Doa Ketika Hujan Yang Wajar Di Amalkan Dan Peringatan Ketika Hujan
Siapa yang tidak suka hujan apatah lagi dengan keadaan berjerubu sekarang ini. Hujan adalah rahmat untuk kita dari Allah SWT. Namun, adakalanya fenomena alam tersebut juga merupakan peringatan daripada Allah Subhanahu wa-Ta’ala buat hamba-hamba-Nya. Adalah wajar kita membaca doa ketika hujan dan melakukan beberapa amalan yang baik saat turunnya hujan.
5 doa ketika hujan yang mustajabDalam Al-Quran, Allah Subhanahu wa-Ta’ala menyatakan bahawa hujan adalah bentuk kasih sayang-Nya. Allah berfirman: “Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih.” (Surah Al-Furqan: Ayat 48).
Doa ketika hujan seperti yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW pada sejumlah hadits. Hujan sendiri termasuk ke dalam waktu mustajab untuk memohon kepada Allah SWT seperti yang dikatakan dalam sebuah hadits,
"Dua doa yang tidak akan ditolak, doa ketika adzan dan doa ketika turunnya hujan," (HR Al Hakim)
1. Doa ketika Hujan Mulai TurunDaripada Ummul Mukminin, ‘Aisyah radhiyAllahu ‘anha menyatakan, “Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam ketika melihat turunnya hujan, Baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam mengucapkan
اللَّهُمَّصَيِّباًنَافِعاً
Arab latin: 'Allahumma shoyyiban nafi'an'."
Artinya: "Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat).’”
(Hadith Riwayat. Bukhari, no. 1032
2. Doa ketika Hujan LebatNabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian ketika hujan turun begitu lebat sehingga memudaratkan penduduk, beliau memohon kepada Allah agar cuaca kembali menjadi cerah
اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
Arab latin: Allahumma haawalaina wa laa 'alaina. Allahumma 'alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari.
Artinya:
Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok).” (Hadith Riwayat Bukhari, no. 1014)
3. Doa ketika Hujan Disertai Petirسُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ
Arab latin: Subhaanalladzii yusabbihur ro'du bihamdihi wal malaaikatu min khiifatih.
Artinya: "Maha Suci Allah yang dengan memuji-Nya bertasbihlah halilintar dan juga para malaikat karena takut kepada-Nya."
4. Doa ketika Hujan Disertai Angin KencangJika ada angin kencang, kita boleh berdoa dengan doa yang diajar oleh Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam dengan doa:
اَللهُمَّ إِنِّيْ أَسْئَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيْهَا وَخَيْرَمَا اُرْسِلَتْ بِهِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّمَا فِيْهَا وَشَرِّمَا اُرْسِلَتْ بِهِ
Arab latin: Allaahumma innii as-aluka khoirohaa wa khoiro maa fiihaa wa khoiro maa ursilat bih. Wa-a'uudzubika min syarrihaa wa syarri maa fiihaa wa khoiro maa ursilat bih
Artinya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu kebaikan angin ini, kebaikan yang ada di dalamnya dan kebaikan tujuan dihembuskannya angin ini. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan angin ini, kejahatan yang ada di dalamnya, dan kejahatan tujuan dihembuskannya angin ini.” (Hadith Riwayat Bukhari, 4:76; Muslim, 2:616)
5. Doa Memohon Hujan Berhentiاللَّهُمّحَوَالَيْنَاوَلَاعَلَيْنَا,اللَّهُمَّعَلَىالْآكَامِوَالْجِبَالِوَالظِّرَابِوَبُطُونِالْأَوْدِيَةِوَمَنَابِتِالشَّجَر
Arab latin: Allahumma haawalaina wa laa 'alaina. Allahumma 'alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari
Artinya: "Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan yang untuk merusak kami. Ya Allah, turunkan lah hujan ke dataran tinggi, sebagian anak bukit, perut lembah, dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan," (HR Bukhari)
Jom Kita Amalkan Bersama dan semoga kita boleh hafal dan baca selalu selepas ini, memandangkan berdoa ketika waktu itu adalah antara waktu yang mustajab. Anas bin Malik radiyAllahu ‘anhu berkata: Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Doa yang tidak ditolak ialah doa antara azan dan iqamah.” (Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Solat, hadith no: 196, hasan sahih).
Untuk semuanya, berhati-hati semasa musim hujan. Moga perkongsian ini bermanfaat. Insya Allah.
7 Peringatan Keselamatan Ketika Hujan
1. Jangan sentuh wayar atau talian elektrik
Jauhi sejauhnya apabila anda melihat wayar yang terendam dalam lopak air sewaktu dan selepas hujan boleh menyebabkan anda terkena renjatan elektrik dan membawa maut jika disentuh.
Selain itu, elakkan meletak kenderaan anda di bawah talian elektrik atau di sebelah tiang utiliti semasa musim tengkujuh.
2. Cabut plag peralatan elektronik semasa hujan lebat.
Ini penting terutamanya bagi kawasan yang dinaiki air. Maka, segera matikan dan cabut semua peranti sedemikian sebelum air memasuki rumah anda.
3. Elak Berjalan dalam air
Cuba elak melalui lopak air atas jalan. Ia mungkin kelihatan bersih tetapi ia mengandungi pelbagai bakteria, yang boleh membawa penyakit, virus dan jangkitan kulat.
Sekiranya anda tidak mempunyai pilihan lain, pastikan anda sentiasa membasuh kaki anda dengan sabun dan air bersih.
Selain itu, jangan memakai stokin basah atau kasut basah kerana kemungkinan besar ia mengandungi pelbagai jenis kuman.
4. Berhati-hati dengan pembiakan nyamuk
Nyamuk bertelur dalam lopak air bertakung, sekali gus menjadikan monsun sebagai musim pembiakan untuk serangga ini.
Aliran air akan 'mencipta' kawasan-kawasan baharu yang berlopak tenang dan ini sangat ideal bagi nyamuk bertelur.
Sewaktu tidur, digalakkan memakai baju lengan panjang dan gunakan ubat untuk menghindar kehadiran nyamuk. Sebagai langka tambahan, pasang pelindung nyamuk pada tingkap dan gunakan kelambu.
5. Memandu dengan berhati-hati
Elak memandu laju dan mengekori kereta di hadapan anda dengan rapat.Elakkan membuat sebarang pusingan mengejut juga.Berhati-hati dengan penunggang motosikal semasa hujan.
6. Sediakan payung dan baju hujan
Tabiat ini bukan sahaja menghalang anda daripada jatuh sakit tetapi juga membantu anda melindungi barangan berharga seperti telefon bimbit dan dompet.
Dinasihatkan untuk meletakkan barang-barang anda dalam kantung plastik kecil semasa musim hujan.
7. Sediakan kit kecemasan
Mengingati langkah keselamatan asas banyak membantu kita bersedia menghadapi situasi yang tidak diinginkan sepanjang musim hujan ini. Berhati-hatilah semua...
Berikut ialah senarai semak item yang mesti ada dalam kit kecemasan anda:
Air bersihKrim penghalau nyamukTermometerBandage dan kapasUbat-ubatanBahan makanan yang tidak mudah rosakLampu kecemasan dan bateriSet pakaian dan stokin tambahan
sumber :
abim
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2023/10/doa-ketika-hujan-yang-wajar-di-amalkan.html