Cara Mengerjakan Solat Dhuha Dan Doa Dhuha Yang Sahih Yang Diamalkan Oleh Nabi Saw


Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:
“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”
Lafaz Niat Solat Dhuha

“Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha
DOA DHUHA


“Betul ke solat sunat dhuha boleh banyakkan rezeki? Apa doa dhuha yang patut dibaca ye?”
Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut untuk dilakukan oleh setiap muslim. Ia juga dikenali dengan nama solat al-Awwabin dan waktunya bermula setelah terbitnya matahari.
Menurut hadis, Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:
أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya:
“Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.”
[Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]
Mungkin ramai dah tahu bahawa Solat Sunat Dhuha boleh dikerjakan seperti mana solat sunat 2 rakaat yang biasa, dan ia boleh dilakukan sehingga 8 rakaat, dengan 4 kali salam.
Maka di sini kami kongsikan pula Doa Dhuha yang boleh dijadikan panduan untuk amalan harian kita bersama.
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT DHUHA

Menurut Menteri Agama merangkap bekas Mufti WP, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, sebenarnya tidak ada satu doa khusus yang diajarkan oleh Nabi SAW untuk solat sunat Dhuha.
Namun begitu, terdapat beberapa doa yang mahsyur, yang diajarkan oleh para ulama’ untuk diamalkan selepas solat sunat Dhuha.
Antaranya ialah:
DOA DHUHA 1
Dari ‘Aisyah RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW selesai solat sunat Dhuha, baginda mengucapkan,
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ
“ALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB ‘ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR ROHIIM”
Maksudnya:
“Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”
(Diriwayatkan Baginda SAW membacanya seratus kali.)
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadis ini sanadnya sahih.)
Bacaan yang lebih lengkap adalah bagi doa ini adalah seperti berikut:
رَبِّي اغْفِرْلِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَابُ الرَّحِيْم
اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَصْبَحْتُ عَبْدَك وَعَهْدَك وَوَعْدَك أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَلَمْ أَكُ شَيْئًا أَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْبِيْ فَإِنَّهُ قَدْ أَرْهَقَتْنِيْ ذُنُوْبِي وَأَحَاطَتْ بِيْ إِلاَّ أَنْ تَغْفِرَهَا لِيْ فَاغْفِرْهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya:
“Ya Tuhanku ampunkan dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Ya Allah bagi-Mu segala pujian, aku di waktu pagi sebagai hamba-Mu dan atas perjanjian dengan-Mu dan apa yang Kamu janjikan, Kamu menciptakanku dan tiadalah aku sesuatu, aku beristighfar kepada-Mu dari segala dosaku kerana sesungguhnya ia telah membelenggu dosa-dosaku dan meliputiku kecuali Engkau mengampuninya, maka ampunkanlahnya hai Tuhan yang bersifat Maha Rahmat dan Kasih Sayang.”
Selain doa di atas, terdapat satu lagi doa yang masyhur iaitu:
DOA DHUHA 2
اَللَّهُمَّ إِنَّ الضَّحَاءَ ضَحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ،
اَللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيْداً فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ ضُحُائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا آتَيْتُ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Duha itu ialah waktu Duha-Mu, kecerahan itu ialah kecerahan-Mu, keindahan itu ialah keindahan-Mu, kekuatan itu ialah kekuatan-Mu, kekuasaan itu ialah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu ialah perlindungan-Mu.
Ya Allah, jika rezekiku ada di langit maka turunkanlah, jika ada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, jika ia sukar maka permudahkanlah, jika ia haram maka sucikanlah, jika ia jauh maka dekatkanlah.
Berkat waktu Duha-Mu, kecerahan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, berikanlah kepada kami segala apa (kebaikan) yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.
Rahmat Allah ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya sekalian. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.
Jangan jadikan tongkat khutbah bahan lawak – Zulkifli

The post Cara mengerjakan solat Dhuha dan doa Dhuha yang sahih yang diamalkan oleh Nabi SAW appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/22/cara-mengerjakan-solat-dhuha-dan-doa-dhuha-yang-sahih-yang-diamalkan-oleh-nabi-saw/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyidikan Kasus Penyerangan Petugas Oleh Pengikut Mrs Dengan Cara Scientific Crime Investigation

Penyidikan Kasus Penyerangan Petugas Oleh Pengikut Mrs Dengan Cara Scientific Crime Investigation

