Doa Halau Semut Teks Bacaan Rumi Maknanya
Dalam Islam, semut adalah makhluk hidup yang tidak boleh dibunuh tanpa alasan yang jelas. Jika anda merasa terganggu dengan kehadiran semut di rumah, anda boleh membaca doa halau semut yang dikongsikan Nabi Sulaiman.
Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan doa halau semut ini dan kisahnya dalam Al-Quran, anda boleh teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.
Kisah Nabi Sulaiman dan Semut
Doa halau semut yang akan diterangkan di bawah nanti, mempunyai kisahnya yang tersendiri. Kisah terjadi kepada Nabi Sulaiman a.s dan ia menggambarkan kebijaksanaan, keadilan, dan kemampuan Nabi Sulaiman a.s dalam berinteraksi dengan makhluk lain, seperti jin, haiwan dan sebagainya.
Dalam kisah tersebut, beliau sedang dalam perjalanan bersama tenteranya, yang terdiri daripada manusia dan haiwan. Ketika Nabi Sulaiman a.s dan rombongannya melintasi sebuah lembah, beliau mendengar seekor semut yang memberi amaran kepada semut-semut lain agar masuk ke dalam sarang mereka. Semut itu berkata:
“Wahai semut-semut, masuklah ke dalam sarang kalian, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”
Nabi Sulaiman yang mendengar peringatan semut itu merasa terharu dan menghargai kebijaksanaan semut tersebut. Beliau tidak hanya memahami apa yang dikatakan semut, tetapi juga menunjukkan rasa hormat terhadap makhluk kecil itu.
Kisah ini telah diceritakan dan dijelaskan dalam Surah An-Naml, ayat ke-18 yang seterusnya menjadikan ayat ini salah satu doa yang boleh kita baca untuk halau semut daripada kawasan rumah atau kawasan peribadi kita.
Daripada cerita ini juga, kita dapat simpulkan bahawa setiap makhluk itu sangat berharga tidak kira besar atau kecil. Sebagai umat Islam, selagi makhluk itu tidak mendatangkan bahaya, kita sama sekali tidak dibenarkan untuk membunuh mereka.
Cara Halau Semut dalam Islam
Bagi anda yang mempunyai masalah melibat serangga kecil ini, salah satu cara yang sangat digalakkan dalam Islam ialah dengan membaca doa di bawah, yang di ambil dari kisah Nabi Sulaiman seperti yang diterangkan pada bahagian sebelum ini:
Sumber: Surah.my
Berikut merupakan bacaan rumi bagi doa halau semut dan maknanya:
Rumi:
Hattā iżā atau ‘alā wādin-namli qālat namlatuy yā ayyuhan-namludkhulụ masākinakum, lā yahṭimannakum sulaimānu wa junụduhụ wa hum lā yasy’urụn.
Maksud: “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari”
Baca berkenaan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) & Prinsip Akidahnya di SINI
Cara Lain Halau Semut
Selain membaca doa halau semut, anda juga boleh menggunakan cara-cara di bawah untuk halau semut dari memasuki rumah anda:
Kapur Anti Serangga: Bagi mengelakkan semut dari memasuki rumah, anda boleh menggunakan kapur anti serangga di sekitar kawasan yang sering dilalui semut agar dapat menghalang mereka daripada masuk ke dalam rumah.
Asam Borat: Bahan ini berkesan untuk membunuh semut, anda boleh taburkan asam borat di sudut-sudut rumah atau tempat yang sering dilalui semut, tetapi berhati-hati agar tidak terdedah kepada anak-anak.
Air Lemon: Menaburkan air lemon ke kawasan yang sering dilalui semut dapat menghalau mereka. Aroma lemon menutupi jejak makanan yang menarik semut.
Cuka Putih: Campurkan cuka putih dengan air (1:1) dan sembur pada permukaan yang sering dilalui semut. Cuka ini dapat membantu dalam menghilangkan jejak feromon yang ditinggalkan semut.
Garam: Menaburkan garam di sekitar kawasan yang dilalui semut boleh menghalang mereka daripada masuk ke dalam rumah.
Minyak Peppermint: Campurkan beberapa titis minyak peppermint dengan air dalam botol semburan dan spray ke kawasan yang sering dilalui semut. Aroma peppermint yang kuat dapat mengusir semut.
Cengkeh: Menaruh beberapa biji cengkeh di kawasan yang sering dilalui semut juga boleh membantu menghalau mereka, kerana aroma cengkeh yang kuat tidak disukai semut.
Ampas Kopi: Taburkan ampas kopi di tempat berkumpulnya semut. Seperti bahan sebelumnya, aroma dari ampas kopi ini membantu menghalau semut.
Jaga Kebersihan Rumah: Pastikan sisa makanan dibersihkan dan makanan yang tidak habis disimpan dengan rapi di dalam bekas bertutup. Semut tertarik kepada makanan, jadi menjaga kebersihan adalah langkah pencegahan yang penting.
Dengan membaca doa halau semut dan melakukan perkara-perkara di atas, Insya-Allah semut-semut tersebut tidak akan lagi mengganggu kehidupan seharian anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/doa-halau-semut/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-halau-semut