Diy Pokok Monstera Tiruan Hiasan Cantik Dan Menjimatkan Kos
Sekarang musim orang mendeko rumah dengan pokok-pokok hijau. Pokok hiasan berdaun lebar atau berdaun panjang telah menjadi viral dan menjadi dekorasi wajib rumah masa kini. Pada yang tiada masa menjaga pokok hidup, boleh saja mendapatkan pokok tiruan. Di blog ini, kali ini aku nak kongsi cara buat sepasu pokok berdaun lebar iaitu DIY pokok monstera tiruan, hiasan cantik dan menjimatkan kos gittew!
DIY Pokok Monstera Tiruan, Hiasan Cantik Dan Menjimatkan Kos
Pokok monstera merupakan sejenis bunga hiasan dalaman yang berdaun besar dan berbentuk oval. Sebahagian jenis pokok monstera ada seperti koyakan pada daunnya. Keunikan koyakan pada daunnya itulah yang menjadi kegilaan peminat dekorasi hiasan dalaman sekarang. Kalau beli pokok hidup di nurseri boleh mencecah ratusan ringgit sepokok. Mahal sungguh!
Pokok mostera tiruan juga kepalang mahal harganya. Boleh mencecah hampir RM100 bergantung kepada kecil besarnya pokok mostera tiruan itu. Jalan yang paling mudah dan menjimatkan kos adalah buat sendiri @ DIY(Do-It-Yourself). Gunakanlah sikil kaftangan yang ada tapi tak seberapa itu untuk membuat dan menghiasnya sendiri. Harga bahan-bahan DIY sendiri tak semahal apabila membeli pokok tiruan di kedai.
Nak lebih menjimatkan, bahan hampir semua beli di kedai eco. Bahan pembalut batang boleh beli di kedai bunga hiasan @ kedai peralatan menjahit rasanya. Cukup semua bahan, bolehlah mula membuatnya. Mudah sangat membuatnya. Sekejap saja siaplah sepasu pokok monstera yang di idamkan.
DIY Pokok Monstera Tiruan, Hiasan Cantik Dan Menjimatkan Kos Bahan-bahan membuat DIY pokok monstera tiruan: 2 set daun monstera eco (8 keping) - eco 1 pasu - eco 1 rumput tiruan - eco 1 pembalut batang hijau - kedai bunga 1 gabus polisterine - kedai bunga 1 batu-batu hiasa - eco Lidi atau kayu untuk batang pokok - sedia ada Kertas suratkhabar lama - jika perlu Cara :membuat DIY pokok monstera tiruan: Susun batu dalam pasu sebagai pemberat supaya pasu stabil. Sumbat kertas surat khabar lama secukupnya di keliling polisterin supaya polisterin kekal posisi di tengah.
Seterusnya lekatkan daun monstera selang seli pada kayu atau lidi dan lilitkan dengan pembalut hijau, Susun hingga ke bawah dengan sekata sampai habis.
Ubahsuai kedudukan dawai biar daun itu kembang dengan cantik. Akhir sekali masukkan dan cucuk pokok monstera pada polisterin di pasu dan tutup dengan rumput tiruan. Hias dengan batu lebihan. Sepasu poko momstera tiruan siap dengan bergaya.
Bolehlah di hias di sudut rumah. Aku kongsi cara buat pokok monstera ini dari FB She Syida. Kos membuat DiY pokok monstera ini hanyalah dalam RM10.20 sahaja katanya. masih ada lagi lebihan rumput dan polisterin untuk projek seterusnya. Menjimatkan, bukan?
Nak lebih informasi tentang DIY barang hiasan dan keperluan klik SINI
p/s: Minat juga nak buat DIY ni, nanti nak cari barang-barang di kedai eco... huhu!
#kredit & pic: FB She Syida
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2020/09/diy-pokok-monstera-tiruan-hiasan-cantik-dan-menjimatkan-kos.html