Dnb 5g Dedah Perujanjian Kepada Umum




DNB 5G: Dedah perujanjian kepada umumPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: September 24, 2022
SharePerkhidmatan internet 5G yang masih belum dimuktamadkan antara pengendali tunggal Digital Nasional Berhad (DNB) dan 4 syarikat telekomunikasi (telco) tempatan yang bertindak sebagai operator terus menjadi tanda tanya kepada rakyat Malaysia.
Berbanding negara jiran Singapura yang telah mengoperasikan perkhidmatan 5G, Malaysia masih bergelut untuk menentukan syarikat mana yang akan membekalkan perkhidmatan tersebut kepada pengguna.
Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Manivanan Gowin kelewatan penyediaan 5G di negara ini harus disalahkan sepenuhnya ke atas Kerajaan BN – PN yang mempunyai model perniagaan berbeza daripada negara lain.
Katanya Kerajaan BN – PN menggunakan model Single Wholesale Network (SWN), iaitu syarikat berkaitan kerajaan menjadi pengendali tunggal spektrum 5G dan menjual lesen kepada telco.
Di kebanyakan negara, ujar Manivanan, kerajaan melelong sahaja hak operasi kepada telco dan urusan menjadi lebih mudah.
“DNB menggunakan konsep Multi-Operator Core Network (MOCN) teknologi 5G.
“Ini bermaksud DNB adalah kontraktor tunggal yang memonopoli projek ini, manakala syarikat – syarikat telekomunikasi hanya sebagai pemborong yang menawarkan perkhidmatan 5G kepada pengguna akhir
“Di negara lain hak membangunkan spektrum 5G dilelong kepada telco sekaligus mewujudkan persaingan sihat (dari segi harga dan kecekapan perkhidmatan) serta menjana pendapatan kepada kerajaan,” katanya.
Kebijakan Kerajaan BN – PN untuk berniaga perkhidmatan 5G itu, kata Manivanan menyebabkan negara terpaksa berbelanja besar untuk memodalkan penubuhan DNB.
Malah katanya, kecekapan dan kemampuan DNB sebagai kontraktor tunggal 5G belum lagi teruji sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai kecekapan perkhidmatan dan kebolehan menjana keuntungan.
“Dalam hal ini apakah model harga dan pelan akses rangkaian yang dipersetujui antara DNB dan 4 telco yang dinyatakan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan 5G itu?
“Berapakah pula pegangan ekuiti antara DNB dan 4 telco? Siapakah pemegang ekuiti majoriti dalam projek 5G ini?” tanya Manivanan.
Tegas beliau, kerajaan perlu menjelaskan setakat mana peranan, pengaruh dan kawalan pelaburan 4 telco berkenaan terhadap projek 5G. Juga apakah DNB akan mengenakan caj kepada 4 telco itu untuk akses 5G atau memperuntukkan spektrum?
Rakyat juga, katanya, perlu tahu apakah kandungan surat Tawaran Akses Rujukan (RAO) DNB yang seharusnya telah menetapkan harga, komitmen perkhidmatan dan butiran butiran lain bagi model borong 5G tersebut.
Tambah mantan Ahli Parlimen Kapar itu, perbincangan dan perjanjian di antara DNB dan syarikat syarikat telekomunikasi sebelum ini telah tertunda beberapa kali, dari Mei ke Jun, ke Julai dan kini September atas sebab sebab yang hanya diketahui oleh mereka yang terlibat.
Penjelasan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bahawa perbincangan telah sempurna dan perjanjian rangkaian 5G akan ditandatangani sebelum 30 September ini mungkin memberi sedikit kelegaan.
Namun, kata Manivanan, disebabkan terdapat pendekatan dan mekanisme yang belum teruji dan terbukti yang digunapakai oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan dan DNB maka rakyat Malaysia sebagai pengguna terakhir berhak mengetahui intipati dan butiran perjanjian antara DNB dan 4 telco tersebut secara terbuka dan telus.
“Saya menuntut jawapan kepada soalan saya
“Saya menggesa kerajaan Malaysia telus mengenai intipati dan butiran perjanjian sebelum proses tandatangan antara DNB dan 4 syarikat telekomunikasi dimeterai,” kata Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat KEADILAN itu lagi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/dnb-5g-dedah-perujanjian-kepada-umum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siap Sedia Epik High Umum Konsert Jelajah Dunia Di Kuala Lumpur Disember Ini

Siap Sedia Epik High Umum Konsert Jelajah Dunia Di Kuala Lumpur Disember Ini

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 142 hits
Nampaknya ada ramai artis Korea yang akan melawat Malaysia untuk berjumpa dengan peminat pada tahun ini ARTIKEL BERKAITAN Selepas Lay EXO dan Kang Daniel yang telah mengumumkan rancangan mereka untuk mengadakan konsert jelajah dunia di Mala...
Saya Tidak Umum Bertanding Di Ampang

Saya Tidak Umum Bertanding Di Ampang

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 103 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanggah kenyataan Exco Perikatan Nasional Johor Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mendakwa beliau tidak yakin untuk menang di kawasan majoriti Melayu Ketua Pembangkang itu turut menyangkal desas desus be...
Pas Sifatkan Tanggungjawab Mengundi Pilihan Raya Umum Sebagai Fardhu Ain

Pas Sifatkan Tanggungjawab Mengundi Pilihan Raya Umum Sebagai Fardhu Ain

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 148 hits
PADANG RENGAS PAS menyifatkan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum sebagai fardu ain yang perlu dipenuhi oleh umat Islam Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata mengundi menjadi fardu ain kerana suasana orang Islam dalam kead...
Dji Umum Osmo Mobile 6 Status Panel Amp 039 Quick Launch Amp 039 Dan Roda Di Bahagian Sisi Gimbal

Dji Umum Osmo Mobile 6 Status Panel Amp 039 Quick Launch Amp 039 Dan Roda Di Bahagian Sisi Gimbal

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 145 hits
DJI hari ini mengumumkan Osmo Mobile 6 sebagai gimbal telefon pintar terbaharu jenama itu Sama seperti DJI OM 5 yang dilancarkan tahun lalu ia merupakan gimbal boleh lipat yang lengkap dengan rod pemanjangan terbina DJI memfokuskan kepada t...
Selepas Kontroversi Nam Joohyuk Buat Penampilan Umum Pertama Untuk Filem Remember

Selepas Kontroversi Nam Joohyuk Buat Penampilan Umum Pertama Untuk Filem Remember

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 127 hits
Kepada peminat yang merindui Nam Joo hyuk pelakon itu akan kembali dalam sebuah filem baru ARTIKEL BERKAITAN Pada 26 September sidang media untuk filem Remember telah diadakan secara langsung dalam talian Dua pelakon utama lelaki bersama de...
Meski Dijemput Daniel Henney Dedah Sebab Tak Hadiri Majlis Perkahwinan Hyun Bin

Meski Dijemput Daniel Henney Dedah Sebab Tak Hadiri Majlis Perkahwinan Hyun Bin

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 207 hits
Sudah muncul dalam 2 naskhah bersama persahabatan antara Hyun Bin dan Daniel Henney nampaknya semakin akrab kini ARTIKEL BERKAITAN Pada siaran 10 September program MBC The Manager Daniel Henney telah muncul sebagai tetamu bagi mendedahkan k...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst