Diuji Mengandung Luar Rahim


Assalamualaikum, sebelum ini Bella ada ceritakan yang Bella Rezeki Hamil Setelah 7 Tahun boleh baca link ini. Tapi sebenarnya kandungan tu tak jadi. Bella DIUJI MENGANDUNG LUAR RAHIM. Sangat - sangat diuji dan diduga. 7tahun tunggu, Alhamdullilah. Mengandung tapi luar rahim. Bella nak kongsikan dengan korang pengalaman Bella mengandung luar rahim ataupun etopic pregnancy.


Masa Bella dapat tahu Bella mengandung tu, kami tengah bersiap - siap nak balik Kedah. Masa nak balik Kedah tu Bella rasa badan tak sedap sangat. Rasa malas tau. Dah tidur dari pagi sampai petang pun tetap penat. Period Bella jenis tak tetap. Tapi sengajalah buat Pregnant C Test sebab Bella memang pantang badan rasa lain macam sikit memang terus test. Kah2x. Sekali tu naik dua line! Macam tak percaya. Tunjuk dekat HB. Reaksi HB biasa je. Tak dalah menjerit happy ke apa sebab benda terkejut kan? Macam tak percaya dengan C test tu. Bella terus bagitahu mak Bella. Mak yang menjerit Allahuakbar, Istighfar dan mengucapkan Alhamdullilah banyak kali. Bella bagitahu mak yang Bella nak balik Kedah. Mak tak bagi sebab perjalanan jauh. Kandungan pun baru lagi. Tapi HB paksa balik juga. Dia kata "Takda apa. Ok je."
Sepanjang perjalanan Bella rasa tak sedap hati dan badan. Pergi tandas tengok ada keluar coklat - coklat. Bukan darah. Bella jadi takut sangat. Dalam hati Bella, ini semua salah HB. Mak dah kata jangan balik sebab bahaya. Gegar - gegar semua. HB pun bawa laju. Sepanjang perjalanan Bella menangis. Kiralah berapa jam Bella menangis. Kalau tadah air mata tu mahunya secebok. HB pegang tangan Bella pun, Bella tepis.


Esoknya kami pergi klinik dekat Kedah untuk pastikan yang Bella mengandung dan kandungan Bella tu ok. Doktor check dan bagitahu confirm Bella mengandung. Doktor kata " Panggil suami masuk. Alhamdullilah. Tahniah. Ini memang mengandung ya. Lama dah tunggu anak kan? Macam Siti Nurhaliza la. Bolehlah ni buat kenduri kesyukuran. Saya scan pun baby memang dekat dalam rahim la ya. OK. Alhamdulilah" HB terus peluk Bella. Dia kata barulah boleh seronok sebab dah confirm. Kami sama - sama memanjatkan rasa kesyukuran dan Bella rasa macam tak percaya je. 
Bella bagitahu dekat mak mentua Bella je. Lepas tu kami balik KL. HB pun bawa kereta perlahan - lahan sebab takut kuar apa - apa lagi. Minggu pertama Bella rasa ok je. Takda muntah teruk. Takda mengidam apa - apa cuma kuat tidur je. Setelah Bella berbincang dengan HB untuk anak pertama ini mestilah kami mahukan yang terbaik. Jadi kami fikir swasta adalah pilihan terbaik. Kami tak buat buku pink pun. Kami terus buka buku check up dan nak bersalin dekat Putra Medical Center Bukit Rahman Putra dekat Sungai Buloh dengan Doktor Marsha. Tambahan lagi dekat dengan tenpat kerja HB dan rumah kami.


Masa kali pertama kali check up, dan doktor scan dia kata tak nampak apa - apa dalam rahim Bella. Bila Bella tunjukkanlah scan dekat klinik haritu, tapi doktor kata "saya tak pasti yang scan ini tepat atau tidak!" Muka HB dah lain sangat - sangat masa ni. Doktor kata takpe, kita tengok next appointment. Period tak tetap, jadi susah nak tentukan bayi berapa minggu dan doktor suruh kami berdoa banyak - banyak. Sebelum balik doktor bagi suntikan kuatkan rahim dan bagi asid folic. Macam tu je. Masa ni kami memang tak tahu ada dan wujudnya istilah mengandung luar rahim. Ingat kalau mengandung mesti dalam rahim la. Eh! Bila Bella Google banyak lagi rupanya penyakit dan masalah mengandung ni

Minggu seterusnya Bella dah mula alahan. Muntah kadang - kadang je. Tapi mula tak selera makan. Makanan langsung tak boleh masuk tekak. Menangis - menangis Bella paksa diri makan. Paling tak boleh tahan perut Bella mula sakit. Bella pun fikir Gastric Bella datang sebab Bella tak makan. Bella Google, tanya kawan - kawan yang sudah mengandung ada tak yang sakit perut. Ada yang kata ada. Dorang kata mengandung ni alahan memang pelik - pelik. Jadi Bella tak ambil pusinglah. Bella baca selagi tak keluar apa - apa cecair atau darah, kandungan itu masih ok. Bella pun harap kandungan ini ok, jadi selagi boleh bertahan memang Bella tahan.


Bella walaupun tak selera makan, tapi Bella amat menyayangi kandungan Bella. Hari - hari Bella cakap dengan perut Bella walaupun masih kecil, dan hari - hari Bella ambil gambar perut sampai HB risau. Yela kandungan baru sangat kan? Apa - apa pun boleh jadi. Bella positif je. Bila kita positif mestilah benda positif je yang jadi kan? Tapi perut Bella semakin hari semakin sakit. Kaki sampai sejuk. Sampai Bella pakai stokin sebab memang ingat perut masuk angin. Sakit perut Bella tu sampai tiap - tiap malam Bella susah nak tidur menangung kesakitan. Tapi Bella selalu berdoa " Ya Allah s.w.t aku terima kesakitan yang kau beri ini. Aku redha. Asalkan zuriat didalam rahimku ini sihat dan terus membesar."
Kemuncak kesakitan bila hari itu HB ada Dinner company. Dua dinner lagi. HB tanya Bella boleh ke dia pergi. Bella kata ok. Sebab masa tu Bella memang ok. Lagipun Dinner company kan setahun sekali. HB pun pergi sambil berpesan jangan lupa makan nasi. Bella pun tak faham. Kenapa Bella asyik nak kena makan nasi je. Bosan Bella. Malam tu perut Bella makin sakit. Bella telefon HB suruh balik cepat dan bungkuskan nasi. Bella tak larat nak masak. HB balik dengan buat muka. Yela ganggu dia nak berseronok. Kecil ati Bella masa tu. Bella mengandung kan. Tambahan pula Bella sakit. Bella bukan suka - suka nak paksa dia balik. Lelaki kena tahu, perempuan tak akan mengadu kalau benda tu sikit. Benda tu teruk atau terseksa sangat barulah perempuan akan mengadu. Bella macam  tu la.


Bella bagitahu dekat HB Bella sakit perut sangat. HB tanya nak pergi klinik ke? Hospital ke? Bella bila tengah sakit sangat, Bella akan diam. Diam sebab bila Bella bercakap atau buat apa - apa akan keluar sekali dengan marah. Jadi lebih baik Bella diam dan biarkan HB buat keputusan dia sendiri. Bella tak sangka dia bawa Bella pergi klinik swasta saja. Doktor tu tak periksa Bella pun. Dia nasihatkan kami untuk pergi hospital dan bekalkan Bella dengan ubat tahan sakit. Balik dari klinik tu Bella macam ok. Bella pergi mandi

Lepas mandi, Bella rasa pening. Bella pakai baju dan terus duduk. Lepas tu HB tanya ok ke? Bella terus baring dekat karpet ruang tamu sebab Bella rasa macam nak pitam! Bella tak boleh buka mata. Perut rasa sakit nak mati. Terasa urat saraf Bella ditarik dari bahu kebawah. Bella menjerit - jerit sakit dan HB Kata "Heh!! Jangan jerit, jiran dengar. Esok kita pergi klinik." Bella tak boleh nak cakap apa - apa dan terus baca semua ayat dan surah yang Bella ingat. HB baring sebelah Bella sambil urut belakang Bella. Bella tertidur dan Bella akan tersedar sebab sakit sangat. Bella sebenarnya tak pasti Bella tertidur atau pengsan! Setiap kali tersedar Bella akan meronta - ronta dan menjerit. HB pula tak abis - abis suruh sabar dan tunggu esok untuk pergi hospital. Bella tak tahu apa dia fikir masa tu. Bella banyak kali juga tersedar yang HB tengah berdengkur sebelah Bella. Sabar jela. Bella cuba sedaya upaya tahan sakit sebab tak nak bagi HB risau tapi memang tak tertahan. Memang sakit sangat.


Bella dah rasa betul - betul tak tahan dan cakap dekat HB bagi ubat tahan sakit yang klinik bagi tu. Masa ni Bella dah redha. Bella dah sedar yang zuriat dalam rahim Bella ini tak akan selamat. Masa makan ubat tahan sakit tu Bella dalam hati terus berdoa. "Ya Allah s.w.t aku redha dengan ujianMU ini." Telan 2 biji ubat tahan sakit. HB masa bagi ubat ni muka dia sayu je. Lepas telan ubat tu sakit sikit pun tak kurang. Bella masih menjerit  kesakitan dan terus cakap dengan HB call ambulance. Tak tahan sangat dah. Ambulance datang dan Bella tak boleh bangun. Bella hanya dapat cakap tanpa boleh buka mata dan Bella cakap saya tak boleh bangun. Sakit sangat. Jadi pembantu ambulance tu dengan HB angkat Bella turun. Rumah Bella tingkat dua. Terima kasih banyak - banyak untuk staff Hospital Sungai Buloh

Sampai je dekat hospital semua doktor jalan lengang kangkung sebab masa ambulance masuk dorang jerit gastric 10x. Jadi doktor suruh Bella terlentang. Bella dari kul 9malam sampailah 3pagi sampai dekat hospital Bella memang mengiring saja. Mengiring je buatkan sakit Bella kurang. Sampai sakit satu badan Bella sebab mengiring lama sangat. Rasa sakit tu tetap ada sampai sekarang walaupun Bella berurut banyak kali tau. Bila doktor suruh terlentang Bella cakap tak boleh. Doktor tu kata "Kalau awak tak terlentang macam mana awak nak baik? Macam mana kami nak tolong awak?" Bella tetap tak terlentang. Doktor tu tarik je cadar bawah badan Bella dan Bella terus terlentang sambil Bella jerit sekuat hati. Nasib pagi. Orang memang tak ramai


Bila doktor tanya "Awak pasti awak mengandung?" Bella kata "Ya". Terus doktor tu masukkan wayar dan paksa air kencing keluar. Sakit. Sakit sangat. Dengar doktor kata "Positif". Lega Bella. Maknanya mungkin anak dalam perut Bella masih ok. Doktor kata lagi "Awak memang pasti ke dalam rahim." Bella kata "Ya. Saya dah scan dekat klinik". Doktor ambil mesin scan dan cakap "Awak tahu tak awak mengandung luar rahim dan sekarang dah pecah merata dalam perut awak. Sikit lagi nak naik ke jantung." Bella dengar diam je. Dalam hati "Ya Allah s.w.t aku redha." Bella redha janji sakit Bella yang tengah tanggung ini berakhir

Terus Bella dibawa masuk ke bahagian kecemasan dan akan dibedah secepat mungkin. Doktor terus bagi Bella ubat penahan sakit supaya Bella tenang. Ya lepas tu Bella memang tenang dan masih mampu tersenyum. Bella diberikan penerangan mengenai pembedahan yang akan dijalankan. Doktor kata kalau boleh tebuk dorang tebuk saja. Jika pembedahan hanya perlu tebuk maknanya hanya pembedahan kecil. Kalau tak perut Bella terpaksa dibelah macam orang bersalin. Bella setuju. Doktor darah minta sign kalau - kalau kena masukkan darah tambahan dalam badan Bella. Doktor bius pun terangkan jenis bius yang akan digunakan. Bella sign setuju je. Takda pilihan. Sebelum pembedahan dilakukan Bella tanya doktor. " Doktor, saya boleh mengandung lagi ke?" Doktor tu serious je kata."Kalau tiub awak satu lagi ok, awak boleh mengandung. Takda masalah" Ok. Lega. Sekurang - kurangnya masih ada peluang


Doktor cakap dekat Bella, ok mengucap dan selawat. Bella terus tak sedar. Sedar - sedar sakit masih terasa. Menggelatar satu badan. Tapi takdalah rasa urat tu kena tarik. Selesai saja pembedahan, Bella terus cari HB. HB senyum kat Bella cakap ok? Bella angguk je. Bila mak Bella datang, Bella betul - betul tak boleh tahan. Mak peluk dan kata sabar. Bella tahan tak nak menangis. Sepanjang Bella sakit Bella memang tahan diri dari menangis. Kalau menangis lagi teruk. Sesak nafas. Tekanan darah naik. Jadi Bella 100% cuba bertenang dan redha atas segala dugaan yang baru Bella hadapi ni. Adik - adik semua tanya. "Kak long tahu tak yang anak dia dah takda?" sambil berbisik. Padahal Bella memang tahu. 
Sepanjang duduk di hospital Bella tak boleh nak bergerak. Bella dapat bilik sorang. Nurse paksa - paksa Bella bangun pergi tandas. Bella tak boleh nak bangun. Setiap kali nak bangun Bella pitam. Badan sakit menahan sakit akibat zuriat Bella dah pecah dalam tiub falopio dan terpaksa dibuang. Mak mentua Bella datang lama jaga Bella. Bella terharu sangat. Menahan sebak Bella tengok mak mentua Bella jaga Bella yang berpantang tanpa anak. Ya Allah s.w.t aku redha. Tabahkanlah hati suamiku, makku, mak mentuaku, ayah mentua ku. Kami semua hambamu. Bella tak berani nak tengok luka pembedahan, bila doktor datang tengok baru Bella tengok. Alhamdulillah kena tebuk 3 lubang saja dekat perut Bella. Bukan belah.

Bermula dari Bella sakit sampai abis pembedahan, Bella tak menangis langsung walaupun Bella teramatlah sedih. Bella takut sesak nafas. Tapi malam tu Bella dah ada kekuatan untuk cakap dengan HB. "Sayang, minta maaf. Anak kita dah tak ada." Bella minta maaf sambil menangis. HB menangis juga. Dia minta maaf dekat Bella sebab tak bawa cepat - cepat pergi hospital. Dia ingat sakit perut biasa. Dia kata bersyukur sangat sebab Bella masih selamat. Ye la doktor semua kata Bella 50.50 je. Alhamdullilah Ya Allah s.w.t sekurang - kurangnya Bella masih diberikan peluang untuk memperbaiki segala kesalahan Bella.


Bila ada kawan yang tahu Bella kena operate buang tiub dorang ramai yang kata, "Insya-ALLAH lepas ni senang lekat." Bella macam ye ke? Sebelum ni Bella ada dua tiub folopio pun susah nak lekat, lagi pula ada satu tiub saja. Bella redha je. Bella pantang pun tak sangat. Bella bukan pantang macam gugur tu. Bella pantang jangan bagi luka pembedahan Bella bernanah je. Bila Bella baca ia sama macam gugur, Bella macam alamak!! Bella langsung tak pantang betul - betul. Bella fikir ok kot. Zuriat Bella tak sempat pun nak masuk dalam rahim. Tapi korang jangan ikut Bella. Sebenarnya kena pantang macam gugur. Bella tak tahu. Bella fikir logik je. Nasib Bella pantang makan sebab takut luka pembedahan bernanah.

Lepas operate tu HB tolong tutupkan luka pembedahan sebelum mandi. Bella sangat - sangat bersyukur yang Allah s.w.t bagi Bella kekuatan untuk hadapai luka yang dalam ini. Korang kalau mengandung gugur pun dah sedih. Bella lagilah kena buang tiub terus. Bella fikir Bella kena kuat. Kuat dan terus kuat. Bella dah tak nak stress kan diri pasal zuriat lagi. Ini semua percaturan Allah s.w.t kalau memang dah bukan rezeki Bella, dah mengandung pun boleh tak jadi. TTC Bella bukan semudah yang disangka. Bella harap sakit ini penghapus segala dosa Bella. Ingat selagi ada rahim kita masih ada harapan untuk mendapatkan zuriat sendiri walaupun lepas pembedahan ini Bella langsung tak yakin Bella boleh mengandung lagi. Alhamdulilah. Lepas datangnya ribut petir muncul pelangi indah untuk Bella dan HB




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bellaidura.com/2020/02/diuji-mengandung-luar-rahim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Kebaikan Luar Biasa Main Lompat Tali Jom Follow

5 Kebaikan Luar Biasa Main Lompat Tali Jom Follow

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 98 hits
Skipping boleh membuatkan kita jadi lebih sihat tau Daripada tak buat apa jom kita main lompat lompat tali skipping Korang tahu tak melompat dengan tali skipping adalah salah satu senaman ringkas yang ada banyak manfaatnya untuk kesihatan b...
Jika Jadi Ketum Dradjad Wibowo Pastikan Pan Di Luar Pemerintahan

