Dividen Rm50 Bilion Kenapa Pemuda Umno Bn Tidak Ulang Hujah Jarah Dana Petronas








 Pembayaran dividen khas oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM25 bilion menjadikan keseluruhan pembayaran dividen kepada kerajaan tahun ini mencecah RM50 bilion dikhuatiri mengurangkan rizab syarikat petroleum negara itu.

Bagi Timbalan Ketua Angkatan Muda Pakatan Harapan, Adam Adli Abdul Halim, jumlah bayaran tersebut tidak jauh beza berbanding RM54 bilion, termasuk sejumlah RM30 bilion dividen tambahan yang diterima oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019 lalu dalam menyelesaikan masalah tunggakan bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang tidak diurus dengan betul oleh pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak sebelumnya.

Cuma, kata beliau, ketika itu Pemuda Umno menghentam kerajaan PH kononnya telah menjarah dan memerah duit Petronas, sedangkan kritikan yang sama tidak dilemparkan terhadap pentadbiran PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini

"Harus diingatkan, dividen khas yang dibayar oleh Petronas pada 2019 dahulu adalah bagi menampung tunggakan bayaran balik GST selepas kerajaan Barisan Nasional, dengan secara salah, tidak memindahkan kutipan cukai berkenaan ke dalam Tabung Bayaran Balik GST seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang di bawah Seksyen 54 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 ketika itu.

"Oleh itu, kita wajar menuntut jawapan dan respons dalam isu ini, terutama daripada pemimpin-pemimpin yang pernah lantang mengkritik termasuklah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Saudara Asyraf Wajdi yang masih belum bersuara apabila kerajaan yang PM dan Menteri Kewangannya adalah pempimpin kanan dari parti serta gabungan pemerintah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu bertanya lagi, apakah Ketua Pemuda Umno atau pemimpin kerajaan yang pernah mengkritik dahulu itu selepas ini akan menarik semula kritikan mereka terhadap langkah Kerajaan PH dahulu.

Selain itu, beliau juga membangkitkan komen pimpinan Kerajaan BN - PN yang menyarankan supaya Petronas membayar lebih tinggi hasil kepada Kerajaan Persekutuan.

"Jika diteliti semula, kerajaan gabungan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang memerintah hari ini telah pun membuat unjuran bagi tujuan mendapatkan sumbangan dan dividen daripada Petronas pada jumlah yang lebih tinggi daripada apa yang diterima ketika PH.

"Dalam laporan yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad, Petronas sepatutnya dianggarkan menyumbang sebanyak RM55 bilion hingga RM59 bilion kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini.

"Jangkaan itu termasuk sumbangan dalam bentuk dividen, cukai korporat, cukai petroleum, cukai makmur, bayaran tunai hasil petroleum, serta duti eksport," katanya.

Bagaimanapun Adam menasihatkan kerajaan BN agar tidak meminta terlalu banyak dana dari Petronas sehingga membebankan syarikat petroleum itu dan mungkin akan mengurangkan peruntukan untuk pelaburan carigali serta penyelidikan dan Pembangunan (R&D) pada masa hadapan.

"Meyakini keupayaan dan integriti pengurusan semasa Petronas, menjadi harapan agar Petronas dalam mengumumkan pemberian sumbangan dan dividen kepada kerajaan telah pun mengambil kira kemampuan dan daya saing syarikat, selain aspek penampan serta keupayaan berhadapan dengan sebarang ketidaktentuan.

"Pihak kerajaan pula digesa mengamalkan ketelusan agar dapat dipastikan segala perbelanjaan daripada hasil sumbangan dan dividen Petronas itu digunakan secara betul, bukan menampung kepentingan pihak tertentu, menampal kerugian akibat keculasan kerajaan BN - PN, apatah lagi bagi tujuan berkait kepentingan dalam pilihan raya akan datang," katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/dividen-rm50-bilion-kenapa-pemuda-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Nafi Pm Didesak Campur Tangan Kes Mahkamah

Pemuda Umno Nafi Pm Didesak Campur Tangan Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 378 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 22 2022 9 29 PMKetua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menafikan sebarang perbincangan mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mencampuri urusan mahkamah Dalam catatan Facebook hari ini Asyraf berkata dia ...
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 391 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Barisan Masa Depan Umno Pemuda Negeri Sembilan Pertahan Khairy

Barisan Masa Depan Umno Pemuda Negeri Sembilan Pertahan Khairy

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 161 hits
agendsily com05 09 2022Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir mempertahankan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin masa depan dan aset penting UMNO Pemimpin barisan masa depan UMNO terus mempertahankan...
Are You Happy Or Not With Petronas Rm50bil Payout Pkr Youth Asks Umno

Are You Happy Or Not With Petronas Rm50bil Payout Pkr Youth Asks Umno

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 302 hits
PKR Youth chief Adam Adli asks his Umno counterpart Asyraf Wajdi Dusuki why he is silent on Petronas total dividend payout of RM50 billion for the year PETALING JAYA With Petronas set to pay the government RM50 billion in dividend payouts t...
Jom Dengar Himpunan Lebai Janji Tak Mahu Join Umno

Jom Dengar Himpunan Lebai Janji Tak Mahu Join Umno

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 182 hits
Sebaliknya Malaysia akan Makmur berdaya saing setanding singapura indonesia brunei new zealand australia turkiye amerika dan eropah jika PM nya DS Anwar Ibrahim inshaAllah you all do watch out my sttmnt as well sdgkan baru 22 bln PH perinta...
A Day After Najib Jailed Pm Ismail Sabri Attends Political Bureau Meeting At Umno Headquarters

A Day After Najib Jailed Pm Ismail Sabri Attends Political Bureau Meeting At Umno Headquarters

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 215 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob is pictured leaving the 2023 Budget Consultation at Ministry of Finance in Putrajaya August 23 2022 Picture by Sayuti ZainudinKUALA LUMPUR Aug 24 Barely 24 hours after disgraced former prime min...
Umno Leaders Arrive For Political Bureau Meeting

Umno Leaders Arrive For Political Bureau Meeting

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Top Umno leaders have started to arrive at the party headquarters for its political bureau meeting on Wednesday night to discuss various issues including preparations for the 15th General Election Umno president Datuk Seri Dr A...
Ketika Umno Diasak Ismail Sabri Kata Akan Fikir Jawatan Presiden

Ketika Umno Diasak Ismail Sabri Kata Akan Fikir Jawatan Presiden

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 229 hits
agendaily com23 08 2022Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memikirkan bertanding jawatan presiden parti apabila tiba masanya kelak Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri berkata beliau akan memikirkan untuk bertanding...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Npra Pra Pendaftaran Sistem Quest3

Pengalaman Guna Autowasap Aplikasi Automasi Whatsapp Marketing Untuk Peniaga Kecil

Ibu Sempat Berhubung Dengan Anak 30 Minit Sebelum Nahas Maut Di Gua Musang

Jom Terus Amalkan

Kucing Bernama Dak Jasmine

13 Golongan Yang Kencingnya Menyebabkan Solat Tidak Sah