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 331 hits
Penyidikan Kasus Penyerangan Petugas oleh Pengikut MRS dengan Cara Scientific Crime Investigation Source https www tribunnews com nasional 2020 12 10 penyidikan kasus penyerangan petugas oleh pengikut mrs dengan cara scientific crime invest...
Rasulullah Saw Anjurkan Doa Ini Saat Minum Kopi

Rasulullah Saw Anjurkan Doa Ini Saat Minum Kopi

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 267 hits
Kopi termasuk minuman legendaris yang sudah dikonsumsi sejak berabad tahun lalu bahkan sejak zaman Rasulullah SAW Saat minum kopi juga ada doa yang dianjurkan untuk dibaca Dalam dunia Islam kopi sudah lama dikonsumsi oleh kaum sufi Dilansir...
Detik Kelahiran Nabi Muhammad Saw

Detik Kelahiran Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 283 hits
Telah disebutkan bahwa sesungguhnya pada bulan ke sembilan kehamilan Sayyidah Aminah saat hari hari kelahiran Nabi Muhammad saw sudah semakin dekat Allah swt semakin melimpahkan bermacam anugerah Nya kepada Sayyidah Aminah mulai tanggal 1 h...
Doa Selawat Ketika Stress Inshaallah Mustajab Kalau Diamalkan

Doa Selawat Ketika Stress Inshaallah Mustajab Kalau Diamalkan

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 671 hits
Assalamualaikum Tahun 2020 memang boleh dikatakan tahun yang agak sukar challenging untuk semua orang bukan setakat kat Malaysia tapi kat seluruh dunia Tak pernah lagi lah rasanya selama aku hidup ni kita kena pergerakan pergerakan Paranoid...
Cara Mengerjakan Tes Kraepelin Koran Dan Tes Pauli

Cara Mengerjakan Tes Kraepelin Koran Dan Tes Pauli

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 2411 hits
Salah satu jenis soal adalah Tes Kraepelin atau Tes Koran atau biasanya disebut tes pauli padahal keduanya berbeda berikut ulasannya Apa itu Tes Pauli dan Tes Kraepelin Test Kraepelin atau Tes Koran atau Tes Pauli atau yang sering disebut h...
Hiburan Solat Bersama Ikmal Amry Titip Pesanan Agar Najla Mampu Jadi Isteri Yang Baik

Hiburan Solat Bersama Ikmal Amry Titip Pesanan Agar Najla Mampu Jadi Isteri Yang Baik

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 1078 hits
Biarpun baru sahaja dua hari bergelar pasangan suami isteri kini nama pelakon Ikmal Amry khabarnya makin disebut sebut di laman sosial Berikutan itu beliau tampil memuat naik sebuah video dirinya dan isteri selesai menunaikan solat secara b...
Netizen Kagum Haqiem Rusli Curi Masa Solat Dulu Sebelum Ame2020

Netizen Kagum Haqiem Rusli Curi Masa Solat Dulu Sebelum Ame2020

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 690 hits
Dinobat sebagai Bintang Paling Popular bulan lalu dan semalam memenangi Top Top MeleTOP Lelaki di Anugerah MeleTOP ERA 2020 ternyata 2020 merupakan tahun terbaik buat Haqiem Rusli Meraih pelbagai kejayaan ramai yang mengagumi penyanyi itu a...
Kelantan Benar Solat Jumaat Aktiviti Di Masjid

Kelantan Benar Solat Jumaat Aktiviti Di Masjid

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 294 hits
KOTA BHARU 4 Jamadilawal 1442H Sabtu Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan membenarkan solat Jumaat solat fardu dan aktiviti di masjid surau serta musalla di seluruh negeri Kelantan kembali beroperasi bermula 21 Disember Yang Dipertua ...
Basic Solat Berjemaah Yang Masih Ramai Tak Tahu

Basic Solat Berjemaah Yang Masih Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 727 hits
Basic Solat Berjemaah yang masih ramai tak tahu Siapa yang di sini selalu solat jemaah Alhamdulillah baguih baguihh Kalau keluarga saya sejak kecil memang umi abi dah terapkan sembahyang berjemaah awal waktu dan didik kami sejak kecil lagi ...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Drama Dari Rahim Yang Sama

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Bismillah 5 Dan Kaedah Merawat

Skrip Automasi Pembersihan Google Drive Perjalanan Penuh Cabaran Dan Pembelajaran

Plnt Co Cyberjaya Birthday Plant Pilihan Hati

Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik