Diuji Anak Hidap Eczema Sejak Usia 3 Bulan Ibu Ini Kongsi Cara Penjagaan Rawat Eczema


Menjadi seorang ibu adalah perkara paling gembira bagi seorang wanita. Anak sihat dan comel menjadi impian kita. Namun, jika kita diuji dengan anak yang sakit, ia mendatangkan kebimbangan dan kemurungan.
Begitulah apa yang terjadi kepada Puan Zuriah dahulu sewaktu anak keduanya mengalami ekzema dan alergi yang teruk bermula pada usia 3 bulan.

Menjaga anak ekzema memanglah memerlukan kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi ekzema yang teruk. Ia sangat mencabar. Kerja-kerja rumah pun terpaksa dibuat tergesa-gesa kerana anak tidak boleh ditinggalkan bersendirian dalam jangka masa lama. Jika tidak, anak akan mula menangis dan menggaru sehingga berdarah.
Ibubapa perlu tahu bagaimana cara untuk membantu melegakan anak yang resah dan tidak selesa dengan keadaan kulitnya yang gatal. Di sini saya akan berika tips-tips bagaimana saya sebagai seorang ibu menjaga anak ekzema dan alergi.
Harap info ini akan memberikan sedikit sebanyak panduan untuk ibu-ibu yang masih baru menghadapi masalah yang sama.
1. Kebersihan.
Kebersihan adalah paling utama yang perlu dijaga. Rumah perlu sentiasa dibersihkan lebih-lebih lagi anak ada alergi terhadap habuk. Sarung bantal da cadar perlu kerap ditukar. Elakkan menggunakan karpet di rumah jika anak alergi dengan habuk kerana karpet memerangkap habuk.
2. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek.
Kuku yang panjang menyebabkan kulit mudah luka apabila digaru.
3. Sapukan pelembap dengan kerap.
Kulit ekzema akan melalui fasa kulit kering. Kulit yang kering perlu kerap disapu pelembap kerana jika tidak, kulit akan gatal dan menyebabkan anak menangis tidak selesa. Jika duduk di dalam bilik berhawa dingin, pelembap perlu disapukan dengan lebih kerap. Ini kerana udara kering menyebabkan ruam menjadi lebih teruk. Pelembap perlu dipilih dengan teliti dan pastikan ia serasi dengan anak. Pelembap yang berasaskan bahan semulajadi adalah yang terbaik.
4. Ubah diet pemakanan.
Pemakanan anak perlu dititikberatkan kerana ia sangat memberi kesan. Ketahui apa makanan yang anak alergi. Ibu boleh membawa anak membuat ujian alahan diklinik atau lakukan ujian sendiri iaitu 4-days rule. 4-days rule ialah proses di mana ibu hanya memperkenalkan sejenis makanan sahaja dalam satu-satu masa. Contohnya anak makan ayam sahaja dalam 3 hari pertamakemudian hari keempat barulah ditukar kepada menu yang lain. Ekzema dan alergi inisaling berkait, jadi bila termakan makanan yang salah, ia menyebabkan ruam semakin teruk. Makanan yang kebiasaan menjadi alahan kepada pengidap ekzema ialah seperti produk tenusu, kekacang, telur dan gandum. Jadi ibu perlu berhati-hati dengan makanan ini. Pilih pemaknan sihat dan elakkan makanan berproses, tinggi gula, pewarna dan pengawet. Sebaiknya plih makana organik. Kenali makanan yang membantu pemulihan kulit. namun setiap orang tidak sama, jadi ibu perlu buat percubaan yang mana anak boleh makan dan tidak boleh makan.
5. Balut.
pembalutan amat membantu anak lebih selesa dan kurang menggaru. Ibu boleh membalut kulit di bahagian ekzema dengan kain kapas yang bersih selepas menyapu pelembap dan krim. Ini akan membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit kerana anak kurang menggaru. Tangan anak boleh dipakaikan sarung tangan yang berkain lembut, contoh seperti sutera. ini supaya dapat mengurangkan luka jika anak menggaru.
6. Kurangkan aktiviti dalam cuaca panas.
Cuaca panas akan membuatkan anak tidak selesa. Sebaiknya ibubapa elakkan anak berada di cuaca panas terik kerana ia menyebabkan ruam semakin teruk.
7. Pakaian.
Pilih pakaian yang selesa. Kain kapas yang paling sesuai dan kain tidak terlalu tebal kerana ia menyebabkan peluh dengan cuaca panas di negara kita.
8. Produk penjagaan kulit.
Sebaiknya produk kegunaan harian seperti sabun mandi, pencuci pakaian, krim dan pelembap perlu dipilih yang semulajadi, tanpa bahan merbahaya, tanpa sls, pewarna dan pewangi sintetik. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan radang kepada kulit ekzema dan menyebabkan kulit akan lambat pulih.
Menurut pakar, ekzema tidak boleh sembuh. Kemungkinan ekzema akan dibawa sehingga dewasa. Namun bagi saya, ia boleh dikawal dengan kaedah yang diyatakan di atas. Seperti anak saya sendiri, Muhammad Fansuri. Anak saya sembuh selepas mengawal pemakanan dan menggunakan produk yang serasi. Muhammad Fansuri sembuh pada umur 3 tahun kerana sebelum itu saya belum tahu banyak perkara bagaimana membantu anak pulih dengan segera. Saya harap ibu bapa lain dapat gunakan tips ini sebagai panduan dalam membantu anak ekzema. Saya doakan anak ibu-ibu sekalian segera sembuh dan dapat jalani kehidupan dengan gembira.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Diuji Anak Hidap Eczema Sejak Usia 3 Bulan, Ibu Ini Kongsi Cara Penjagaan & Rawat Eczema appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/diuji-anak-hidap-eczema-sejak-usia-3-bulan-ibu-ini-kongsi-cara-penjagaan-rawat-eczema/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Kongsi Cara Ajar Anak Suka Buku Seawal 2 Tahun Tv Gajet Kurang Minat

Ibu Kongsi Cara Ajar Anak Suka Buku Seawal 2 Tahun Tv Gajet Kurang Minat

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 186 hits
Bila masa sesuai boleh ajar anak minat membaca Ini antara soalan yang sering ditanya oleh ibu bapa Sebenarnya tiada spesifik umur cuma jika dari awal anak dibiasakan dengan buku lagi bagus Seperti perkongsian ibu ini Puan Fathin Suhaila Azm...
Mama Menangis Khatan Anak Usia 1 Bulan Mira Filzah Kongsi Pengalaman

Mama Menangis Khatan Anak Usia 1 Bulan Mira Filzah Kongsi Pengalaman

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 160 hits
Sebak sedih terharu cemas begitulah perasaan yang dirasai oleh seorang ibu apabila anak lelaki akan dikhatankan Lebih mencemaskan jiwa apabila anak yang bakal dikhatankan masih terlalu kecil Begitulah perasaaan yang dirasai oleh selebriti t...
Ibu Ini Kongsi Manfaat Urut Bayi Secara Konsisten Anak Kurang Meragam Sihat

Ibu Ini Kongsi Manfaat Urut Bayi Secara Konsisten Anak Kurang Meragam Sihat

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 136 hits
Sebenarnya banyak kebaikan mengurut yang memberi manfaat pada bayi dan ibu bapa Rutin ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara ibu dan anak malah memberi banyak kelebihan pada sudut kesihatan fizikal dan mental si bayi Bayi yang sentias...
3 Bulan 25 Hari Kamu Sudah Berjuang Ibu Sebak Siapkan Jenazah Anak

3 Bulan 25 Hari Kamu Sudah Berjuang Ibu Sebak Siapkan Jenazah Anak

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 184 hits
Hati ibu bapa mana yang tidak pilu melihat cahaya mata mereka mempunyai tubuh sangat kecil dengan wayar berselirat di sekitar wajahnya Namun Puan Olga dan suami akur terhadap dugaan berat yang menimpa mereka Bayi bernama Noverno yang dikhab...
Berat Anak Dah Masuk Line Kuning Ibu Kongsi Menu Finger Food Naikkan Berat Anak

Berat Anak Dah Masuk Line Kuning Ibu Kongsi Menu Finger Food Naikkan Berat Anak

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 218 hits
Susah hati bila memikirkan berat badan anak tak naik naik lebih merisaukan bila berat anak dah sampai garisan kuning dalam buku kesihatan Pening betul kan Mama boleh cuba cara ibu ini lakukan untuk anaknya mana tahu menjadi Anak susah nak n...
Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bawak Anak Kecil Naik Train Dmu Murah Je Tiketnya

Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bawak Anak Kecil Naik Train Dmu Murah Je Tiketnya

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 152 hits
Kanak kanak biasanya akan teruja apabila ibu ayah selalu membawa mereka berjalan jalan Lebih teruja bila si kecil dapat menaiki train bersama keluarga Tentu sekali ianya akan menjadi memori yang sukar dilupakan Nak bawa anak berjalan tak pe...
Cara Mudah Ibu Ini Ajar Anak Kemas Mainan Lepas Main Sekali Suruh Je Buat

Cara Mudah Ibu Ini Ajar Anak Kemas Mainan Lepas Main Sekali Suruh Je Buat

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 212 hits
Bersepahnya rumah penatnya ibu nak kena kemas semua ini Kenapa lepas main tak kemas semula ni Ini antara ayat paling biasa ibu ibu akan luah setiap kali lihat rumah sepah dengan mainan Namun ada juga yang tidak kisah dengan keadaan itu asal...
Ibu Berang Guru Hempuk Muka Anak Netizen Pertikai Adab Murid Pula Cara Dia Jawab Tu

Ibu Berang Guru Hempuk Muka Anak Netizen Pertikai Adab Murid Pula Cara Dia Jawab Tu

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 198 hits
Tiada penjaga suka jika melihat anaknya disakiti lebih lebih lagi apabila berada di sekolah Namun adakalanya sikap murid itu sendiri sukar untuk dilentur dengan nasihat membuatkan guru terpaksa menggunakan cara lain agar mereka tidak mengul...
Nak Otak Anak Cerdik Doktor Kongsi Wajib Perkenalkan Buah Delima Pada Anak Sejak Kecil

Nak Otak Anak Cerdik Doktor Kongsi Wajib Perkenalkan Buah Delima Pada Anak Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 168 hits
Kehebatan buah delima atau nama saintifiknya Punica Granatum tidak hanya meniti di bibir manusia Delima menjadi antara enam buah buahan yang disebut di dalam al Quran Sudah pasti ada sesuatu yang luar biasa di sebalik buah ini Doktor Mazlia...
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Racists Are Those Disregarding Local Sensitivities Akmal To Tiong

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Dua Tahun Kerajaan Madani Menguak Ke Depan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Realme Note 60 Dicipta Untuk Ketahanan Akan Dilancarkan Pada 29 November 2024

Siapa Cakap Gaji Aku Rm1 Juta Jojo Ghazali

Betul Ke Teh Hijau Boleh Turunkan Berat Badan

Kalendar 2025 Menyusun Rancangan Perjalanan Dan Percutian

Kemahiran Tvet Untuk Pelajar Perempuan Lepasan Spm

Homemade Potato Wedges