Doa Memohon Rahmat Dari Muntakhab Ahadis
Assalamualaikum salam jumaat
Sempena hari jumaat yang mulia ni Syida nak kongsikan 1 doa yang MasyaAllah Tabararakallah sangat lengkap bagi kita seorang islam untuk kita baca selalu
Doa ni nabi baca waktu solat tahajud. Bila kita baca dan amalkan apa yang nabi buat InshaAllah ada pahala untuk kita kerana mengamalkan apa yang nabi buat(sunnah)
Doa ni sumber dari kitab Muntakhab Ahadis Hadis-Hadis Pilihan (muka surat 191-192)
163. Sayyidina Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa pada suatu malam ketika Rasulullah telah selesai solah tahajud beliau mendengar Baginda membaca,
اللهم إني أسألك رحمة من عندك ..... إلى الآخر
"Ya Allah, aku memohon daripada-Mu rahmat yang khusus yang dengan rahmat itu Engkau memberi petunjuk kepada hatiku, yang dengan rahmat itu Engkau memudahkan urusanku, yang dengan rahmat itu Engkau menjauhkan kesusahanku, yang dengan rahmat itu Engkau memperelok semua urusankusemasa ketiadaanku, yang dengan rahmat itu Engkau meninggikan darjat dan memuliakan perkara-perkara yang ada di sisiku, yang dengan rahmat itu Engkau mensucikan amalanku (daripada syirik dan riak), yang dengan rahmat itu Engkau mengilhamkan kepadaku perkara-perkara yang baik dan sesuai untukku, yang dengan rahmat itu Engkau mengembalikan kepadaku perkara-perkara yang aku kasihi, yang dengan rahmat itu Engkau memeliharaku daripada segala keburukan
Ya Allah, kurniakan kepadaku keyakinan dan keimanan yang tidak akan berlaku selepasnya kekufuran, dan kurniakan kepadaku rahmat yang aku mencapai dengan rahmat itu kemuliaan kehormatan-Mu di dunia dan akhirat.
Ya Allah, aku memohon daripada-Mu kejayaan dalam ketentuan-Mu, layanan untukku seperti layanan para syuhada dan kehidupan orang yang bahagia dan bantuan-Mu dalam menghadapi musuh.
Ya Allah, sesungguhnya aku membentangkan kepada-Mu hajatku yakni aku memerlukan rahmat-Mu walaupun akalku lemah untukmemahaminya dan amalanku lemah untuk mendapatkannya
Aku memohon daripada-Mu wahai Tuhan yang membereskan segala urusan dan yang mententeramkan segala hati, supaya Engkau memisahkan daku daripadaneraka sa’ir sebagaimana Engkau dengan kudrat-Mu memisahkan antara laut-laut (sehingga air yang masin tidak bercampur dengan air yang tawar) dan supaya Engkau memelihara daripada azab-azab yang dahsyat (sehingga apabila seseorangmelihat azab itu dia akan berdoa untuk mati) dan daripada azab kubur
Ya Allah, Tuhan sekalian alam, aku terlalu ingin dan aku memohon daripada-Mu dengan rahmat-Mu akan kebaikan yang Engkau telah janjikan kepada mana-mana hamba-Mu ataupun kebaikan yang Engkau akan beri kepada sesiapa daripada hamba-Mu sedangkan akalku lemah daripada memahami kebaikan itu dan niatku tidak dapat menjangkauinya dan aku pun tidak pernah memohon kebaikan itu
Wahai Allah, Tuhan yang mempunyai perjanjian yang kukuh dan pemilik kepada amalan yang benar, aku memohon kepada-Mù keamanan pada hari azab dan aku memohon (dimasukkan ke dalam) syurga padahari kiamat bersama orang-orang yang hampir dengan-Mu, yang hadir dalam penyembahan-Mu, yang banyak melakukan rukuk dan sujud dan sentiasa menunaikan janji.
Engkaulah Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihdan sesungguhnya Engkau melakukan apa-apa yang Engkau kehendaki.
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang menjadi petunjuk jalan yang lurus kepada orang lain sedangkan kami sendiri mendapat petunjuk.
Jangan jadikan kami orang-orangyang sesat serta menyesatkan orang lain.
Berdamai dengan kekasih-kekasih-Mu dan bermusuh dengan musuh-musuh-Mu.
Kami mengasihi orang-orang yangmengasihi-Mu demi kasih sayang-Mu itu dan kami memusuhi orang-orang yang menentang-Mu demi permusuhan-Mu (dengan mereka)
Ya Allah, ini hanyalah doaku dan penerimaannya terserah kepada-Mu.
Ini ialah usaha daripadaku
Kepada-Mulah aku berserah.
Ya Allah, jadikanlah nur dalam hatiku, nur dalam kuburku, nur di hadapanku, nur di belakangku, nur di kananku, nur di kiriku, nur di atasku, nur di bawahku yakni nur-Mu di sekelilingku, nur pada pendengaranku, nur pada penglihatanku, nur pada rambutku, nur pada kulitku, nur pada dagingku, nur pada darahku, nur pada tulang-tulangku.
Ya Allah, tambahkanlah nur bagiku dan kurniakanlah kepadakunur serta jadikanlah bagiku nur.
Maha Suci Allah, Tuhan yang memakai pakaian kemuliaan dan berfirman dengan kemuliaan.
Maha Suci Tuhan yang memakaipakaian kepujian dan bermurah hati dengannya.
Maha Suci Tuhan yang tidak layak sebarang pengkudusan kecuali kepada-Nya.
Maha Suci Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemurahan.
Maha Suci Tuhan yang memilikikebesaran dan kemuliaan.”
(Tirmizi)
Doa ni Syida pernah share dekat facebook Syida masa bulan Januari 2021. Boleh klik di sini kalau nak baca dekat Facebook Syida.😊
Doa ni mentor Syida Aeinna Musa kongsikan kepada Syida dan kepada sahabat-sahabat Syida dalam team kami. Saham pahala untuk beliau kerana ramai yang mengamalkannya. Best kan😊
Semoga bermanfaat untuk semua
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syahidaali.com/2021/05/doa-memohon-rahmat-dari-muntakhab.html