Dikunjungi Oleh 3 Manusia Dan Seorang Wanita Ketika Batuk Berkahak


  Bila melihatkan anak-anak dan suami mulai batuk.  Segala perasaan beraja di dalam diriku seperti  panik, ketakutan, dan trauma.  Disebabkan oleh pengalaman suku tahun 2022 iaitu batuk yang kronik menyerangku dek kerana simptom long Covid pada tahun 2021. Itulah punca batuk berkahak. Dalam kisah ini, berkaitan kisah mistik dan mungkin juga ianya kisah dongeng daripada diriku sendiri. 












Bawaan suami 


Jika tidak suamiku, anak-anak yang membawa penyakit ke rumah. Begitulah antara 2 situasi ini. Tapi, kali ini suami yang membawanya asbab keluar masuk ke site secara kerap dalam tempoh seminggu di daerah Kuantan. 


Biasanya, aku adalah orang terakhir yang akan dijangkiti jika keluargaku sakit. Sejenis yang mempunyai antibodi yang lemah, bila dijangkiti sukar tubuh badanku mahu sembuh. Memang begitulah nasibku. 


Batuk Berkahak


Permulaan diserang batuk, aku hanya batuk kering. Ya Allah, masa ini hanya Tuhan yang tahu. Sakit kemain tekakku. Pelbagai ubat ku gunakan ketika  ini, baik ubat batuk yang biasa aku gunakan mahupun saranan daripada  rakan-rakan di Facebook. 


Anak-anak dan suami semakin menunjukka tanda mahu sembuh. Tapi, tidak diriku. Hari demi hari, batukku semakin teruk. 


Kemudian, aku tergerak hati mahu mencuba ubat batuk di Farmasi. Alhamdulillah, semakin pulih. Namun, batuk aku semakin teruk. Ubat tersebut hanya bertindak balas kepada tubuhku hanya seminggu, kemudian batuk berkahak menyerang kembali. 




Serangan batuk berkahak


Batuk berkahak aku semakin teruk. Setiap kali batuk, segala urat-uratku tertarik. Bahagian dada terlalu sakit, seakan mau pecah setiap kali batuk. Manakala, bahagian pinggangku bagaikan mahu terputus 2 antara bahagian badan atas dan pinggang kebawah. 


 Sakit! Ya Allah. Masa ini saya sudah habis ikhtiar. 


Pada suatu malam, sebaik meletakkan kepala di bantal.  


"Koh, koh, kohhhhhhh." Bunyi batuk yang dihasilkan sebaik saya merebahkan badan. Berlari saya ke tandas bilik, bagi membuang kahak. 


"Kof, koffffffffff. Ya Allah, sakitnya bang. Rasa nak mati dah ni." Jerit saya disebelah suami. 


"Esok kita ke hospital ya? malam ni, ayang minum air suam sebelum tidur." 


Aku terus ke bahagian dapur, bagi mendapatkan air suam. Terasa lega sekejap anak tekak, setelah aku menelan kapsul susu harimau yang dibeli dari Farmasi. Aku menapakkan kaki ke bilik utama untuk menyambung tidur. Jam di ruang tamu, menunjukkan angka 12.49 tengah malam. Bayangkan dari jam 10.00 malam cubaan untuk tidur, sehingga jam sekarang masih tidak boleh melelapkan mata. 


Belum pun seminit berlalu, batuk kembali berulang. Kali ini, aku tidak boleh langsung berbaring. Baring je, batuk. 


Akhirnya..
Aku mengambil bantal dan menyandar didinding bilik. Ya Allah, sampai begitu sekali tidur malamku. 
Sedang aku tidur dalam keadaan duduk menyandar, batuk menyerang lebih teruk. Walaupun teruk, kali ini kahak sudah tidak ada lagi. Mungkin ubat yang ku telan semasa minum air suam sudah bertindak. 


  Mengapa dan apa punca batuk berkahak aku?



Punca batuk berkahak aku disebabkan pada tahun 2021 diserang Covid19 sehingga keguguran kali kedua. Dari sini lah punca batuk berkahak terjadi, dan jika menyerang memang teruk. Pernah tercungap-cungap diriku jika batuk. 




Mistik 


Sekejap beralih di hujung kaki suami untuk tidur, sekejap ke dinding mahu tidur menyandar. Dan, begitulah. Aku sentiasa menukar posisi tidur untuk keselesaan, dan bila tidur di hujung kaki suami batuk semakin teruk. Manakan tidaknya, betul-betul direct kipas siling. Sejuk! itu yang mengundang batuk. 


Aku menahan daripada batuk. Ya Allah! aku rasakan  malam ini adalah yang terakhir bagiku. Aku menangis bersungguh-sungguh malam itu tanpa mengeluarkan bunyi esakan. Tidak mahu menganggu suami yang sedang enak diulit mimpi ketika itu. 


Malam itu, aku tertidur  sesekali aku bertahmid dengan Lailaha illah Allah  . Sakit yang tidak dapat ditanggung lagi. 


Cerita mistik bermula disini..


Baru sahaja aku pejamkan mata. Ada kelibat yang menghampiri diriku. Iaitu di bahagian sisi katilku. Kelibat tersebut persis manusia, tetapi tidak dikenali. 2 tetamu yang datang melawatku pada malam itu adalah lelaki. Iaitu seorang lelaki muda bertanjak dan satu lagi adalah dalam bentuk  kepala sahaja berbentuk binatang manakala badannya manusia, tetapi hanya samar-samar wajah kedua itu. Tidak bercakap, aku hanya tergamam melibat kelibat tersebut. 


Tersentak daripada mimpi tersebut, aku beralih tidur  didinding dalam  keadaan  menyandar. Kali ini, terus lena. Pejam je mata, aku didatangi  kelibat perempuan. Apa yang aku pasti, rambutnya rapi disanggul. Matanya memandang sayu kearahku. Seperti datang melawat orang sakit. 


Serius, dalam mimpi ini pun aku tidak pasti siapakah gerangan tersebut.  Kemudian terjaga daripada tidur. Sebaik aku tersedar daripada mimpi, segera aku membaca potongan ayat Innahu min sulaiman wainnahu bismillahirrahmanirrahim. Berulang kali sehingga tertidur. Punya lah ketakutan! 




Petua 


Entahlah, ku rasakan malam ini adalah terpanjang untuk habiskannya. 


Baru je rebahkan badan. Dapat mimpi lagi!!! aku penat nak melayan mimpi-mimpi begini. Walaupun aku tidur baca dengan ayat-ayat suci Al-Quran seperti Al-Baqarah, Al-Mulk dan Yasin 7 penjuru. 


Ya Allah, apakah ini? aku berkhayal ke? langsung tidak makan ubat batuk jenis cecair. Tidak sama sekali. Ubat yang aku makan tu, beli di farmasi je. 





Tiger milk booster berkesan bagi masalah batuk dan bersihkan paru-paru dari kahak






Kali ini, datang seorang lelaki tua. Tidak dikenali datang dalam mimpiku. Beliau memberikan kepadaku petua untuk masalah batuk. Ya, pakcik tersebut memberiku petua untuk batuk-batuk aku. 


Seingat aku kena ambil daun. Tetapi itulah, aku terlupa pula pesan pakcik tersebut. Daun apa untuk penyembuhan. Walaupun aku tidak ikut petua tersebut, dengan izin Allah batuk aku sembuh. Asbab aku menangis kot tiap hari tidak sanggup batuk lagi, jadi Allah makbulkan hajatku. 


Lain-lain mimpi,  pernah aku didatangi oleh 2 orang perempuan dan mengurut kakiku. Ketika itu, memang kakiku sakit, entah lah antara percaya atau tidak. Semoga aku dan keturunanku dijauhkan dariada tipu helah syaitan. 


Secara kesimpulannya, aku memang takut jika batuk berkahak menyerang diriku lagi. Trauma sebenarnya dengan mimpi-mimpi diatas, dan keadaan dalam dunia nyataku iaitu batuk berkahak. Tidak sanggup menanggung batuk kerana sukar tidur pada waktu malam juga. Kipas siling pun tidak boleh On jika batuk. 


Amaran : Jangan fikir  yang bukan-bukan, apabila membaca cerita mistik perkongsian daripada saya. Semuanya saya sudah berusaha, mungkin ini ujian Allah untuk diri saya. 
















