Doa Memohon Dijauhi Seksa Kubur
Doa Mohon Dijauhi Seksa Kubur. Seksa kubur adalah seksa yang amat ditakuti di alam kubur di mana dalam keadaan gelap dan sempit, kita tak dapat pertolongan dari sesiapa kecuali dari amalan kita semasa di dunia. Amalan baik dibalas baik, amalan jahat di balas dengan kejahatan. Ingat balik semasa hidup kita pada tahun-tahun yang lepas, ada tak sedikit amal jariah dan sedekah yang kita buat? Pernah tak kita ikhlas dalam melakukan sesuatu? Pernah ke kita membawa manfaat kepada orang lain? Jika kita tidak memberi kebaikan, tetapi jangan pula halang orang lain untuk membuat kebaikan.
Dalam usaha kita membuat bekalan di akhir hidup terutamanya di alam kubur, mari kita perbanyakkan doa kepada yang Maha Kuasa agar kita terhindar dari seksa kubur
Adab-adab berdoa yang betul:
1. Berdoa dalam keadaan berwuduk adalah lebih afdal
2. Berdoa dengan menghadap kiblat
3. Dimulakan dengan syukur dan puji-pujian kepada Allah SWT
4. Berdoa dengan khusyuk dan rendah hati
5. Memetik dari pautan Mufti Wilayah Persekutuan, berikut pula dikongsikan tambahan adab berdoa dalam Islam yang mustajab.
◾ Berdoa dengan penuh harapan. Seseorang itu perlulah berdoa dalam keadaan penuh harap agar doa dimustajabkan. Dan juga dijauhkan dari perasaan takut, iaitu dari doa tertolak.
◾ Berdoa dengan yakin. Seseorang itu perlulah meminta kepada Allah SWT dalam keadaan dirinya bersangka baik dengan-Nya agar permintaan itu dimustajabkan.
◾ Memuji Allah sebelum berdoa. Hal ini sebagai contoh mudahnya adalah dengan melihat kepada bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh seseorang
6. Akhiri doa dengan mohon ampunan atas segala dosa dan harapan dimakbulkan segala permohonan tersebut.
Doa Mohon Dijauhi Seksa Kubur
Di bawah ini adalah dòa mohon dijauhi dari seksa kubur. Semoga segala usaha kita Allah pandang dan perkenankan
Doa mohon dijauhi seksa kubur dalam rumi;
Allahumma inni 'auzubika min 'azaabilqabr.
Wamin 'azaabinnaarWamin fitnatil hayaa wal mamaatiWamin fitnatil masiihiddajjal.
Maksudnya:
Ya, Allah.. aku berlindung denganMu dari azab seksaan kubur dan daripada azab api neraka. Aku juga berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan daripada fitnah al Masih ad- Dajjal
Semoga bermanfaat kepada semua pengunjung blog ini
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2021/01/doa-memohon-dijauhi-seksa-kubur.html