Pasang Roof Rack Carrier Atas Kereta


Pertanyaan yang diajukan.. Zakaria Said aku punyai masalah loading barang so aku terfikir, kalau pasang top carrier atas kereta aku.. ade pernah nampak kereta taruk carrier ni, Btul ker kalau nak bawak barang nie atas carrier kereta tak dibenarkan? Jawapan kami..
Thanks En.Zakaria bertanya.. Sebenarnya saya tak tahu camner nak jawab ni...sebabnya tak disebut barang apa yang nak di loding atas bumbung kereta tu... tapi saya berikan sedikit info berkenaan dengannya..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pasang Top roof rack Carrier 
Atas Bumbung Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Mengenai pemasangan Top Carrier untuk loading barang sebenarnya dikategorikan pengubahsuaian tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)... Sepertimana perenggan dibawah ni
 
”Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan terhadap"
-Pemasangan para bumbung.
-Bagi pemasangan para para bumbung, ia tidak boleh melebihi panjang bumbung atau lebar kenderaan dan tidak melebihi ketinggian 400 milimeter diukur dari bahagian teratas para bumbung itu.
-Roof rack dan top carrier box tiada masalah nak pasang....Tetapi jika nak loading barang ( letak barang) diatas bumbung kereta.. Kena buat rujukan dan mintak kebenaran JPJ terlebih dahulu sebenarnya.. Contohnya letak bot fiber, basikal, tangga atau barang-barang sebagainya ( ini termasuklah papan tanda iklan sekali pon)..
Antara contoh-contohnya mana dibenarkan dan tidak dibenarkan seperti dibawah:


Membawa basikal
-Boleh guna jenis bike carrier atas bumbung kereta
-Sebenarnya penggunaan rak basikal jenis sangkut kat belakang tu salah, kalau kantoi dengan JPJ lah..kerana mengikut syarat, kedudukan basikal hendaklah tidak melebihi bahagian hadapan, belakang & tepi bumbung kenderaan. 
-Lagi pon letak basikal kat belakang tu bahaya sebabnya lampu signal , lampu brake kereta pun tak nampak pun bila menyala.. pandangan dari cermin belakang terhalang dan Nombor plat kereta tak nampak...

Membawa Bot Kecil , Sampan & Kayak
-Jenis-jenis kereta yang boleh bawak bot atas bumbung seperti kereta sedan, kereta 4wd dan kereta wagon asalkan boleh tampung bebanan bot tersebut..
-Panjang bot mesti tak melebihi panjang kereta…
-Lebar bot mesti tidak melebihi lebar bumbung kereta…

Membawa Tangga Kecil dan Barang
-Kalau setakat nak bawa tangga pendek tu boleh.. tapi kena ikut kesesuaian panjang lebar tangga tersebut dengan kereta tersebut..
-Kalau nak bawak buloh, batang nibong ker, pipe pvc atau kayu panjang tu.. kalau dah terjulur terlebih dari panjang kereta tu dah sah-sah tak boleh..

-Kalau setakat nak bawa barang-barang ringan memang boleh tetapi di letakkan di dalam Car Top Carriers Box atau jenis cargo Bag (contohnya ada jenis Top Carrier yang boleh muat 40 liter muatan dan tengok saiz box lahh..) tetapi jangan melebihi had muatan lahh..
-Top Rack Carrier ni boleh dibeli kat mana-mana kedai aksesori kereta… jenisnya bergantung pada jenis kenderaan…. Contohnya besi palang , Top Carriers Box atau jenis cargo Bag boleh cari brand THULE atau Matchmake.. Sebabnya dia punya main chasis roof rack jenis clip on pada kereta … tali pengikat cargo lashing dan clip tu elok gunakan cari jenis clip (cargo lashing) yang boleh grip atas bumbung tu... yang macam selalu ikat lori barang tu…barulah kukuh sikit..


-Yang ni tak di benarkan langsung kerana melebihi muatan , tiada safety, bahaya lagi muatan tak balance dan overweight... Kalau ambik selekoh jalan atau ada rintangan angin mau terbalik kereta..Nampak JPJ atau trafic memang kena saman punya lah...
_______________________________

Cara nak minta Surat Kebenaran bawa barang atas bumbung kereta
-Untuk carry basikal, bot, sampan, kayak atau tangga atas kereta.. Pihak berkuasa JPJ telah keluarkan satu arahan untuk membawa bot , sampan, kayak atau tangga mesti di pohon ( boleh kata macam surat kebenaran JPJ lah) melalui borang KA/PA/007.. tajuk borang tu… Borang Permohonan Pemasangan Aksesori (Menambah Penumpang / Memasang Kanvas / Tambah Pagar Sisi / Iklan / Bawa Bot / Surf Board / Bawa Tangga / Ekzos)
-Contoh kepala borang macam kat bawah ni..


Langkah-Langkah:
1)Pergi ke Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ berhampiran anda, minta borang seperti dalam gambar. Isikan di ruangan yg berkenaan. … Borang ini adalah diberikan secara percuma.
semuanya percuma… tak payah renew…



2)Isi borang tersebut dan sertakan dokumen-dokumen yang perlu
-Sertakan dengan satu salinan kad pengenalan pemunya berdaftar
-Sertakan satu salinan depan - belakang kad Perakuan Pendaftaran Kenderaan (geran kereta).
-Sertakan tiga keping gambar pemasangan rak di bumbung kenderaan anda iaitu pandangan hadapan, belakang & sisi. Pandangan hadapan & belakang hendaklah memaparkan no. pendaftaran kenderaan anda dengan jelas.
- Kemudian tiga keping gambar lagi bagi pemasangan rak dengan muatan di bumbung kenderaan anda iaitu pandangan hadapan, belakang & sisi. Pandangan hadapan & belakang.. Contohnya gambar tu rak dengan basikal atau rak dengan bot atau rak dengan tangga
- Kesemua gambar yang berkenaan. Perlu dilekatkan pada kertas A4
-Pada bahagian bawah kanan borang… sila tulis saiz basikal,bot atau tangga (panjang x lebar)…


3)Hantarkan kesemua borang dan gambar yang diminta. Pastikan anda kepilkan semua sekali dimulai dengan borang permohonan, diikuti salinan kad Perakuan Pendaftaran Kenderaan, serta gambar pemasangan rak. Pegawai JPJ kemudiannya akan meminta anda menandatangani buku akaun penyerahan borang dan menyerahkan Kad Akuan Terima yang dicop tarikh penerimaan.

4)Kebiasaannya proses ini akan mengambil masa selama 1 minggu. Anda dinasihatkan supaya menghubungi no. telefon yg tertulis pada kad Akuan Terima untuk memeriksa adakah surat ini telah disiapkan sebelum datang mengambilnya di pejabat JPJ.

5) Apabila telah mendapat surat ini, sila pastikan surat ini sentiasa dibawa dalam kenderaan. Jika ditahan dalam sekatan jalanraya, tunjukkan surat kebenaran ini apabila diminta. kiranya surat ni kene letak kat keta laa sepanjang masa.. Bahagian Kejuruteraan Automotif akan memberi sebanyak tiga salinan surat ini untuk simpanan.***Setakat ini ajer yang termampu nak maklumkan... Selebihnya tanya kat pihak JPJ  yang lebih arif kalau nak kepastian sebenar-benar nya..
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://firestartingautomobil.blogspot.com/2012/04/pasang-roof-rack-carrier-atas-kereta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Selalu Brek Atas Jalan Lelaki Tendang Kereta Wanita

Punca Selalu Brek Atas Jalan Lelaki Tendang Kereta Wanita

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 227 hits
Gaya pemanduan seorang wanita yang didakwa selalu membrek kenderaan ketika di jalan raya mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang kemudian menendang pintu kereta mangsa hingga kemek Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner...
Awesome Cuci Kereta Paling Senang

Awesome Cuci Kereta Paling Senang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 356 hits
kalau di malaysia ni ada sungai ke parit ke rendam terus
Terkini Struktur Kren Launcher Jatuh Menghempap Kereta

Terkini Struktur Kren Launcher Jatuh Menghempap Kereta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 126 hits
STRUKTUR KREN LAUNCHER JATUH MENGHEMPAP KERETAKejadian berhampiran Puncak Banyan Persiaran Alam Damai KL4 mangsa terlibat Pemandu Bezza parah 3 pekerja tapak binaan jatuh dari ketinggian 120 kaki2 maut seorang masih tersangkut dan cuba dike...
Masinis Jepang Gugat Perusahaan Karena Gaji Dipotong Setelah Kereta Telat Semenit

Masinis Jepang Gugat Perusahaan Karena Gaji Dipotong Setelah Kereta Telat Semenit

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 103 hits
Masinis kereta api Jepang menggugat perusahaannya setelah gajinya dipotong 56 yen atau sekitar Rp 7 000 karena menyebabkan penundaan singkat perjalanan kereta padahal sistem perkeretapian di Jepang terkenal sangat tepat waktu
Koleksi Kereta Retro Dan Antik

Koleksi Kereta Retro Dan Antik

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 118 hits
Antara koleksi kereta retro yang digunakan pada masa dahulu kala
Kekasih Baru Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Neldydia Senrose

Kekasih Baru Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Neldydia Senrose

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 174 hits
Melalui akhbar sisipan Berita Harian B Pop minggu lalu terdapat dakwaan bahawa kini pelakon jelita Nelydia Senrose kini dikatakan sedang bercinta dengan seorang ahli perniagaan malah khabarnya mereka sudah pun menjalin hubungan sejak Ogos t...
20 Kereta Buatan China Yang Ditiru Dari Jenama Terkenal

20 Kereta Buatan China Yang Ditiru Dari Jenama Terkenal

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 165 hits
China hmm memang terkenal dengan menciplak ye dok Apa apa jelah dari henpon jam tangan perhiasan semua dah ditiru China So memang tidak boleh nafikan jika orang gelarkan mereka sebagai tukang ciplak hehe Sekarang ni kita tengok kereta dari ...
Terlalu Berani Lelaki Keluar Kereta Serang 11 Harimau

Terlalu Berani Lelaki Keluar Kereta Serang 11 Harimau

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 151 hits
Seorang lelaki yang melawat sebuah zoo di China telah menunjukkan keberaniannya apabila dia keluar dari kereta dan menyerang 11 ekor harimau yang mempunyai jarak tidak terlalu jauh daripadanya Menerusi laman Kosmo seorang pengunjung Taman H...
Kereta Peronda Pdrm Chevrolet Cruze

Kereta Peronda Pdrm Chevrolet Cruze

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 141 hits
PDRM kini mempunyai sebuah kereta petrol Chevrolet nama dari jenama american Pada 2011 Polis Am dan Pameran Peralatan Khas dan Persidangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Chevrolet melalui NAZA kumpulan telah mengumumkan Cruze da...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord