Barisan Masa Depan Umno Pemuda Negeri Sembilan Pertahan Khairy


agendsily.com05/09/2022
Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir mempertahankan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin masa depan dan aset penting UMNO.
Pemimpin barisan masa depan UMNO terus mempertahankan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, namun menggesa beliau diletak bertanding di kawasan tepat dan sesuai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang,

Menyifatkan Menteri Kesihatan berusia di bawah 50 tahun itu sebagai pemimpin masa depan negara, Pemuda UMNO Negeri Sembilan berkata Khairy adalah juga aset penting parti.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata pihaknya yakin dengan kepemimpinan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan akan meletakkan Khairy di kerusi Parlimen yang bagus pada PRU-15 nanti.

“Yakinlah, dia (Khairy) adalah aset UMNO dan pemimpin masa depan, jadi parti tidak akan mengetepikan beliau,” katanya menurut BH ketika diminta mengulas kedudukan Khairy di Parlimen Rembau pada PRU akan datang.

Terdahulu, Agenda Daily memetik sumber yang rapat dengan Khairy sebagai berkata Khairy dilihat tergolong dalam barisan baharu yang berpotensi untuk mengambil alih kepemimpinan tertinggi UMNO dan langkah beliau harus dicantas terlebih dahulu.

Individu yang rapat dengan Khairy tetapi tidak membenarkan nama disiarkan, memberitahu Agenda Daily bahawa populariti bekas Ketua Pemuda UMNO itu semakin meningkat setelah dilantik semula menjadi menteri ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan kemudiannya dikekalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum itu, Khairy dalam satu program di Kuala Lumpur dilaporkan mengesahkan beliau tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15.

Keputusan itu dibuat selepas beliau diarah mengosongkan kerusi berkenaan oleh Tok Mat (Mohamad Hasan) yang mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Khairy mengakui terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau.

Susulan itu, Pemuda UMNO Bahagian Seremban mencadangkan supaya Khairy yang juga Timbalan Ketua Bahagian Rembau bertanding di Parlimen Seremban berdepan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Sumber yang rapat dengan Khairy bagaimanapun berkata cadangan itu adalah langkah untuk membunuh kerjaya politik Menteri Kesihatan itu, kerana kekuatan DAP di kerusi berkenaan.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Seremban disandang Anthony Loke sejak tiga penggal lalu bermula pada PRU-12 hingga yang terakhir pada PRU-14 mengalahkan calon MCA, dan PAS.

Dalam ketiga-tiga PRU itu undi yang diperolehnya sentiasa meningkat iaitu memperoleh 48 peratus pada 2008, 52 peratus (2013) dan 60 peratus (2018).

Semalam, seorang lagi pemimpin barisan masa depan UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempertahankan Khairy, setelah muncul desakan supaya Menteri Kesihatan itu mengosongkan kerusi Parlimen Rembau pada PRU-15 akan datang.

Reezal Merican yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bapa mentua Khairy, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan Ahli Parlimen Rembau itu sebagai ‘aset politik’ UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang cukup penting bagi menyumbang kemenangan pada PRU-15 nanti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu juga berpendapat jika Khairy tidak bertanding pada PRU-15, ia bakal mewujudkan ‘senario terburuk’ atau ‘worst-case scenario’ terhadap parti.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidy berkata, Khairy adalah aset UMNO dan boleh memimpin parti itu pada masa depan

“, Khairy perlu diberikan tempat (kerusi) yang sesuai dan jika dia tidak diberikan tempat (bertanding), UMNO akan rugi.

“Saya yakin Mohamad dan pucuk pimpinan parti akan berikan tempat (kerusi) yang baik untuk Khairy. Berilah kepercayaan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan sewajarnya,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/barisan-masa-depan-umno-pemuda-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kj Bakal Pm Masa Depan Beliau Mesti Kekal Di Rembau Tok Mat Yang Patut Cari Kawasan Lain

Kj Bakal Pm Masa Depan Beliau Mesti Kekal Di Rembau Tok Mat Yang Patut Cari Kawasan Lain

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 210 hits
Sejak Khairy Jamaluddin mendedahkan tentang beliau telah diminta menyerahkan kerusi Parlimen Rembau yang dipegangnya sejak tiga penggal lalu kepada Mohamad Hasan seluruh kecenderungan nampaknya bersetuju dengan keperluannya berpindah ke kaw...
Dividen Rm50 Bilion Kenapa Pemuda Umno Bn Tidak Ulang Hujah Jarah Dana Petronas

Dividen Rm50 Bilion Kenapa Pemuda Umno Bn Tidak Ulang Hujah Jarah Dana Petronas

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 149 hits
Pembayaran dividen khas oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM25 bilion menjadikan keseluruhan pembayaran dividen kepada kerajaan tahun ini mencecah RM50 bilion dikhuatiri mengurangkan rizab syarikat petroleum negara itu Bagi...
Abang Bomba Tunjuk Skill Spider Man Depan Isteri Masa Photoshoot Kahwin Video Raih Lebih Sejuta Views Tak Sampai 24 Jam

Abang Bomba Tunjuk Skill Spider Man Depan Isteri Masa Photoshoot Kahwin Video Raih Lebih Sejuta Views Tak Sampai 24 Jam

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 289 hits
Foto perkahwinan Norman dan isteri menjadi tular di media sosial BELUM pun reda kisah sekumpulan abang bomba sado yang muncul pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu kini menjadi tumpuan Bukan kerana ...
Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Di Aeon Mall Nilai Negeri Sembilan Selamat Hari Merdeka Ke 65

Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Di Aeon Mall Nilai Negeri Sembilan Selamat Hari Merdeka Ke 65

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 333 hits
Salam to all my readers Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai Negeri Sembilan Selamat Hari Merdeka ke 65 Selamat Hari Merdeka buat semua harini timeline media sosial aku dibanjiri dengan status kemerdekaan S...
Salah Kaprah Terhadap Anak Punk Dianggap Berandalan Sampai Nggak Punya Masa Depan Apa Benar

Salah Kaprah Terhadap Anak Punk Dianggap Berandalan Sampai Nggak Punya Masa Depan Apa Benar

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 193 hits
Kalau dilihat dari penampilannya memang beda tapi anak punk nggak selalu sama dengan apa yang kamu pikir kok
Sembilan Pelajar Di Kaltim Keroyok Seorang Pemuda Hingga Meninggal

Sembilan Pelajar Di Kaltim Keroyok Seorang Pemuda Hingga Meninggal

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 197 hits
Sembilan pelajar di Kabupaten Paser Kalimantan Timur mengeroyok seorang remaja berinisial RR hingga tewas Belum diketahui motif para pelajar yang kini sudah ditetapkan sebagai tersangka
Pas Ikrar Pertahan 3 Negeri Gesa Ahli Wala Keputusan Parti Walau Beza Pandangan

Pas Ikrar Pertahan 3 Negeri Gesa Ahli Wala Keputusan Parti Walau Beza Pandangan

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 155 hits
freemalaysiatoday com September 3 2022 11 35 AMAbdul Hadi Awang berkata perbezaan pendapat adalah perkara biasa dan ahli mesti taat serta wala kepada keputusan parti ALOR SETAR PAS ikrar untuk mempertahankan tiga negeri yang dipimpin parti ...
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 343 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menggubah Bunga Hiasan Meja

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Rajaram Raj Sulu Tampun Puji Chord

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna