Doa Khatam Al Quran Teks Doa Beserta Makna


Berikut adalah teks doa khatam Al-Quran beserta maknanya buat pengetahuan anda.
Sebagai seorang muslim, Al-Quran merupakan panduan hidup kita di muka bumi ini. Al-Quran merupakan rujukan utama umat Islam dalam semua perkara daripada kita bangun tidur sehingga kita tidur semula, dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Setelah selesai membaca 30 juzuk Al-Quran, kita digalakkan untuk membaca doa khatam Al-Quran sebagai tanda kejayaan. Dengan membaca doa ini kita meminta kebaikan ke atas bacaan Al-Quran yang telah kita lakukan.
Doa Khatam Al-Quran Perkataan Khatam itu sendiri membawa maksud menutup atau tamat, jadi doa khatam Al-Quran ini merujuk kepada satu doa yang dibaca apabila seseorang itu telah berjaya menamatkan 30 Juzuk bacaan Al-Quran mereka.
Doa khatam al-Quran ini juga merupakan satu doa yang makbul dan tidak akan ditolak permohonan seseorang yang membacanya. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan dalam ahthar tabiin berikut:
Oleh itu, setiap individu yang khatam Al-Quran patut mengambil peluang untuk berdoa ketika dengan doa yang memberikan kebaikan buatnya dan ahli keluarganya serta umat Islam dan umat manusia sama ada kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.
Doa Versi Ringkas Bagi anda yang ingin membaca doa khatam quran namun mempunyai kekangan masa, anda boleh baca doa di bawah:
ALLAAHUMMARHAMNAA BIL QUR’AANI. WAJ’ALHU LANAA IMAAMAN WA NUURAN WA HUDAN WA ROHMAH. ALLAAHUMMA DZAKKIRNAA MINHU MAA NASIINAA WA ‘ALLIMNAA MINHU MAA JAHILNAA. WARZUQNII TILAA WATAHU AANAA-AL LAILI WA ATHROOFAN NAHAAR. WAJ’ALHU LANAA HUJJATAN YAA RABBAL ‘AALAMIIN.
Makna doa:
Ya Allah rahmatkan kami dengan Al-Quran, dan jadikanlah Quran Imam, Cahaya, Hidayat dan Rahmat untuk kami. Ya Allah ingatkan kami dari Quran yang kami dilupakan, dan ajarilah kami dari Quran yang kami jahil akannya. Kurniakanlah kami membacanya siang dan malam. Dan jadikanlah Quran Pembela kami Wahai Rabbul ‘Alamin.
Dapatkan Al-Quran Tagging di Shopee, untuk dijadikan panduan bacaan anda nanti.
Doa Versi Panjang Berikut merupakan doa khatam quran versi panjang. Jika anda mempunyai masa yang lebih panjang selepas selesai 30 juzuk, lebih baik anda membaca doa versi panjang ini:
بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ. اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَالَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ
Makna Doa:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuk dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam. Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan Al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran. Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah. Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka. Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”
Kelebihan Membaca Al-Quran Banyak kelebihan atau kebaikan yang boleh kita peroleh dengan membaca Al-Quran ini. Antaranya ialah:
Sebagai Sumber Syafaat Di Akhirat Nanti.  Di hari akhirat, al-Quran akan datang membawa pertolongan dengan melepaskan pembacanya dari kesusahan serta kesengsaraan, dan bakal menjadi pelindung buat pembacanya di padang Mahsyar di mana ia akan bertindak sebagai pembela utama di hari akhirat. Membaca Al-Quran Adalah Sebaik-Baik Amalan Al-Quran disifatkan sebagai sumber peraturan dan hukum-hakam dalam mengawal tingkah laku manusia. Al-Quran turut mengajak pembacanya supaya mentauhidkan Allah serta bertakwa kepada Nya. Ia  merupakan sebaik-baik amalan dalam membangunkan jiwa setiap insan. Diberi Kemulian dan Ganjaran Dua Pahala Bagi yang Tidak Mahhir Allah akan mengangkat martabat dan kemuliaan pembaca al-Quran. Mereka akan diletakkan bersama para rasul yang mulia. Selain itu, golongan yang tidak mahir membaca akan turut diberikan ganjaran berganda sebagai ganjaran ke atas usaha mereka.  Keharuman jiwa Golongan yang membaca al-Quran disifatkan sebagai buah yang harum dan manis rasanya. Mampu Memberikan Ketenangan Manusia hanya akan beroleh ketenangan sekiranya fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat.  Al-Quran merupakan senjata yang mampu menumpaskan musuh-musuh jiwa seperti syaitan dan nafsu. Ia  ibarat penawar buat hati dan fikiran yang nescaya mampu memberikan ketenangan untuk hidup di dunia serta kebahagiaan di akhirat. Dikurniakan Pahala daripada Setiap Satu Huruf yang Dilafazkan Allah yang Maha Pemurah memberikan pahala  yang amat besar kepada orang yang membaca al-Quran.  Malah, Baginda s.a.w turut berpesan, al-Quran adalah sumber bagi banyak kebaikan kerana ia membekalkan pahala yang melimpah. Rumahnya Bercahaya Bacaan al-Quran baik dengan memahami erti atau tidak merupakan satu ibadah yang akan memberi faedah dan manfaat kepada pengamalnya. Justeru al-Quran akan memberikan cahaya yang terang benderang di dalam hati pembacanya serta cahaya di dalam rumah tempat ia dibaca. Baca juga: Rukun Iman: Prinsip Kehidupan & Kepercayaan Umat Islam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-khatam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-khatam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Abu Darda Panduan Bacaan Rumi Makna Amp Video Bacaan