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2023/10/Dikunjungi-oleh-3-manusia-punca-batuk-berkahak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Asing Pakai Niqab Menyamar Wanita Muslim Ketika Mengemis

Warga Asing Pakai Niqab Menyamar Wanita Muslim Ketika Mengemis

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 140 hits
MOHD RIDZAUDDIN ROSLANAntara warga asing yang ditahan JIM dalam satu serbuan di ibu negara pada 1 Oktober lalu FOTO IHSAN JIMPUTRAJAYA Taktik seorang wanita warganegara China yang memakai niqab dan menyamar sebagai seorang Muslim bagi menut...
Gara Gara Terpedaya Dengan Tawaran Untuk Berseronok Dengan Wanita Muda Seorang Warga Emas Kerugian Lebih Rm245 000

Gara Gara Terpedaya Dengan Tawaran Untuk Berseronok Dengan Wanita Muda Seorang Warga Emas Kerugian Lebih Rm245 000

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 186 hits
GARA GARA mahu berseronok dengan wanita muda seorang pesara akauntan menjadi mangsa penipuan dan menanggung kerugian berjumlah RM245 210 Warga emas berusia 71 tahun dari Mumbai India itu mendakwa dia menerima mesej daripada individu yang ti...
Sapukan Pada Dada Dan Perut Petua Untuk Hilangkan Batuk Berkahak Bayi

Sapukan Pada Dada Dan Perut Petua Untuk Hilangkan Batuk Berkahak Bayi

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 310 hits
Sekarang musim demam batuk selsema Paling tak tahan bila anak batuk berkahak
Wanita Berbaju Kuning Fiksyen Shasha

Wanita Berbaju Kuning Fiksyen Shasha

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 224 hits
Hai warga fs Dah berapa lama aku jadi silent reader dekat page ni Follow page ni pun da bertahun tahun Tiba tiba rasa nak berkongsi pengalaman jugak biarpun skill penulisan tu tak seberapa nak ada Yalah cerita seram pun boleh jdi tak seram ...
Im Siwan Ditangkap Keluar Dating Dengan Penyanyi Wanita Popular

Im Siwan Ditangkap Keluar Dating Dengan Penyanyi Wanita Popular

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 261 hits
Im Si wan dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama dengan seorang penyanyi wanita Eh betul ke ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini satu siaran bertajuk Pelakon Im Si wan dan Kang Hye won didakwa sedang bercinta telah tersebar di laman komun...
Maria Wanita Chord

Maria Wanita Chord

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 206 hits
Ost Keria Women Chord C m C m F m F m C m G m C m C m C m Sampainya hati Kau persendakan ku F m Pandang sebelah mata Pasti kau takkan tahu G m Gaya ku sendiri C m Ada mata yang memerhati C m Yang tersakiti Mari bersama F m Tak perlu hirau k...
Polis Tahan Jutawan Palsu Perdaya Wanita

Polis Tahan Jutawan Palsu Perdaya Wanita

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 302 hits
BernamaKUALA LUMPUR Penemuan kad pengenalan seorang lelaki yang menyamar sebagai jutawan dan memiliki perniagaan di Sarawak akhirnya membongkarkan kegiatannya memperdaya wanita di laman sosial Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan be...
Dilaporkan Hilang Wanita Syukur Ibu Mertua Adik Ipar Dan Anak2 Selamat Dijumpai

Dilaporkan Hilang Wanita Syukur Ibu Mertua Adik Ipar Dan Anak2 Selamat Dijumpai

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 172 hits
Seorang wanita meluahkan rasa syukur apabila ibu mentua adik ipar lelakinya dan dua orang anaknya yang dilaporkan hilang sewaktu bercuti di Pulau Perhentian pada hujung minggu lalu kini selamat dijumpai Syukur ibu mertua adik ipar dan anak2...
Kereta Terjunam Tebing 15 Meter 3 Wanita Nyaris Maut

Kereta Terjunam Tebing 15 Meter 3 Wanita Nyaris Maut

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 193 hits
Zuhainy Zulkiffliam hmetro com myTiga wanita nyaris maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terjunam ke lereng bukit sedalam 15 meter di Jalan Pondok Upeh di sini FOTO IHSAN JBPMBalik Pulau Tiga wanita nyaris maut selepas ken...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha