Pendaki Hilang Di Gunung Liang Dua Hari Lepas Ditemukan Maut


Pendaki Hilang Di Gunung Liang Dua Hari Lepas Ditemukan Maut
IPOH, 16 Okt (Bernama) — Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di Tanjong Malim sejak dua hari lepas ditemukan maut petang tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata mangsa Mustaqqeem Mansoor, 34, yang beralamat di Sungai Petani, Kedah ditemukan pada 3.30 petang di puncak Gunung Liang Barat.
“Ketua operasi melakukan pencarian mangsa dengan mengaplikasikan konsep LAST dan mengikuti peta laluan pendakian sehingga ke lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Shazlean berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu melibatkan 22 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) Slim Village dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Beliau berkata mangsa bersama 10 rakan memulakan pendakian dari Bukit Fraser, Pahang pada 10 Okt lepas dan dijadualkan turun di Gunung Liang, namun kali terakhir dilihat pada 14 Okt sekitar 10.30 malam di puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan sakit kaki dan berjalan perlahan.
Menurut Shazlean, helikopter bomba dijangka digunakan bagi membawa turun mangsa dari lokasi kejadian pada 9 pagi esok. “Berdasarkan laporan dari Unit Udara Bomba, penggunaan helikopter tidak dapat dilakukan pada masa ini atas faktor cuaca, maka pasukan penyelamat kedua akan naik ke atas bersama kelengkapan bagi menggantikan pasukan penyelamat pertama.
“Pasukan berkenaan akan bermalam di atas puncak Gunung Liang, manakala kerja-kerja membawa turun mangsa menggunakan helikopter akan dilaksanakan pada 9 pagi esok,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan mangsa dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti mendaki bersama 10 rakan di Gunung Liang dengan pasukan bomba melakukan SAR.
BACA: Wanita Warga Emas Hilang Sejak Semalam Ditemukan Lemas Dalam Sungai
Sumber: BERNAMA
The post Pendaki Hilang Di Gunung Liang Dua Hari Lepas Ditemukan Maut appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/16/pendaki-hilang-di-gunung-liang-dua-hari-lepas-ditemukan-maut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

Pendaki Ditemukan Maut Selepas Dua Hari Hilang Polis Tahan Dua Malim Gunung

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 216 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian SuriIPOH Polis menahan dua Malim Gunung Perhutanan susulan insiden lelaki ditemukan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang di Muallim Tanjong Malim semalam Timbalan Ketua Polis Perak Dep...
Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 372 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAAnggota Polis membawa mayat keluar daripada kediaman mangsa di Durian Tunggal Melaka Gambar ARIF HAMIZAN MISKON KOSMO ALOR GAJAH Penduduk Taman Cempaka 2 Durian Tunggal dekat sini mendakwa mendengar pertengkaran sebe...
Kematian Misteri Pendaki Gunung Liang Tg Malim

Kematian Misteri Pendaki Gunung Liang Tg Malim

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 301 hits
Zainuddin Omar Kematian misteri pendaki Gunung Liang Tg MalimNo one left behind adalah mitos Diberitakan 10 pendaki bersama dua malim gunung mendaki Gunung Liang pada 10 Okt 2025 bermula dari Fraser Hill Apabila sampai Gunung Liang pada 14 ...
Kes Bunuh 2 Beranak Dua Lelaki Termasuk Warga Bangladesh Direman 7 Hari

Kes Bunuh 2 Beranak Dua Lelaki Termasuk Warga Bangladesh Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 224 hits
Nur Izzati MohamadBUKIT MERTAJAM Dua lelaki termasuk seorang warga Bangladesh yang ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru di sini direman tujuh hari Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee I...
Dua Maut Lima Nyaris Lemas Di Pantai Penunjuk

Dua Maut Lima Nyaris Lemas Di Pantai Penunjuk

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 185 hits
Dua Maut Lima Nyaris Lemas Di Pantai Penunjuk KEMAMAN 18 Okt Kegembiraan tujuh sekeluarga berkelah di Pantai Penunjuk Kijal di sini bertukar tragedi apabila seorang wanita dan anak saudaranya maut manakala lima lagi nyaris lemas selepas dit...
Hafiz Mahamad Cipta Lirik Untuk Sumud Flotilla Ada Yang Sindir Tapi 2 Hari Lepas Baru Beli Iphone

Hafiz Mahamad Cipta Lirik Untuk Sumud Flotilla Ada Yang Sindir Tapi 2 Hari Lepas Baru Beli Iphone

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 310 hits
Usahawan dan pempengaruh Hafiz Mahamad tampil mencipta lirik untuk misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dan mendoakan agar semuanya berjalan lancar Menerusi hantaran di media sosial Hafiz akui tidak pandai di dalam bidang penulisan lirik ...
Insiden Gunung Liang Polis Rakam Keterangan Lapan Individu

Insiden Gunung Liang Polis Rakam Keterangan Lapan Individu

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 231 hits
Insiden Gunung Liang Polis Rakam Keterangan Lapan Individu IPOH 19 Okt Polis telah memanggil lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pendaki Mustaqqeem Mansor yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang Ba...
Misi Selesai Helikopter Bomba Bawa Turun Jenazah Mustaqqeem Dari Gunung Liang Petang Tadi

Misi Selesai Helikopter Bomba Bawa Turun Jenazah Mustaqqeem Dari Gunung Liang Petang Tadi

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 353 hits
IPOH Jenazah Mustaqqeem Mansoor yang ditemukan di Gunung Liang dekat Tanjong Malim semalam berjaya dibawa keluar oleh Pasukan Khas Udara Bomba pada 2 45 petang tadi Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ma...
Hiburan Anak Mati Kami Reda Tapi Kenapa Tinggal Dia Ibu Mustaqqeem Luah Terkilan Anak Ditinggalkan Di Gunung Liang

Hiburan Anak Mati Kami Reda Tapi Kenapa Tinggal Dia Ibu Mustaqqeem Luah Terkilan Anak Ditinggalkan Di Gunung Liang

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 211 hits
Ibu kepada pendaki yang meninggal dunia di Gunung Liang Perak Rohani Saad meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan rakan rakan arwah anaknya Mustaqqeem Mansor yang didakwa meninggalkannya sendirian ketika dia mengalami kesakitan p...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd