Doa mohon kepimpinan yang baikLantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik dalam kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk dalam kalangan kami.

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Doa 1

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya :
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. –Surah al-Furqan (74)
Ibn Kathir dalam menjelaskan maksud “وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا” (dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa), menukilkan pendapat Ibn Abbas, al-Hasan, al-Suddi, Qatadah dan al-Rabi’ bin Anas yang berkata: “Iaitu para pemimpin yang diteladani dalam kebaikan.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/134)

Syeikh al-Maraghi pula menyebut: Mereka juga memohon agar Allah SWT menjadikan mereka sebagai pemimpin yang diteladani ketika menegakkan panji-panji agama dengan menganugerahkan ilmu yang luas serta memberinya taufik bagi mengerjakan amal soleh. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 10/4902)

Doa 2

اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا

Maksudnya :Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.
Doa 3

اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين

Maksudnya :
Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Doa 4

اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ فِيْنَا وَلَا يَرْحَمُنَا

Maksudnya :
Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan pemimpin kami – disebabkan dosa-dosa kami – orang yang tidak takut kepada-Mu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami.
Doa 5

اللَّهُمَّ أَبْعِدْ عَنْهُمْ بِطَانَةَ السُّوْءِ وَالْمُفْسِدِيْنَ ، وَقَرِّبْ إِلَيْهِمْ أَهْلَ الْخَيْرِ وَالنَّاصِحِيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya :Ya Allah! Jauhkanlah daripada mereka (para pemimpin kami) teman rapat yang jahat dan yang merosakkan. Dekatkanlah kepada mereka orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Doa 6

اللَّهُمَّ أَلْهِمْنَا رُشْدَنَا ، وَأَعِذْنَا مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا

Maksudnya :Ya Allah! Ilhamkanlah kepada kami kecerdasan dan petunjuk, serta lindungilah kami dari kejahatan nafsu kami.
Semoga dengan doa ini akan menjadikan diri kita sentiasa berpaut kepada Allah, Tuhan yang Mentadbir sekalian alam, agar kita semua sentiasa berada dalam kebaikan, keamanan dan ketakwaaan di samping Malaysia menjadi negara yang makmur dan harmoni serta kasih sayang antara rakyatnya

Begitu juga dikurniakan dengan pemimpin dan kepimpinan yang baik, berintegriti serta mampu melaksanakan tugasan dengan amanah dalam mentadbir negara. Aamiin...

Doa ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Imran bin Husain R.A, bahawa Nabi SAW pernah mengajar bapanya, dua kalimat yang dibaca di dalam doa :

اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي، وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي

Maksudnya :
Wahai Allah! Ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.
Riwayat al-Tirmizi (3483), al-Tabarani dalam al-Du’a (1393), al-Bazzar (3580) dan al-Baihaqi dalam al-Asma' wa al-Sifat (894)

Syeikh al-Mubarakfuri menyebut, yakni berikanlah taufik padaku kepada al-rusyd iaitu petunjuk kepada kebaikan. Dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku, yakni peliharalah aku dari kejahatannya di mana ia adalah tempat tumbuhnya perkara-perkara yang keji. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 9/455)
sumber : muftiwp

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/11/doa-mohon-kepimpinan-yang-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nampak Anak Anak Selesa Shuib Mohon Doa Yang Baik Baik Akui Dalam Fasa Berkawan

Nampak Anak Anak Selesa Shuib Mohon Doa Yang Baik Baik Akui Dalam Fasa Berkawan

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 130 hits
Doakan yang baik baik Begitu kata usahawan dan penyampai radio Shuib Sepahtu yang mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang wanita Semuanya demi empat cahaya matanya yang tersayang Enggan terus menafikan Shuib mengakui sedang berkawa...
Doa Yang Baik Untuk Kita Amalkan Setiap Hari

Doa Yang Baik Untuk Kita Amalkan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 344 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Doa Yang Baik Untuk Kita Amalkan Setiap Hari pula dengan korang Sebenarnya doa nie Kak Sue ambil dari buku Zikir Harian yang kawan hadiahkan pada Kak Sue beberapa tahun lepas Alhamdullil...
Peluang Untuk Cuci Nama Sebagai Insan Baik Walau Hidup Lama Sudah Nampak Semakin Jauh

Peluang Untuk Cuci Nama Sebagai Insan Baik Walau Hidup Lama Sudah Nampak Semakin Jauh

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 125 hits
IBRAHIM MAT ISABagi insan yang hidup terlalu lama di hujung usia dia merepek meraban tu normal Kata orang buang tebiat Dia berasa gagah walhal upayanya sudah terlalu lemah Kita doakan Tun supaya tenang selalu
Ka Siong Baik Lepaskan Jawatan Kerana Anda Gagal

Ka Siong Baik Lepaskan Jawatan Kerana Anda Gagal

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 70 hits
LRT 1 Sudah 5 hari sistem LRT terhenti Ini melibatkan 16 stesyen di pelbagai destinasi di Kuala Lumpur Saya tengok sejak Selasa lagi netizens took it to the social media Frustnya mereka terhadap Prasarana 2 Ramai yang kena tambah belanja ko...
Tak Berbaloi Stress Melampau Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik Ubahlah

Tak Berbaloi Stress Melampau Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik Ubahlah

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 97 hits
Kepenatan bekerja sepanjang hari ditambah pula dengan menguruskan hal rumah tangga dan anak anak buat ibu jadi terlampau penat Ditambah pula dengan masalah dan bebanan kerja yang tak pernah habis Ibu burn out penat yang terlampau Hati seora...
Penerimaan Baik Kaum Cina India Di Simpang Renggam Petanda Positif Terhadap Bn Kata Hasni

Penerimaan Baik Kaum Cina India Di Simpang Renggam Petanda Positif Terhadap Bn Kata Hasni

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 137 hits
PENERIMAAN kaum Cina dan India terhadap calon Barisan Nasional di Parlimen Simpang Renggam disifatkan agak memberangsangkan setelah beberapa pertemuan dilakukan sejak Sabtu Pengerusi BN Johor dan calon gabungan itu di kerusi berkenaan Hasni...
Dia Sanggup Duduk Bangun Fan Service Baik Song Jihyo Buat Peminat Malaysia Dipuji

Dia Sanggup Duduk Bangun Fan Service Baik Song Jihyo Buat Peminat Malaysia Dipuji

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 287 hits
Rasanya seperti mimpi apabila peminat di Malaysia dapat bertemu muka dengan Song Ji hyo dua hari ini ARTIKEL BERKAITAN Untuk pengetahuan ahli Running Man itu hadir di Tropicana Gardens Mall bagi pelancaran jenama kecantikan Glutanex di pasa...
Chae Soobin Adalah Selebriti Paling Baik Pernah Bekerja Dengan Saya Minho Shinee

Chae Soobin Adalah Selebriti Paling Baik Pernah Bekerja Dengan Saya Minho Shinee

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 120 hits
Pasti ramai yang menantikan gandingan Chae Soo bin dan Min ho SHINee dalam siri Netflix The Fabulous kan ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu The Fabulous mengisahkan mengenai impian cinta dan persahabatan dalam kalangan anak muda yang me...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku

Lirik Lagu Sufian Suhaimi Semua Tentangmu