Jika Jadi Ketum Dradjad Wibowo Pastikan Pan Di Luar Pemerintahan

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 74 hits
Meski demikian Dradjad mengklaim sudah berkomunikasi dengan beberapa menteri Presiden Joko Widodo Dia bilang PAN akan menjadi mitra pemerintah untuk membantu mencari solusi kebijakan yang terbaik
Jika Tidak Boleh Hidup Dalam Disiplin Organisasi Elok Jadi Petualang Di Luar Sahaja

Jika Tidak Boleh Hidup Dalam Disiplin Organisasi Elok Jadi Petualang Di Luar Sahaja

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 57 hits
Pemecatan keahlian Datuk Lokman Noor Adam dari UMNO yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu semalam bukan perkara luar jangkaan Aktivis politik Ab Jalil Backer berkata Ahli MT itu memang mahukan beliau dipecat berda...
Koronavirus Singapura Naikan Tahap Dorscon Dari Kuning Ke Jingga Arah Sekolah Hentikan Aktiviti Luar

Koronavirus Singapura Naikan Tahap Dorscon Dari Kuning Ke Jingga Arah Sekolah Hentikan Aktiviti Luar

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 91 hits
Berikutan beberapa kes koronavirus membabitkan mangsa yang tidak mempunyai sejarah berkunjung ke China Singapura pada Jumaat dilaporkan telah menaikan tahap amaran Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit dari Kuning ke Jingga Menurut Channel...
Rombakan Kabinet Pengerusi Dap Kelantan Ingatkan Dr M Jangan Ambil Orang Luar

Rombakan Kabinet Pengerusi Dap Kelantan Ingatkan Dr M Jangan Ambil Orang Luar

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 78 hits
PENGERUSI DAP Kelantan Datuk Zaid Ibrahim mengingatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak mengambil orang luar dalam rombakan Kabinet Menurut Zaid di bawah sistem Parlimen perdana menteri tidak mempunyai mandat sebagai presi...
Usul Undi Percaya Pas Di Luar Tabie

Usul Undi Percaya Pas Di Luar Tabie

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 63 hits
Pas berpotensi mencatat sejarah sebagai parti yang mencadangkan usul songsang di Dewan Rakyat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan usul undi percaya ke atas perdana menteri Tun Mahathir yang akan dibentangkan Pas dalam sesi Dewan R...
Cara Isikan Borang Ke Luar Negara Untuk Pegawai Kerajaan

Cara Isikan Borang Ke Luar Negara Untuk Pegawai Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 60 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cuti hujung tahun ni nak ke mana Ada plan nak keluar negara tak Haaa kalau dah siap2 beli tiket guru guru atau pegawai kerajaan perlulah mengisi borang ke luar negara Jadi di sini saya nak memberikan pand...
Pengampu Mahathir Mahu Beliau Mati Dalam Kehinaan

Lebai Hadi Dah Mula Meroyan

Wanita Sanggup Terjun Bangunan Gara Gara Tak Mahu Jalani Ujian Saringan

Tak Pernah Lagi Tengok Ular Tedung Besar Camni Post Abang Bomba Ni Buat Netizen Terhibur Teruk

Teknik Senaman Yang Paling Mudah Sebelum Tidur

E Tunai Rakyat Rm30

Cara Mudah Keluarkan Duit Tanpa Kad Atm

Vietnam After Imperialism 9751



Bakal Suami Emma Maembong Rupanya Bukan Kerabat Diraja Tapi

Biodata Haziq Nazimuddin Finalis Hero Remaja 2020

Penjelasan Tentang Lelaki Hijau Khidir Nabi Wali Allah atau Malaikat

Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Aman RA

Sejarah Pembinaan Lebuh Raya Timur Barat dari Grik ke Jeli


Masker Mentimun Untuk Wajah

Jawatan Kosong Spa Negeri Sabah

Sinopsis Filem Bulan Dan Pria Terhebat

Twitter Kini Menghadapi Kesukaran Untuk Diakses

Tutorial Adobe Premiere Pro Dari Sifar Ke Pro

Google Auto Flip Menyunting Video Dalam Pelbagai Saiz Nisbah Skrin Menggunakan Kecerdasan Buatan