Diy Pasang Flash Brake Light
Pertanyaan yang diajukan.. Ct Arina said...aku teringin nak tambah LED utk lampu break.ekeke =D
bro, aku nak tanye mcm ne nak pasangnya.
Jawapan kami.. Thanks pada Ct Arina bertanya.. Maaf agak lambat balas sebabnya saya agak sebuk kebelakangan ni.. Secara ringkasnya saya cuba terangkan seperti di bawah ni.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬Diy pasang Flash Brake Light ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬Trend baru ramai yang pasang lampu Flash Blinking Brake Light kat bawah bumper belakang kereta...kalau tak salah rasanya lampu brake ni dipasang pada lori treller je yang pakai tapi dulu tapi jenis bulat..sekarang dah trend bubuh kat kereta..Sebenarnya ramai yang cakap pasang lampu Flash Brake Light ni sebagai lampu brake tambahan ke empat bila tekan brake lampu tu berkelip-kelip..bertujuan nak bagi pemandu kat belakang alert dan berjaga-jaga...Untuk keselamatan juga rasanya...
Tapi ada juga yang kata pihak JPJ tidak membenarkan pemasangan sebarang Flash Blinking Light pada kereta..terutama penggunaan lampu berwarna dan berkelip-kelip (contohnya lampu warna biru/hijau/merah).. So perkara ni saya tak berani kata salah atau tidak pemasangan lampu brake macam ni dari segi undang-undang jalan raya macam mana.. Sebabnya ramai yang lepas tak kena tahan pun bila jumpa roadblock..
F1 Blinking Brake Light Ok.. Kalau kita gi kedai acsesori kereta ada jual F1 Blinking Brake Light bentuk tiga segi dengan warna Merah, Putih atau Biru.. harga tengok jenis tak silap antara RM 30- RM 15 pun ada.. kat pasar malam pun dah ade orang jual lampu ni..
Cara-cara nak pasang.. 1-Lampu ni sebenarnya simple dan senang ajer nak pasang ... ada jenis yang dua wayer ajer dan ada juga jenis tiga wayer.
2- Cuma kita kena buka dulu set rear tail light tu dulu..( sebelah sahaja ) 3-Wayar kat lampu belakang ni ada banyak, cari mana satu soket wayar brake..so pastikan mana satu wayer brake tersebut.. Selalunya wayar lampu brake ni, cari soket yang ada kembar 3 wayer (hitam, merah,hijau).... bukan lampu signal atau reverse lak ye. 4-Tengok soket lampu belakang mesti ada 3 wayar . Potong wayar warna hitam , hijau. Sambungkan dengan wayar LED. Pastikan dulu wayar LED tu mana yang -ve dan +ve. sambungkan dengan wayar lampu F1 tadi dengan tape wayer kemas-kemas. 5- Sebelum tu wayer lampu F1 tu kita letak dari arah sebelah belakang bumper .. 6- Lampu F1 tu ada braket sebelah atas.. Selitkan pada bumper .. Pastu skrewkan ketat-ketat supaya tak tercabut … 7-Ok bila dah siap .. cuba testing lampu tekan brake nyala ke tak..
Universal Flash Blinking Brake LightAda satu lagi brand lain selaian F1 punya .. Brake light ni jenis 4 segi pun sama letak kat belah bawah bumper belakang kereta..jenis universal Flash Blinking Brake Light
Rasanya lebih cantik sebabnya mentol LED dia lebih banyak berbanding F1 punya brand.. (cahaya LED dia lebih bersinar memancar). Cara pemasangan Diy tu sama ajerr macam kat atas..
Yang menariknya adalah colour LED tu ada 3 jenis Contoh macam dalam gambar Flash Blinking bila dah nyala..Ada nampak ramai gak yang pasang kat bumper belakang kereta ..
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://firestartingautomobil.blogspot.com/2012/02/diy-pasang-flash-brake-light.html