Doa Abu Darda Panduan Bacaan Rumi Makna Amp Video Bacaan

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 227 hits
Doa Abu Darda merupakan satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah S A W kepada sahabat baginda yang bernama Abu Darda r a bagi melindungi diri harta dan kekayaan beliau Berikut merupakan serba sedikit penerangan berkenaan doa ini Kami juga te...
Doa Sebelum Baca Quran Selepas

Doa Sebelum Baca Quran Selepas

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 288 hits
Doa Sebelum Baca Quran Selepas Al Quran merupakan kitab suci umat Islam yang dijadikan panduan sepanjang zaman Di dalam al Quran terdapat ayat ayatnya menceritakan tentang rahmat Allah SWT dan juga yang menceritakan tentang azab Nya Berikut...
Al Quran Tagging Akhirnya Dimiliki

Al Quran Tagging Akhirnya Dimiliki

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi AL QURAN TAGGING AKHIRNYA DIMILIKI Alhamdulillah tercapai jugak hasrat untuk memiliki Al Quran tagging dari Humaira ni Fiza beli yang saiz A5 dengan harga RM122 50 Siap dengan tagging Then Fiza pilih colour hita...
Ujian Penilaian Kelas Al Quran Dan Fardu Ain 2023

Ujian Penilaian Kelas Al Quran Dan Fardu Ain 2023

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 236 hits
24 Januari 2024 RabuHari ini hari terakhir Ujian Penilaian Kelas Al Quran dan Fardu Ain 2023 mata pelajaran Sirah Minggu ni dak Nuha nampak penat dari biasa Pecutan akhir dari pagi berada di SRA di sini mengulangkaji pelajaran sebelum sesi ...
Bacaan Dah Lah Merangkak Segan Beberapa Kali Tolak Tawaran Rancangan Tadarus Al Quran Lisa Surihani Akui Masih Belajar

Bacaan Dah Lah Merangkak Segan Beberapa Kali Tolak Tawaran Rancangan Tadarus Al Quran Lisa Surihani Akui Masih Belajar

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 146 hits
Aktres jelita Datin Lisa Surihani sebelum ini belum setuju untuk tampil di mana mana program bacaan al Quran yang ditayangkan di televisyen kerana masih belum yakin dengan sebutan dan hukum tajwid Masih belajar Tambah pelakon ini dirinya me...
Senarai Bacaan Doa Selepas Solat Dalam Rumi Dan Zikir Harian

Senarai Bacaan Doa Selepas Solat Dalam Rumi Dan Zikir Harian

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 303 hits
Amalan zikir dan berdoa selepas solat fardu adalah satu amalan yang amat digalakkan bagi mendekatkan diri kita sebagai seorang hamba kepada Allah SWT Jangan tergesa gesa bangun selepas menunaikan solat fardu tanpa duduk sebentar untuk berdo...
Doa Doa Agar Dikurniakan Rezeki Yang Berpanjangan Dengan Segala Kecukupan Serta Keberkatan

Doa Doa Agar Dikurniakan Rezeki Yang Berpanjangan Dengan Segala Kecukupan Serta Keberkatan

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 165 hits
Untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu kita kenalah berusaha Seperti kata peribahasa Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya yang membawa maksud untuk mendapat sesuatu kenalah berusaha terlebih dahulu Dalam mencari rezeki usaha...
Koleksi Teks Skrip Pengacara Majlis Untuk Pelbagai Majlis Di Sekolah

Koleksi Teks Skrip Pengacara Majlis Untuk Pelbagai Majlis Di Sekolah

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 336 hits
TEKS LAMA SEBELUM PANDEMIK Kredit kepada Group MC KGM kerana berjaya menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada guru guru yang berbakat besar dalam mengendalikan majlis Mereka telah mengumpulkan skrip skrip ucapan dan belau telah pun meminta...
Doa Selepas Iqamat Panduan Bacaan Dan Maknanya

Doa Selepas Iqamat Panduan Bacaan Dan Maknanya

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 285 hits
Iqamat merupakan seruan selepas azan yang dialunkan bagi menandakan bahawa jemaaah sudah boleh melaksanakan ibadah solat Seperti azan terdapat juga doa yang boleh kita baca selepas mendengar iqamat Berikut akan kami kongsikan doa dan pandua...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025